Tepat pukul 3 pagi aku masih duduk di luar melepak. Biasalah remaja, selagi belum subuh tkdanya nk lekat kat rumah. Bila dah mula bosan barulah nak balik.Rumah aku di tingkat 12. Tapi lif berhenti betul2 di tingkat 10, tingkat yg sepatutnya tiada penghuni. "Ah sudah" bisikku. Pintu lif pun terbuka.
Gelap, sunyi sangat sepanjang koridor tu.
Namun dalam samar2 cahaya bulan aku ternampak satu kelibat putih. Betul2 di hujung koridor. Jauh sangat. Aku genyeh mata, buka je mata aku nampak kelibat tu mula bergerak. Bayangkn, tiap kali aku kelip mata dia akan berganjak kedepan menuju ke arah lif. Tanpa berlengah lagi aku tekan button lif banyak kali. Peluh merecik2 tk terkata sampai aku terlupa entah berapa kali aku dah kelip mata. Perkara terakhir yg aku nampak sebelum pintu lif tertutup ialah muka dia, hancur lebur dengan matanya merah menyala. Tiada tangan mahu pun kaki. Dan bajunya penuh darah. Merengek meminta tolong aku untuk masuk ke dalam lif.
-cc
YOU ARE READING
CutCreepi
Horrorcerita seram pendek yg diberi nama jolokan cut creepi. Hasil perahan otak dan idea yang muncul secara tiba tiba pada pukul 3 pagi.