Ayu dan Sarah merupakan bff. Mereka berdua sangat famous di asramah puteri dek perangai masing2 yg agak nakal dengan 'usikan2' mereka terhadap penghuni asramah yg lain.
Tepat pukul 11 malam, mereka berdua telah merancang untuk melakukan 'usikan' itu lagi. Selesai sahaja satu kelas malam, mereka pun teruskan dengan rancangan nakal itu.
"Ok Ayu pakai ni",kata Sarah menghulur satu pakaian putih kepada Ayu. Ayu pun mengambilnya dan memakai pakaian tersebut. Sementara itu Sarah pula telah bersedia dengan camera di tangannya.
Mereka bergegas keluar dari dorm untk mencari 'mangsa' usikan mereka pada malam itu. Sedang tercari2, Sarah terperasan tidak jauh daripada tempat mereka bersembunyi itu, kelihatan seorang budak perempuan sedang berjalan di taman yg laluannya terus menuju ke asramah.
Sarah mula tersenyum sinis, dia memandang Ayu. Ya, mereka telah pun menjumpai sasaran mereka. Sarah pun apa lagi, dia mula menyuruh Ayu untk bersiap sedia. Ayu menganggukkan kepalanya dan terus bergerak ke tempat yg lebih strategik. Sarah pula sedang bersiap sedia dengan camera di tangannya untuk merakamkn kejadian yg bakal berlaku.
Budak perempuan tadi masih berjalan seperti biasa kerana tidak tahu apa yg bakal berlaku selepas ini. Dia mula mendekati tempat persembunyian Ayu. Ayu pun apa lagi, teruslah mula melompat keluar dari semak dan menerkam lengan budak perempuan itu dengan niat untuk menakutknnya.
Ayu dan Sarah sangka bahawa budak perempuan tersebut akan menjerit atau melarikan diri seperti mangsa mereka yg sebelum ini. Tapi...tidak..malah budak perempuan itu tersenyum melihat Ayu, sambil kepalanya ditilingkan ke kiri. Jelas kelihatan bekas penggal yg masih segar di bahagian kanan lehernya yg terdedah itu.
Tergamam Ayu. Tak sempat Ayu nak amati lama2, kepala budak perempuan itu dah tercabut dan jatuh ke tanah. sementara itu, badan budak perempuan yg sama tadi mula membongkok ke belakang dan mula merangkak ke arah Ayu dengan mudahnya.
Sarah yg dari tadi merakamkn seluruh kejadian itu telah pun menjerit sambil berlari lintang pukang. Ayu yg sedar dirinya telah ditinggalkan oleh Sarah terus cuba untuk melarikan diri jugak, namun akibat pakaian yg dipakainya sebelum itu, yg berbalut acah pocong kononnya telah memakan dirinya semula. Ia menyebabkan lariannya sukar dan akhirnya dia tersadung sesuatu. Iaitu kepala budak perempuan tadi. Bayangan merangkak juga telah semakin menghampiri Ayu -cc
YOU ARE READING
CutCreepi
Ужасыcerita seram pendek yg diberi nama jolokan cut creepi. Hasil perahan otak dan idea yang muncul secara tiba tiba pada pukul 3 pagi.