''Myra..''
''Kau takkan pernah rasa apa yang aku rasa Sya..Aku tak pernah ada keluarga.Ibu kandung aku sendiri sanggup buang aku.Anak dia sendiri!Selama ini,aku cuma anak yatim yang menumpang teduh pada keluarga Zaf!Tapi dia,selama ini dia hanya memandang aku sebagai seorang adik sahaja.Dan aku tak nak macam tu.Aku nak lebih dari itu.Tapi dia,tak pernah nak fikirkan perasaan aku.
Selama ini,dalam hati dia cuma ada kau Sya.!Tak pernah walau sedetik pun,sebab bagi dia,kau lah segala-galanya buat dia.Cinta pertamanya.Dan aku benci bila kau juga tahu,aku juga cintakan Zaf.Tapi apa yang kau pernah buat untuk aku?Malah kau ada segala-galanya Sya.Ada keluarga sempurna yang sayangkan kau.Malah tanpa Zaf pun,kau masih ada seseorang yang begitu sayangkan kau.Cintakan kau!''
''Myra..''Aku tak sangka,Myra terlalu memedam semuanya sejak dari dulu lagi.
''Kau dengar Sya,aku nak kau tahu!Selama ni aku sangat cemburukan kan kau.Dan aku nak kau juga rasa,bagaimana rasanya dibuang keluarga kandung.Macam mana rasanya ditinggalkan orang yang kau sayang.Dan tak semua benda yang kau ada akan kekal Sya.Dan buktinya,aku berjaya merampas Rizman dari kau.''Aku sebak bila aku tidak pernah cuba untuk memahami Myra.Rupanya,apa yang ditanggungnya selama ini terlalu berat baginya.Aku sedar,betapa sakitnya rasa bila ditinggalkan orang yang kita sayang,dibuang keluarga sendiri.Mujur aku masih punya tempat untuk bergantung.
''Maafkan aku Myra..''
''Aku takkan pernah maafkan kau Sya.Termasuk Zafrie!Dan aku betul-betul rasa bertuah bila tujuh tahun yang lalu.Kau sendiri yang memberi aku peluang untuk mengaburi mata Rizman.Memutar-belitkan kenyataan yang aku sendiri tak jangka akan memihak kepada ku.Hasilnya,keluarga kandung kau sendiri membuang kau dari hidup mereka.Rizman datang menyerah pada ku.Tak sangka,tuhan pun nak beri aku peluang untuk membalas semuanya.Tak sangka,dengan kemalangan kecil yang kau tak sengajakan,memberi aku peluang bila kau sendiri tak mampu mengawalnya.
''Myra tertawa sinis lagi.Membuat kemarahan ku yang tadinya sudah redah,kembali membara dengan ceritanya.Tak sangka,dia begitu pandai mengambil kesempatan.Begitu pantas menyambar peluang yang ada.
''Kau kejam Myra..Kau sangup buat aku macam ni.Sedangkan selama ini,aku terlalu sayang kau.Tapi tak sangka.Kau sanggup tikam aku dari belakang!''Ada rasa terkilan bila kelurga ku sendiri mengambil keputusan untuk membuang ku tanpa memberi aku peluang untuk membela diri.
YOU ARE READING
Jangan Bunuh Cintaku
Short Story''Kenapa kau jadi macam ni Sya..Akak tak sangka..Kau sanggup nak bunuh orang pula!'' ''Mama tak pernah ajar anak mama jadi pembunuh.Rizman adalah sebaik-baik suami Sya.''Luluh hati ini bila mama menitiskan airmatannya. Papa..Aku diharamkan sama seka...