2

9.7K 145 4
                                    

"Ada apa Wardina cari abang tadi?" tanya Iman Hafifi lalu mula mengacau-ngacau laksa yang berada di hadapannya. Berkepul-kepul asapnya naik ke udara.

"Bibik cakap abang yang petik bunga-bunga kat depan tu, kan? Ni Wardina nak tanya, yang abang memandai petik bunga tu pasal apa? Biar jelah bunga tu mekar mewangi. Abang tau tak betapa kecewanya rama-rama dan lebah-lebah bila tengok bunga tu dah tak ada?"

Iman Hafifi tersenyum mendengar luahan rasa Wardina Safiyyah. Sejak dulu sampai sekarang kalau sudah bercakap, pasti susah hendak berhenti. Yang tak tahannya, ada saja kata-kata yang mengarut dicampur sekali.

"Wardina nak jawapan abanglah! Bukan nak senyuman abang tu..." desak Wardina Safiyyah lagi.

"I'm so sorry. Actually, abang nak bawak bunga tu ke office. Selalunya abang petik je bunga mama kat tepi sana tu, tapi pagi tadi nampak bunga Wardina tu macam cantik semacam je, jadi abang petik jelah." jawab Iman Hafifi sambil menatap wajah bersih milik Wardina Safiyyah.

"Abang tau tak yang bunga tu hadiah daripada orang. Nanti orang tu cakap Wardina tak hargai pemberian dia pulak. Kalau ya pun nak bawak bunga kat office, pergi jelah beli kat kedai bunga. Takkan tu pun nak kena ajar?"

"Wardina tau ke siapa yang bunga tu kat Wardina?"

"Tak, tapi mama cakap orang tu tau yang Wardina suka ros. Tapi sangkakan, baru je balik Malaysia dah ada secret admire. So sweet.." kata Wardina Safiyyah sambil menongkat dagu, keningnya sengaja dinaikkan ke atas berkali-kali. Beranganlah tu!

"Untuk pengetahuan Cik Wardina Safiyyah binti Tan Sri Annuar, bunga tu abang yang hadiahkan. Jadi abang masih ada hak kat bunga tu."

"What?" Abang yang bagi? Ish, potong stim betullah abang ni. Ingatkan jejeka Malaya mana yang berkenan dengan Wardina yang cantik lagi comel ni. Kalau macam tu, abang cantas sekali pokok bunga tu pun tak apa," ujar Wardina Safiyyah selamba. Mangkuk bakso diangkat lalu menuju ke dapur.

Sekali lagi Iman Hafifi tersenyum. Entah untuk kali yang ke berapa. Tiba-tiba hatinya berdetak lembut. Indah. Eh, takkanlah! Sanggah hatinya dengan cepat.

........................................................................

Tangan Wardina Safiyyah ligat menekan papan kekunci laptopnya. Sesekali dia menjenguk Instagram dan Twitternya. Namun semua itu berhenti apabila dia mendengar pintu biliknya diketuk dua tiga kali.

"Masuk!" arahnya tanpa melihat ke arah pintu.

"Kak Wardina sibuk ke?" tanya Miasara lalu menghampiri Wardina Safiyyah yang sedang meniarap di dada katil.

"Sikit, but why?"

"Mama Sri suruh turun, ada tetamu."

"Siapa pulak yang datang masa aku nak bersuka ria dia hari raya ni? Kalau nak datang pun, tunggulah aku free. Ni yang malas ni..." rungut Wardina Safiyyah.

Miasara terus keluar. Kalau dilayan Wardina Safiyyah itu boleh gila dibuatnya.

Dari tingkat atas dia ternampak seorang gadis berbual mersa dengan mamanya. Macam Dania je. Macam tau-tau pulak dia yang tengah rindu nak outing dengan dia. Dengan pantas dia meluru ke tingkat bawah. Dia terlanggar Iman Hafifi yang baru sahaja hendak naik ke tingkar atas. Dan tanpa diduga, Wardina Safiyyah sudah pun menghempap badan Iman Hafifi. Hidung Wardina bertemu dengan pipi Iman. Terasa satu renjatan elektrik berlaku di situ.

"Ehem-ehem!" usuk Miasara yang sedang menuju ke ruang tamu untuk menhhantar minuman.

Wardina Safiyyah segera berpaut pada tiang tangga. Mukannya merona merah. Puan Sri Qaira segera mendapatkan mereka berdua.

"Wardina okey tak ni? Iman macam mana?" tanya Puan Sri Qaira dengan penuh kebimbangan.

Wardina Safiyyah duduk di anak tangga sambil mengarut dada yang berdegup kencang. Iman pula terus duduk sambil mengosok-gosok belakang kepalanya.

"Sayang, are you okay?"

Petanyaan gadis yang disangka Dania itu menghentikan terus degupan jantung Wardina Safiyyah yang berlari laju tadi. Wardina Safiyyah menelan air liur apabila melihat Iman Hafifi menyambut huluran tangan gadis tersebut.

"Alhamdulilah kalau dua-dua okey. Erm, Wardina ni mama nak kenalkan tunang Abang Iman, Wafin. Wafin, ni la anak bongsu mama. Wardina," ujar Puan Sri Qaira.

"Hai Wardina. Nice to meet you." Ramah sahaja Wafin membuka salam perkenalan kepala Wardina Safiyyah.

"Ingatkan kawan Wardina tadi. Erm, nice to meet you too." Wardina Safiyyah sekadar berbahasa.

"Cantik sepupu you," puji Wafin sewaktu dia dan Iman Hafifi menuju ke ruang tamu.

Puan Sri Qaira mengikut dari belakang manakala Wardina Safiyyah masih kaku di situ.

Wardina Safiyyah segera menuju ke dapur sambil menarik tangan Miasara.

"Kenapa ni kak?" tanya Miasara kehairanan

"Kak Wardina nak tanya ni, sejak bila pulak Abang Iman bertunang? Kenapa Kak Wardina tak tahu? Yang Mia pulak, kenapa tak bagitau kat Kak Wardina?" soal Wardina Safiyyah bertalu-talu. Miasara duduk di birai katil.

"Mia ingatkan Mama Sri dah bagitau kat Kak Wardina. Tapi Mia tak sukalah kak, cerita pasal orang ni. Nantu tak pasal-pasal Mia kena serang dengan perempuan gila kat depan tu.." lancar mulut Miasara mengutuk tunang Iman Hafifi.

"Ish! Ada pulak cakap macam tu kat dia," marah Wardina Safiyah.

"Kak Wardina tak kenal lagi Wafin a.k.a Mafin tu. Mama Sri dengan Papa Sri jelah rajin melayan karenah dia yang gedik tahap dewa tu. Mia pun tak faham tang mana yang Abang Iman berkenan sangat kat dia," rungut Miasara.

"Laaa... yeke? Padan muka Abang Iman tu dapat perempuan macam tu. Kak Wardina yang cantik lagi comel ni ada, dia tak nak pulak. Ish ish, tak patut betul, kan?" sempat lagi Wardina Safiyyah berlawak.

"Eleh, Kak Wardina punya lawak tu tak menjadilah sebab muka Kak Wardina tu dah penuh dengan garis-garis cemburu. Macam lah Mia tak tahu," tuduh Miasara lalu keluar daru biliknya.

"Eh, budak ni. Selamba gila dia sound aku. Tapi betul ke nampak sangat aku ni cemburu? Eh, sejak bila pulak aku ni pandai main cemburu-cemburu ni? Aku ada hati dengan Abang Iman ke? No! Never! Tak mungkin. Apa kelas bercinta dengan sepupu sendirikan? Tapi Abang Iman tu macam dah curi je hati aku ni.

Arghhhhhhhh!"

# Nak tahu tak macam kisah silam antara Tengku Aqram dan Wardina Safiyyah? Kalau nak tahu stay vote n comment k! tq
                 
                          -966 words-

Wardina SafiyyahWhere stories live. Discover now