"Wardina, mari sini kejap sayang. Ada orang nak jumpa.." panggil Puan Sri Qaira kepada Wardina Safiyyah yang sedang leka membuat chocalate cake bersama Miasara di dapur.
"Mama suruh je orang datang tu datang masa raya tahun depan, ya. Wardina sibuk ni," selamba sahaja Wardina Safiyyah menjawab kerana sebentar tadi bibik ada memberitahu tentang kedatangan Tengku Aqram kepadanya.
"Wardina Safiyyah Binti Tan Sri Annuar!" panggil mananya lagi.
Wardina Safiyyah melepaskan keluhan berat. Dia paling pantang kalau ada orang memanggil nama penuhnya.
"Ada apa datang rumah orang ni? Kalau nak datang pun tunggu masa raya nanti ke, ke masa rumah terbuka Tahun Baru Cina ke, walaupun rumah ni tak sambut raya Cina. Ni tak, masa macam ni jugak dia nak datang," leter Wardina Safiyyah sedikit kasar.
Puan Sri Qaira sudah menjeling anak daranya itu sebelum mencapai kunci kereta dan terus berlalu. Geram juga dia dengan Wardina Safiyyah itu.
"I nak ajak you dinner malam ni," Tengku Aqram berterus terang. Comel sahaja wajah Wardina Safiyyah yang sudah muncung sedepa itu.
"Siapa pulak yang nak dinner dengan you" jawab Wardina Safiyyah lalu melabuhkan punggungnya di sofa. Miasara datang membawa minuman.
"Lain kali kalau dia ni datang rumah, tak perlu bagi air," kata Wardina Safiyyah kepada Miasara.
Tengku Aqram hanya tersenyum. Dia tahu Wardina Safiyyah masih marah padanya. Namun dia sentiasa berdoa agar Wardina Safiyyah boleh menerimanya semula.
"Wardina, I masih sayangkan you lagi. Percayalah," kata Tengku Aqram apabila melihat Miasara sudah berlalu menuju ke dapur.
"Percayalah? Ingat ni lagu Dato' Siti Nurhaliza ke? Dahlah, I malas tau nak layan you ni. Empat tahun tak nampak muka you tenang je hidup I, tapi sekarang ni tunggang-langgang dah kepala otak I ni sebab you, tahu tak?" kata Wardina Safiyyah lalu mencapai air yang dihidang oleh Miasara sebentar tadi. Tengku Aqram mengeluh berat.
"Teruk sangat ke I ni di mata you?" tanya Tengku Aqram.
"Memang teruk pun!" jawab Wardina Safiyyah. Cepat sahaja dia menjawab. Hati dan perasaa Tengku Aqram memang tidak lagi difikirkan.
"Assalamualaikum," tegur Iman Hafifi. Salamnya disambut serentak oleh Wardina Safiyyah dan Tengku Aqram.
"Awal abang balik?" tanya Wardina Safiyyah.
Iman Hafifi tidak menjawab sebaliknya dia mengambil tempat di sebelah Wardina Safiyyah dan berhadapan dengan Tengku Aqram.
"Bik, ambilkan air untuk Abang Iman," jerit Wardina Safiyyah. Bergema suaranya di ruang itu.
"Isy! Ada pulak jerit-jerit macan tu," tegur Iman Hafifi.
Wardina Safiyyah menutup mulutnya sambil tersenyum.
"I nak balik dulu. Malam karang I ambik you pukul lapan setengah malam. Jangan lupa tau," kata Tengku Aqram lalu bersalaman dengan Iman Hafifi. Wardina Safiyyah mencebik.
"Tengoklah macam nana," kata Wardina Safiyyah tanpa memandang Tengku Aqram.
Iman Hafifi hanya memerhati tingkah laku kedua-dua mereka. Namun ada cemburu bertamu di dalam hati apabila Tengku Aqram mula memikat Wardina Safiyyah semula.
# Agak-agak Wardina nak tak keluar dinner dengan Aqram? Kalau nak tau vote n comment k! Insyallah i akan update!
-476 words-
YOU ARE READING
Wardina Safiyyah
Romance"Aku tengok kau bukan main lagi raih balik cinta Wardina tu." Tiba-tiba Amar bersuara. "Ada masalah ke kalau aku nak raih semula cinta dia?" tanya Tengku Aqram "Tapi aku tengok Wardina tu bukan main benci lagi kat kau dah. Sudah-sudahlah tu, Aqram...