Oleh kerana kami tidak sempat sarapan aku memasak nasi ayam bersama air sirap bandung, jadi hari ini aku plan untuk pergi ke pejabatnya dan membuat kejutan buat Aqram.
Aku menghias diriku agar nampak cantik buat tatapannya. Perfume kegemaran Aqram aku sembur ke seluruh badan dan setelah berpuas hati dengan penampilan ku, aku terus mencapai handbag serta kunci kereta Audi R8ku.
Aqram menghadiahkan aku kereta tersebut pada waktu berbulan madu di Korea.
Setelah sampai di hadapan bangunan pejabat Aqram, aku memaking keretaku di kawasan tempat letak kereta khas untuk VIP, security disitu juga telah sudah mengenali diri ku jadi tiada masalah yang bakal timbul.
Aku keluar dari perut kereta, dengan membawa bekal makanan yang dimasak tadi. Aku mengatur langkah untuk menuju ke tingkat 30 dimana office Aqram berada.
Sampai sahaja dihadapan pintu office Aqram, setiausahanya tiada di situ jadi aku buat keputusan untuk terus sahaja masuk ke dalam biliknya.
Tanpa mengetuk pintu terlebih dahulu, aku terus memulas tombol pintu tersebut dahulu lalu menguaknya dan alangkah terkejutnya aku bila melihat seorang perempuan cantik persis model gayanya sedang memeluk Aqram dengan sangat erat. Ya, aku kenal sangat perempuan tu, perempuan itulah bekas kekasih suamiku, Damia.
Terhempas bekal makanan dan minuman yang kubawa tadi. Aku terkaku sebentar disitu sebelum terhambur keluar tangisan ku dengan pantas aku berlari meninggalkan ruang perjabat tersebut.
Sampai sahaja di Lobby, aku terus berlari menuju ke arah kereta, aku meloloskan diriku masuk ke dalam perut kereta, menghidupkan engine lalu menekan pedal minyak dengan kuat.
"Sampai hati abang buat sayang macam ni" kata Wardina menangis teresak-esak.
Kereta ku meluncur dengan sangat laju, begitu juga dengan air mata ku, seolah-olah berlumba-lumba ingin turun melalu pipi ku.
Ya, aku baru teringat kawan karibku, Mira. Aku mengeluarkan Iphone 6s di poketku terus menelefon Mira
"Hello Mira kau kat mana" sambil tersedu-sedu, tangan kirinya memegang telefon manakala tangan kananya sedang memandu.
"Weh kau menangis ke? Siapa buat kau ni weh, Aqram ke? Aku dekat rumah" tanya Mira bersungguh-sungguh dia amat risau siapa buat kawan karibnya menangis.
"Please share location kat whatassps aku nak datang rumah kau"
"Hah? Kau nak datang rumah aku? Okey-okey." lalu meletak Iphone5nya di atas meja, terperanjat sungguh dengan perangai kawan karibnya semenjak dia kahwin Wardina kerap keluar shopping bersama Mira.
# Tiba-tiba idea datang nak pisahkan Wardina dengan Aqram ! Hahahaha! Kecam Aqram! Jangan menangis tunggu next cheapter. Just wait n see! Vote n comment
-401 words-
YOU ARE READING
Wardina Safiyyah
Romance"Aku tengok kau bukan main lagi raih balik cinta Wardina tu." Tiba-tiba Amar bersuara. "Ada masalah ke kalau aku nak raih semula cinta dia?" tanya Tengku Aqram "Tapi aku tengok Wardina tu bukan main benci lagi kat kau dah. Sudah-sudahlah tu, Aqram...