16

15.1K 87 5
                                    

*FLASHBACK*

Ketika sedang sibuk mengadap kerja yang menimbun di atas meja, intercom ku berbunyi dan Nurin setiausaha ku memberitah ada seorang kawan lama ingin berjumpa dengan ku lalu aku menyuruh Nurin membenarkannya masuk.

Apabila pintu bilik ku terbuka, alangkah terkejutnya aku bila Damia Farhana sedang berdiri di depan pintu, aku menyambut kedatangannya dengan wajah yang masam mencuka, Namun aku tetap menjemputnya masuk dan duduk di kerusi yang terletak di hadapan meja ku.

Damia Farhana binti Shed Ali, dia adalah perempuan pertama yang berjaya mencuri hatiku pada satu masa dahulu. Dia pernah singgah di dalam hatiku, dia pernah membuatkan aku tidur tak lena, mandi tak basah makan tak kenyang.

Namun kesetiaan dan pengorbanan ku akhirnya dibalas dengan kecurangan dan penghinaan, disebabkan dia jugalah aku tidak mempercayai wanita dan cinta sehinggalah aku ditakdirkan berkahwin dengan Wardina Safiyyah.

Lama kali mendiamkan diri sebelum aku memulakan bicara.

"Ada apa hal you cari I ? tanya Aqram.

"Saja, Lama I tak jumpa you sayang, I miss you much."

"Sorry.. I tak dapat nak balas cinta you tu sebab I dah serahkan seluruh cinta I kepada isteri I".

"What? You already married? I dont believe you Aqram!"

"Why? You ingat I ni tak laku sangat ke? For you information, umur isteri I  baru 23 tahun, muda dan bergerak lagi, malahan seratus kali lebih cantik dari you".

Mendengar kata-kata sinis dari ku, Damia terus bangun dari kerusinya dan meluru kepada ku lalu merangkul erat tubuh ku.

Belum sempat aku menolak tubuh Damia, tiba-tiba pintu bilik ku dikuak dari luar, terkejut aku apabila Wardina tegak berdiri di depan pintu seperti patung dan memandang tajam ke arah kami.

__________________________________

Langit malam tampak mendung. Kedengaran bunyi guruh, tetapi tidak mahu hujan. Seolah-olah menggambarkan hati seorang gadis bernama Wardina. Laju kereta yang dipadunya. Hatinya terlalu sedih sampaikan tidak berhenti untuk mengalirkan air mata.

Sudah jam 10.00 malam. Diparkir keretanya di tepi jalan. Tempat itu agak terpencil. Bahaya sekiranya keseorangan di situ.

Sesudah sampai, dia mendekati pintu rumah banglo Mira. Waktu itu, juga Mira membuka pintu. Lega Mira itu muncul. Terus Mira memeluk Wardina yang dianggap seperti kawan karib.

"Buat masa ni aku nak tinggal kat rumah kau dulu ya, Mira? Aku nak tenangkan diri.

Mira mengangguk. Perlahan-lahan dia melepaskan pelukan itu. "Boleh, Aku tak kisah"

Setelah memasukkan bagasinya ke dalam rumah, dia memandang kereta pemberian Aqram itu. Terlalu banyak kenangan bersama Aqram.

__________________________________

Di dalam bilik yang sungguh gelap. Barang yang dicampak berselerak di atas lantai.

"Sayang, mana sayang dah nak dekat pukul 12 malam sayang tak balik-balik pun" terasak-esak Aqram menangis di dalam bilik sorang-sorang.

"Maafkan abang sebab tak jaga sayang sebaik mungkin" sambil mencium gambar perkahwinan kami.

__________________________________

Penuh kedua-kedua tangan Wardina menjinjing beg-beg plastik yang berisi pakaian. Kawasan parkir kereta bertingkat di pusat membeli-belah itu agak sunyi. Dia memberanikan diri. Pukul 3.00 petang. Mana ada orang jahat.

Wardina SafiyyahWhere stories live. Discover now