Tepat pukul 12 malam, mia baru pulang dari menyiapkn assignment di rumah rakannya. Dia terpaksa berseorangan melalui satu taman yg agak terbiar. Sedang dia berjalan, dia terlihat ada juga seorang wanita yg berjalan dihadapannya. Lega sungguh hatinya kerana dia tidak berseorangan mlm tu. Tapi makin lama dia berjalan, makin perlahan wanita dihadapannya bergerak. Mia tidak sedap hati dan berhenti.
Tiba2 wanita itu memalingkn kepalanya 180° dan tersenyum menyeringai. Mia antara nak pengsan ke taknk dah time tu. Wanita tu bersuara "kamu ada nampak anak saya tak?". Terkulat2 mia memandang wanita itu dengan acah berani, dia menunding jari kearah yg agak jauh dari tempatnya berdiri. "Saya nampak dia kesana" jawab mia.
Lalu wanita itu pun pergi. Mia lega yg teramat. Tanpa berlengah, dia patah balik ke rumah rakannya dengan harapan dia tidak bertembung lagi dengan wanita itu. Baru beberapa langkah mia berjalan, angin sepoi2 meniup di belakang tengkuknya. Dia memusingkn badannya untuk melihat ke belakang. Alangkah terkejutnya mia kerana wanita tadi sedang berlari ke arah mia dari jauh seakan mahu menerkamnya, dan kali ini wajahnya lebih menggerunkan daripada tadi. Wanita itu mengilai sambil berkata "dia tiada disana. sebagai gantinya, kau milikku". -cc
ANDA SEDANG MEMBACA
CutCreepi
Hororcerita seram pendek yg diberi nama jolokan cut creepi. Hasil perahan otak dan idea yang muncul secara tiba tiba pada pukul 3 pagi.
