#2

373 18 0
                                    

Cinta itu amat menyakitkan.Aku benci dia!Kerana dia,aku hilang segala-galanya!Kerana dia,aku hilang keluarga ku.Aku hilang keyakinan ku.Dan aku juga kehilangan satu-satunya sebab untuk aku meneruskan hidup!

Bodohnya diri ini.Kenapa harus meletakkan sepenuhnya kepercayaan kepada mereka?Orang yang sepatutnya menjadi tempat untuk ku bergantung,akhirnya menjadi orang yang paling kejam pada diri ini.

Menangis airmata darah sekalipun,aku takkan pernah sekali-kali mampu mengubahnya.Takkan pernah mampu kembali ke masa lalu untuk mengubah kembali semua ini. Betapa kenangan itu sangat manis namun,dalam sekelip mata..Semua itu bertukar menjadi satu kisah tragis yang takkan pernah aku mampu lupakan.

Lima tahun lalu..

''I dah bosan dengan hidup macam ni!Tiap kali I balik mesti kena soal macamlah I ni penjenayah!Penjenayah pun ada peluang untuk membela diri.Tapi you?Asyik salahkan I saja!''Lelaki,hanya akan melenting bila mereka berbuat salah.

''Bosan?Jadi selama ni,you dah bosanlah dengan I?Kenapa..Sebab you dah ada orang lain kan!''Bukti?Aku bukan menfitnah begitu saja.Cuma selama ini aku diamkan saja.Sebab kenapa?Aku tidak mahu hanya kerana salah faham ini.Rumah tangga yang ku bina hampir dua tahun,musnah begitu saja.

Aku sayangkan perkahwinan ini.Walaupun pada mulanya semua ini bukan atas kehendak ku.Tapi aku harus berusaha juga untuk mempertahankan ikatan ini.Perkahwinan adalah satu ikatan suci.Bukan sesuatu yang harus dipersendakan.

Walaupun pada mulanya rasa cinta itu lambat hadir,namun aku tetap sayangkan dia.Cintakan dia.Cuma dia terlalu ego.Ego bila mengetahui,perkahwinan ini berlangsung kerana kelaurga kami.Keluarga ku yang memerluhkan sumber kewangan kerana masalah syarikat yang sejak kebelakangan ini kerap dirundum masalah.Hanya dengan ikatan ini sahaja,masalah ini mampu diselesaikan.

Jangan Bunuh CintakuWhere stories live. Discover now