Tag

156 7 0
                                    

Bila kau masuk hospital, perasan tak, mesti ada tag kat pergelangan tangan pesakit mcm gelang tangan. Dan setiap tag tu mewakili simbol masing2. Kalau yg sakit n kena stay hospital pakai tag putih. Kalau yg dah mati pula tag dia warna merah.

Satu malam, ada seorang doktor pakar bedah iaitu doktor z, baru sahaja habis dengan pembedahannya dan dia  sedang masuk ke dalam lif dengan sorang nurse perempuan. Tengah dok rancak mereka berbual, lif berhenti dan pintu pun terbuka. Ada seorang pesakit perempuan sedang menunggu di luar pintu lif tersebut. Belum sempat pesakit tu nak masuk, doktor z cepat2 tekan butang untuk tutup pintu lif itu dan terus menekan butang ke tingkat paling atas. Terkejut nurse tersebut dengan tindakan doktor z yg agak biadab sebab memperlakukan pesakitnya sedemikian.

Doktor z cuba bagi penjelasan "kalau awak nk tahu, itulah perempuan yg saya baru lepas bedah. Dia mati semasa pembedahan tu berlangsung. Takkan awak tak perasan yg kt pergelangan dia ada tag warna merah?"

Nurse yg tadinya senyap terus tersenyum dan menjawab " tag macam ni ke doktor?" Di pergelangan tangan nurse itu terdapat satu tag merah dan kali ni mukanya lebih pucat daripada pesakit tadi. -cc

CutCreepiWhere stories live. Discover now