21

16.3K 234 48
                                    

Aqram menggenggam stereng keretanya sekuat hati. Sesak juga jalan raya.

"Walau apapun, abang akan pastikan yang abang sempat. Ya Allah... mudah-mudahan ada keajaiban daripadamu, ya Allah..."

Jam sudah pukul 4.50 petang. "Aduh!
Waktu macam ni juga nak jam!" terkumat-kumit mulut Aqram menyumpah-nyumpah. Nasib baik dia menyimpa nombor telefon Inspektor Rashid. Cepat-cepat dia menghubungi pengawai polis itu.

"Helo, Inspektor Rashid..."

"Ya... ada apa, Tuan Aqram? Boleh saya bantu? Tentang isu isteri tuan masih lagi dalam siasatan."

"Ya, ya... Saya dah dapat info pasal isteri saya. Dia sekarang kat KLIA2. Flight akan berlepas ke China pukul 5.00 petang. Tolong inspektor, tolong tahan dia." cemas suara Aqram.

"Baik. Tuan Aqram jangan risau. Saya akan segera uruskan."

Aqram lega. Dia yakin pihak polis pasti tidak menghampakan.

                                 • • •

Selamba Aqram memarkir keretanya di kawasan teksi. "Ya Allah... aku dah lambat." jam sudah pukul 5.15 petang.

Berlari-lari dia menghampiri tiga orang pegawai polis yang lengkap berpakaian seragam di kaunter. Mira turut ada di sana. Muram sahaja muka Mira.

"Kenapa, Mira? Jumpa Wardina tak?"

"Encik Aqram, kapal terbang ke China dah 15 minit berlepas. Tapi kami tak dapat info yang mengatakan Cik Wardina Safiyyah tu salah seorang penumpang dalam kapal terbang tu," beritahu salah seorang pengawai polis tersebut.

Aqram tercengang. "Hah?!" Dia kembali tertumpu pada Mira. "Mira, awak bagi salah info ke?"

"Betul, Tuan Aqram. Dalam surat tu Wardina berlepas pukul 5.00 ni." Mira membela diri.

"Pukul 5.00 pagi kot. Awak salah dengar, Mira"

"Betul, Tuan Aqram..."

Melilau-lilau mata Aqram memandang ke kiri dan kanan. Kot-kot ternampak kelibat Wardina.

Salah seorang pengawai polis itu menegur Aqram. "Encik Aqram, kami akan buat rondaan di sekitar kawasan ni."

Aqram mengangguk setuju. Dikeluarkan dompet dari kocek seluar dan mengambil sesuatu. Dia menghulurkannya kepada pengawai polis itu. "Ini gambar isteri saya. Tolong ya?"

Sebaik sahaja pengawai itu mengambil gambar yang dihulur oleh Aqram, mereka bertiga terus beredar untuk jalankan tugas.

Aqram bingkas memandang Mira. "Mira... awak ikut saya cari Wardina."

Mira menyusuri Aqram dari belakang.

Jam 5.30 petang. Kelibat Wardina masih tidak kelihatan. Aqram menggaru-garu kepala. Gelisah wajahnya sambil melihat sekeliling. Mira juga mengeluh. Tiba-tiba dia terpandang sesusuk tubuh yang lena tidur di sebuah kerusi dalam lapangan terbang itu. Lena gadis itu dibuai mimpi. Dia cukup kenal gadis itu. Lebar senyumannya.

Mira juga memerhati apa yang Aqram lihar itu. " Encik Aqram... itu kan Wardina..."

"Syhh..." Aqram buat isyarat senyap pada Mira. "Awak tunggu sini, Mira. Biar saya yang kejutkan dia." Perlahan-lahan dia menghampiri Wardina yang sedang lena itu. Alhamdulilah... aku bersyukur ya Allah. Kau Maha Berkuasa.

Dia duduk di sebelah si isteri. Lama ditenung wajah Wardina. Mahu sahaja air matanya mengalir. Air mata kegembiraan. Tetapi cuba ditahan. Takkan pula mahu menangis di khalayak ramai.

Asyik melarikan diri sahaja. Penat abang kejar tahu tak? Asyik lari aje. Dia menguntum senyuman. Digoncang-goncang perlahan bahu Wardina.

"Cik... bangun, cik! Bangun! Ada perompak!"

Wardina SafiyyahWhere stories live. Discover now