Namun semua itu berlaku sebelum kami berkahwin.Dan ternyata cinta itu hadir secara perlahan,hanya setelah ikatan yang sah.Dan aku ikhlas bila ingin menjadi seorang isteri yang baik buat suami ku.
Namun bagi seorang lelaki yang bernama Rizman.Semua itu bagaikan menjual harga diri.Bak pelacur yang menyerah diri,kerana wang ringgit.Teruknya pandangan seorang suami pada seorang isteri yang memperhambakan diri demi dia.Namun ternyata semua itu sia-sia belaka.
''I dah terima you,sepatutnya you bersyukur sangat!Bersyukur yang keluarga you yang pengemis tu tak merempat!''Aku cukup tergamam . Tegahnya dia meluahkan kata-kata kesat itu.Pengemis? ''Pengemis?Sampai hati you tuduh family I macam tu!Kenapa mesti libatkan mereka dalam soal kita.''
''Apa?Tak betul apa yang I cakap!You tu pun apa kurangnya.You kahwin dengan I pun semata-mata nak selamatkan syarikat family you tu bukan?Kenapa?Rasa terhina ke?'' Ya tuhan..Kenapa aku diduga sebegini.Tak cukupkah apa yang aku korbankan selama ini.Kenapa mesti semua itu harus dbangkitkan lagi.
''You sengaja cari kesilapan I kan?Jadi you?Apa yang you buat selama ni di luar,I cuma diamkan saja.Perempuan simpanan you tu..Ingat I tak tahu ke?''Aku tidak mampu untuk terus berdiam diri lagi.Masalah ini semakin berlarutan.Dan aku sungguh penat,bila setiap hari perkara yang tidak-tidak akan dibangkitkan hanya untuk menyakitkan hati ini saja.
''Oh..Dah pandai siasat apa yang I buat di luar ya?Perempuan simpanan?Dengar sini!Sekurang-kurangnya dia lagi mulia dari you.Yang memperhambakan diri sebab duit semata-mata.Dia lagi bermaruah dari you.Yang memperjuangkan cinta tanpa memandang harta I!''Sekali lagi aku terpempam dengan kenyataan ini.
YOU ARE READING
Jangan Bunuh Cintaku
Conto''Kenapa kau jadi macam ni Sya..Akak tak sangka..Kau sanggup nak bunuh orang pula!'' ''Mama tak pernah ajar anak mama jadi pembunuh.Rizman adalah sebaik-baik suami Sya.''Luluh hati ini bila mama menitiskan airmatannya. Papa..Aku diharamkan sama seka...