Saudara-mara semuanya datang. Ada yang menangis ada pula yang tenang sahaja.
Aqram pula termenung, tidak percaya dengan apa yang dilihat. "Tak.. itu bukan Wardina. Aku dapat rasakan."
Damia memegang bahu Aqram, mengusap-usap.
Aqram tidak selesa. Dialihkan tangan gadis itu "Sudahlah, Damia.. jangan kacau I."
"But I wanna be by your side." lembut suara Damia.
Aqram langsung tidak memandang muka Damia. " Sebelum I tengking you, baik you jangan ganggu I." Amaran keras dari mulut Aqram.
Damia mengetap bibir. Nak atau tak, dia harus pergi. Dia terus beredar meninggalkan Aqram yang masih bersandar pada dinding itu.
"Sayang.. Abang mintak maaf. Abang betul-betul sayangkan sayang" Perlahan-lahan air mata Aqram mengalir.
Jan 10.00 malam. Ramai yang bersurai, pulang ke rumah masing-masing dengan perasaan hiba dan sedih.
***Sambil menghempas-hempas beg plastik dari kedua-dua belah tangannya ke tanah, Wardina merungut. "Bosanlah! Pak cik teksi tu memang! Ada ke patut hantar aku sampai sini aje." Diperhatikan sekelilingnya.
"Kat mana ni? Penatlah nak jalan kaki. Dah malam. Bahaya. nak call Mira pun duit syiling tak ada. Kurang ajar betul perompak perempuan tak guna tu!" Berkumat-kamit mulutnya menyumpah-nyumpah.
Nak atau tak nak, dia harus meneruskan perjalanan juga. Akhirnya, dia sampai juga di rumah Mira. Berpeluh-peluh. Lalu dicampak beg-beg plastik bajunya ke lantai. Dikesat peluh di dahi dan leher. Tiba-tiba dia mendengar sesuatu dari rumah Mira.
"Siapa yang menangis tu?" Dia menghampiri tingkap rumah, meninjau ke dalamnya. Kelihatan Mira sedang menangis teresak-esak. Kuat pula tangisannya. Pelbagai persoalan timbul dalam hatinya.
Mira memegang sekeping gambar kawan karibnya. "Wardina.. kenapa kau pergi? Kenapa? Sampai hati kau tinggalkan aku sorang-sorang." tersekat-sekat suara sebak Mira.
Wardina menggaru kepala. Bingung. "Kenapa pula si Mira ni menangis? Pelik pula aku tengok. Lalu aku mengetuk pintu rumah.
"Assalamualaikum.. Mira. Buka pintu. Aku dah balik ni."
Tergamam Mira dibuatnya. Terhenti tangisannya sejenak. "Hah?" Dia cuba mendengar suara itu lagi.
Wardina memberi salam buat kali kedua. "Assalamualaikum! Mira.." sayup suaranya. Penat.
"Dengar macam suara Wardina. Tak mungkin. Tadi aku sendiri tengok dengan mata aku. Dia dah mati. Tak.. tak.. tak mungkin." Mira memeluk erat sebiji bantal. Bulat matanya memerhati tingkap yang tidak tertutup itu.
"Hantu ke?" dia mula ketakutan.
"Siapa tu? Kau siapa?" Mira menjerit, cuba memberanikan diri.
"Ini Wardinalah! Mira, aku cakap buka.. Bukalah pintu! Aku penat ni. Jangan buat aku marah! Nanti roboh pintu ni!"
Dung! Dung! Terdengar bunyi dentuman di pintu. Mira menggeleng-geleng ketakutan.
"Wardina? Tak... tak.. Kau bukan Wardina! Wardina dah mati!"
Berang Wardina dibuatnya. "Wah.. melampau pula anak dara tua ni. Ada pula cakap aku mati! Tak sayang mulut ke?"
Semakin kuat dia mengetuk pintu. "Buka pintu ni, Mira! Aku cakap buka!"
Dia pergi ke tingkap pula, menonjolkan diri, "Ini akulah, Mira! Ini Wardina."
Bulat mulut Mira ternganga. Terbeliak matanya melihat Wardina berdiri terpacak di tingkap. Dengan baju putih pula tu.
YOU ARE READING
Wardina Safiyyah
Romance"Aku tengok kau bukan main lagi raih balik cinta Wardina tu." Tiba-tiba Amar bersuara. "Ada masalah ke kalau aku nak raih semula cinta dia?" tanya Tengku Aqram "Tapi aku tengok Wardina tu bukan main benci lagi kat kau dah. Sudah-sudahlah tu, Aqram...