''Riz..Kau dah salah faham..Aku dan Sya hanya berteman selama ini.Dan selama korang kahwin..Inilah pertama kalinya aku bertemu kembali dengan dia..''Zafrie cuba menjernihkan kembali keadaan yang sudah semakin kabur jalan penyelesaiannya bagi ku.Ternyata kini,hati ku sudah cukup tawar.
''Arghh..!Aku takkan pernh percayakan kau lagi!Hei betina.Aku tak nak jumpa dengan kau lagi.Pergi kau dari sini.Aku akan ceraikan kau..''
''Rizman!Kau tak boleh bertindak melulu macam ni.Kenapa kau tak cuba selidiki cerita sebenarnya.''''Apa lagi yang aku tak nampak?Entah-entah dibelakang aku,korang lagi berani buat benda terkutuk begitu!''Dushh!
''Riz..You okey sayang..''Pantas Myra meyambut tubuh Rizman yang hampir terduduk tanpa sempat menangkis tunbukan di bibirnya.
''Kau memang bodoh Riz..Kau buta sebab betina ni!''Myra memandang tajam bila Zafrie memanggilnya betina.''Kau orang memang sepadan.Pasangan curang!''Dengan bibir yang pecah,Rizman masih bertenaga untuk mencemuh kami.Kalau sudah hilang kewarasan tu,apa-apa pun akan sanggup diluahkannya.
''Kau tu yang buta Riz..Tapi aku tak salahkan kau..Bila betina ni di samping kau..Semua kebenaran tu,sampai bila-bila pun takkan pernah kau sedar.''
''Kau..!''Namun akhirnya Myra hanya tersenyum sinis.Mungkin dia gembira bila melihat keadaan yang berantakan ini.Aku hanya mendiamkan diri sejak tadi.Rasanya tiada guna lagi untuk ku membela diri.Biarlah.Kini aku pasrah bila orang yang aku sayang,memilih untuk membuang ku dari hidupnya.
''Kau yang buta bila isteri yang baik ni..''Tangannya menuding ke wajah ku.''Kau hina.Kau hukum dia tanpa bukti!Kau lebih percayakan orang lain.Lagi-lagi wajah yang bertopengkan manusia ini.''Tangannya menuding pula ke wajah Myra yang ternyata agak marah dengan tuduhan itu.
''Kau tak sedar..Orang yang kau percaya inilah yang memporak-perandakan rumah tangga yang kau bina ini.Dan kau juga..''
''Diam!Aku tak akan percaya lagi.Sebab terbukti,kau juga penipu!Aku takkan percayakan pasangan curang macam kau berdua ini lagi!
''Dan perempuan yang kau hina ini.Yang pernah kau buang sebab betina ini..''Pedihnya hati ini bila dia meraih tangan Myra agar lebih dekat dengannya.Mengenggam dengan penuh erat tanpa ingin melepaskan.
''Dia lagi berganda-ganda mulia dari betina yang kau nak bela sangat tu!Kerana dia memilih aku sebab cinta berbanding nilai duit yang aku ada.Dan perempuan ini,yang pernah kau buang dari hidup kau,lebih layak di sisi aku berbanding betina itu!''
Anehnya,aku tidak lagi mampu mengeluarkan airmata hanya untuk meratapi nasib ku ini.Andai pilihan dia sudah begitu.Aku takkan pernah merayu lagi.Aku takkan pernah menangisi lagi nasib yang menimpah ku ini.Kerana tiada guna.Bagai ditiupkan dengan satu kuasa baru,aku bangkit untuk berdepan dengan mereka.
''Kalau macam tu..Kau ceraikan aku Rizman.Kahwinlah dengan Myra.Yang jauh lebih mulia dari aku.Aku harap,kau akan bahagia dengan keputusan ini..''
YOU ARE READING
Jangan Bunuh Cintaku
Cerita Pendek''Kenapa kau jadi macam ni Sya..Akak tak sangka..Kau sanggup nak bunuh orang pula!'' ''Mama tak pernah ajar anak mama jadi pembunuh.Rizman adalah sebaik-baik suami Sya.''Luluh hati ini bila mama menitiskan airmatannya. Papa..Aku diharamkan sama seka...