Adam

173 12 2
                                    

Aku paling benci bila adik aku, Adam terpaksa pergi jauh. Ibu ngn ayah aku selalu terangkn kt aku yg Adam sakit teruk. Dan aku anak yg paling bertuah sebab saraf otak aku tak rosak macam Adam.
Bila aku merungut yg aku selalu bosan bila Adam tkda, ibu ngn ayah serba salah.

Jadi satu hari tu mereka bawa pulang Adam ke rumah. Ianya bermula apabila Adam ditangkap oleh jiran kami dengan garfu berlumuran darah di tangannya, dan disebelah Adam ada bangkai arnab milik jiran kami. Mata arnab itu terburai dari soket dan isi perutnya habis dikorek.

Hari berikutnya, gergaji ayah pula betul2 tercacak di atas sofa ruang tamu, manakala vitamin ibu ditukar dengan ubat gegat. Oleh sebab itu ibu dan ayah  sangat risau jika Adam pulang ke rumah. Mereka risau akan tindakan di luar jangka yg bakal Adam lakukan bila2 masa sahaja.

Dan aku paling benci bila Adam terpaksa pergi jauh dari kami sekali lagi. Sebab tiap kali Adam takda, aku terpaksa berlakon jadi baik sehingga Adam pulang ke rumah kami semula. -cc

CutCreepiWhere stories live. Discover now