''I ada terserempak dengan dia..''Aku bersuara perlahan.''Maksud you,Riz..?''Tepat sekali tekaannya.Aku hanya mampu mengangguk lemah.''Apa yang jadi?''Aku menarik nafas panjang.Wajah Zafrie yang tertanya-tanya aku pandang dengan penuh kekosongan.
''I tak sangka..Setelah bertahun-tahun berlalu,kenapa dia muncul lagi Zaf?I ingatkan,i cukup bersedia selama ni.Tapi..''Aku bersuara perlahan..
''Tell me Sya..Dia buat apa kat you!''Suaranya kian cemas.Untuk seketika,aku hanya mampu mendiamkan diri.Cuba mengingati kejadian yang menimpah diri beberapa hari lepas..
''Dia gelar Alia..''
''What Sya?''Zafrie kian mendesak.
''Dia cakap..Alia.Alia tu..Anak.Haram..''Sepatah-sepatah aku bersuara.Terasa perit untuk ku menuturkan sepatah kata yang benar-benar menguris hatiku saat ini.
Kenapa dia tak pernah berubah?Kenapa dia tak pernah melihat ku dari sudut pandangan yang berbeza?Selalu menilai diri ini berdasarkan pandangan mata kasar yang adakalanya sering membuatkan kita salah menilai?
''Rizman dah melampau Sya!Dia tak pernah tahu kisah sebenarnya.Tentang Alia..Tentang kita.''
''Sebab hati dia pernah terluka Zaf..Sebab hati dia pernah disakiti.Dan akulah yang bertanggungjawap sebenarnya..''Tanpa dapat menahan lagi,airmata ini gugur tanpa dapat ku seka lagi.
Selama bertahun-tahun,akhirnya aku harus akui kesilapan ku sendiri.Mungkin sebab aku sendiri tidak pernah cuba untuk meyakinkan dia bahawa cinta ini sesungguhnya hanya untuk dia.Dan Myra berjaya bila,aku sendiri yang memulakannya.Myra cuma mengambil kesempatan di atas semua yang berlaku.
''Sya..''''Salah I,Zaf.Bila dari mula lagi I tak pernah cuba untuk berterus-terang,yang rasa cinta ini hanya untuk dia..''
''Sya..Jadi awak kena cari peluang.Betulkan semua kesilapan tu.Awak kena rebut peluang Sya.''Zafrie mengukir senyum.Cuba meyakinkn diri ini.
Namun aku sendiri tidak pasti.Masih adakah sisa cintanya buat ku?
''Tak Zaf..Lagipun dia dah ada Myra..Dan mereka bakal menerima 'orang baru' tak lama lagi.Aku tak nak jadi penyebab kepada keretakan rumah-tangga Rizman sekali lagi.Cukuplah dia pernah kecewa dengan aku dulu.''Itu tekad ku.Tidak mungkin aku tegah untuk merobek hati Rizman sekali lagi.Biarlah dia gembira dengan hidupnya.
****************************************************************
''Kau lagi.Kau memang tak pernah rasa serik kan Sya?''Myra tersenyum sinis.Tidak sangka pula pertemuan kali ini berlangsung di sini pula.Di kawasan hospital pula tu.Tapi apa dia buat kat sini?Mungkin pemeriksaan kandungan.Tapi di mana Rizman?
''Hei!Aku tengah bercakap dengan kau ni!''Mujur kawasan tempat letak kereta agak lenggang.Jika tidak,memang memalukan bila terpekik-pekik di khalayak ramai macam ni.
''Kau nak apa lagi..Aku rasa semua yang kau nak,kau dah dapat kan?Jadi,aku rasa tak ada apa yang aku berhutang dengan kau lagi.Kau tu yang banyak berhutang dengan aku Myra!''Aku sudah tidak peduli dengan mata-mata yang memandang.Kepala yang kian pening membuatkan pandangan ku agak berpinar.
''Kau!''Namun dia tersenyum lagi.Senyuman yang semakin sinis.
''Aku kasihan dengan kau ni Sya..Dah lah suami sendiri gantung tak bertali.Keluarga pula sanggup buang kau.''Aku cuba sabarkan hati yang semakin mendidih.Kalau tidak mengenangkan keadaanya yang sedang sarat,dan jika bukan kerana kami di tempat awam.Aku tidak akan sesekali memberi dia peluang untuk mencelah ku sekali lagi.

ANDA SEDANG MEMBACA
Jangan Bunuh Cintaku
Short Story''Kenapa kau jadi macam ni Sya..Akak tak sangka..Kau sanggup nak bunuh orang pula!'' ''Mama tak pernah ajar anak mama jadi pembunuh.Rizman adalah sebaik-baik suami Sya.''Luluh hati ini bila mama menitiskan airmatannya. Papa..Aku diharamkan sama seka...