Myra..Awak kejam bila sanggup menikam kawan kau sendiri.Demi sebuah dendam.Kerana cinta yang aku tidak sengajakan.Hanya kerana Zafrie..Insan pertama yang bertakta di hati ini.Kerana dia lebih memilih diri ini berbanding kau,sanggup kau rampas suami kawan kau sendiri demi sebuah dendam.
''Sayang..Papa dah tak nak dengan mama lagi..''Aku merintih sendiri bila ditinggalkan begitu saja.Biarlah..Andai dia sudah bertekad begitu,aku juga tidak akan menghalang.Aku mengusap perut ku yang belum menampakkan bentukknya.
Berita yang ingin aku kongsikan malam ini.Akhirnya terkubur begitu saja.Pergilah duka.Andai dengan ini mampu melembutkan hati dia,aku redha.
***************************************************************
Dua minggu berlalu begitu saja.Langsung tiada khabar berita dari dirinya lagi.Keluarga ku dan dia juga sudah mengetahui tentang rancangannya untuk menikah lagi.Dengan teman baik ku pula tu.Bukan!Bekas teman baik ku.Kerana Myra sendiri yang memutuskannya begitu.
Namun seperti biasa.Tiasa siapa yang akan mendengar luahan ku.Tanpa bertanya,mereka hanya menuding jari kepada ku.Menyalahkan diri bila suami ku sendiri menduakan diri ini.Tanpa memberi aku peluang membela diri.Adilkah?
Keadaan kandungan yang baru berusia hampir dua bulan,adakalanya membuatkan aku mabuk teruk.Namun semua ini aku hadapi seorang diri.Tanpa dia di sisi. Kadangkala aku akan menangis sambil memeluk bajunya yang terakhir,sengaja tidak ku basuh hanya kerana perasaan rindu yang mengebu.Hanya dengan ini,perasaan rindu ku akan terubat sedikit.Tak dapat orang,baunya pun jadilah.Aku sudah berpuas hati.
Dengan keadaan yang pening dan sering muntah-muntah.Aku gagahkan diri untuk memndu bersendirian.Keluarga ku sendiri tidak mengetahui keadaan ku yang berbadan dua.Sedangkan suami ku sendiri juga tidak mengetahui..Untuk apa aku mencanang ke sini sana andai hanya aku yang gembira dengan kehadiran permata hati yang aku tunggu-tunggu selama hampir dua tahun ini.
YOU ARE READING
Jangan Bunuh Cintaku
Short Story''Kenapa kau jadi macam ni Sya..Akak tak sangka..Kau sanggup nak bunuh orang pula!'' ''Mama tak pernah ajar anak mama jadi pembunuh.Rizman adalah sebaik-baik suami Sya.''Luluh hati ini bila mama menitiskan airmatannya. Papa..Aku diharamkan sama seka...