#6

317 16 0
                                        

Sambil memandu aku memicit kepala yang sekakit berdenyut.Sikit lagi sampailah.Menyesal pula rasanya memandu dalam keadaan begini.Namun kalau bukan kerana terpaksa,aku takkan memandu sama sekali.

Entah di mana silapnya aku tidak mampu mengawal kereta yang meluncur laju.Dan bila saja aku sedar yang aku bakal mencederakan orang.Saat aku hampir-hampir melanggar pejalan kaki yang tiba-tiba melintas jalan,tanpa berfikir panjang aku terus mengawal kereta berpaling ke arah kanan.

Aku hanya sedar bila aku sudah merempuh pembahagi jalan.Mujur kelajuan kereta tidaklah selaju mana.Namun kepala yang berpinar akibat terhantuk tidak menghalang ku untuk turun dari kereta.

Jelas sekujur tubuh yang terduduk di tepi jalan.Aku bingung.Salah aku ka?Namun seingat aku,sempat ku kawal kereta ini dari merempuh sesiapa.Mujur tiada kereta di lorong kanan ketika itu.Andai tidak,entah apalah nasib ku selepas ini.

Dengan langkah yang lemah,aku gagahkan juga diri ini untuk berdiri.Baru mahu menapak ke arah mangsa tadi.Tiba-tiba aku terdengar suara menjerit.Dan tertanya suara itu amat aku kenali..

''Myra..!!''

Aku terkaku dari tempat ku berdiri.Rizman..Dan hati ini bergetar lagi.Namun tertanya aku amat kecewa bila dia lagi memberi perhatian kepada Myra berbanding isterinya yang berdarah di dahi.Yang lagi memerluhkan dia berbanding Myra yang hanya luka ringan di sikunya. Tanpa sempat aku tahan.Pipi ini pijar menerima tamparan hebat dari tangan suami ku sendiri.



'Kau nak jadi pembunuh pula!Kau memang sengaja intip kami bukan?Dan sekarang kau tekad nak bunuh Myra pula!Perempuan jenis apa kau ni.Hah!!''Terasa tubuh ku melayang apabila ditolak kasar dengan tangan suami ku sendiri.Tanpa sempat aku menahan,aku terduduk di tengah-tengah jalan raya yang pada masa ini masih kecoh dengan kemalangan ringan yang berlaku.

''Sabar encik..Sabar.''Beberapa orang sedaya-upaya cuba menyabarkan dia yang aku kira sudah hampir hilang kewarasannya.

Jangan Bunuh CintakuTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang