3

8.5K 125 0
                                    

Pagi itu suasana di banglo milik Tan Sri Annuar dipenuhi dengan saudara mara dan rakan-rakan terdekat. Aliff Firdaus pula sibuk dengan kamera Canonnya. Sesekali dia mengusik Miasara yang tekun memerhati Wardina Safiyyah yang sedang didandan rapi itu.

"You're so beautiful, my dear," puji Aliff Firdaus sambil mencium dahi Wardina Safiyyah setelah jurumekap dan beberapa pembantunya keluar. Macam tidak percaya adik kesayangannya itu bakal menjadi tunangan orang dalam masa setengah jam lagi.

"Thanks Abang!! balas Wardina Soffiyah

"Welcome my dear" ujar Aliff Firdaus terus keluar dari bilik Wardina Safiyyah.

Setelah melihat abangnya keluar dari bilik, Wardina Safiyyah. Tiba-tiba dia terpandang laptop yang masih terbuka di atas meja soleknya. Belum sempat dia hendak menyemak e-mel, Iphone berlagu nyaring membuatkan dia mengalih tumpuan kepada telefonnya pula.

"Hai Rachel. Kau kat mana ni? Majlis aku dah nak start ni. Kalau kau dengan Dania tak sampai tepat pada waktunya, siaplah. Jangan harap aku nak datang majlis nikah, kahwin, cukur jambul yang kau orang buat nanti. Panjang lebar Wardina Safiyyah berkata-berkata.

"Hello, Rachel. Kenapa kau diam? Aku salah dail nombor orang ke?" rungutnya namun jeles didengar oleh Rachel.

"Hi Wardina. Kau okey?"

"Orang nak bertunang mestilah okey," jawab Wardina Safiyyah sambil tergelak.

"Kau ada baca Metro tak pagi ni?"

"Eh, kau ni call aku nak tanya pasal tu je ke? Lagipun kat rumah aku ni memang tak ada melanggan mana-mana surat khabar. Yang kau dengan Damia bila nak sampai ni?"

"Aku tanya kau ni, kau dah baca ke tak?" Kali ini suara Rachel sedikit meninggi. Wardina terus menekan link untuk website Harian Metro.

"Kejap, aku tengah bukak website Metro. Berita apalah yang kau suruh aku tengok sangat ni? Harap-harap bukan pasal perkahwinan Fattah Amin ya. Kau pun tahukan yang aku minat gila kat dia tu. Lepas tu..." Kata-katanya terhenti. Muka depan Harian Metro ditatap lama. Dan...

"Mama!!!!" jerit Wardina Safiyyah lalu terkulai layu. Jurumekap yang kebetulan masuk ke biliknya terkejut melihat Wardina Safiyyah sudah pun terbaring tidak sedarkan diri.

"Wardina! Wardina! Ya Allah, kenapa dengan anak kita ni, bang?" tangis Puan Sri Qaira apabila melihat Wardina Safiyyah sudah pun tidak sedarkan diri.

Aliff Firdaus mengangkat adiknya lalu diletakkan di atas katil. Miasara sempat mengalih sebahagian hantaran yang ada di atas katil Wardina Safiyyah. Namun pergerakannya terhenti apabila terpandang laptop Wardina Safiyyah.

"Mama Sri, tengok ni..." tunjuk Miasara.

' Pelakon Damia Farhana mengaku ditangkap khalwat bersama pasangannya Tengku Aqram Bin Tengku Aman'.

Tan Sri Annuar terduduk di sofa sambil mengurut dadanya. Wajah Alif Firdaus berubah. Beberapa saudara terdekat menenangkan Puan Sri Qaira yang semakin galak menangis.

Tiba-tiba Wardina Safiyyah tersedar lalu memanggil mamanya. Semua mata tertumpu pada Wardina Safiyyah.

"Mama... mama..."

"Ya, sayang. Mama ada kat sini," sahut Puan Sru Qaira sambil mengelus lembut pipi anaknya.

"Aqram kena tangkap khalwat, ma. Kenapa dia buat Wardina macam ni? Apa kurangnya Wardina, ma... sampai dia tergamak buat kerja terkutuk tu," rintih Wardina Safiyyah dalam tangisan.

"Lelaki tu memang kurang ajar! Abang akan pastikan dia melutut depan Wardina nanti!" balas Aliff Firdaus bersama marahnya. Sakit hati bila adik kesayangannya diperlakukan sebegitu rupa.

"Kita batalkan pertunangan ni, ma. Wardina tak nak bertunang dengan dia, ma. Wardina tak nak!" rayu Wardina Safiyyah.

Puan Sri Qaira mengangguk.

"Wardina rehat, jangan pikir yang bukan-bukan. Biar papa dengan Abang Aliff selesaikan masalah ni. Aliff, mari ikut papa," kara Tan Sri Annuar lalu manggamit Aliff Firdaus. Satu ciuman singgah di dahi adiknya sebelum dia berlalu.

Hampir sebulan cerita berkaitan dengan Tengku Aqram ditangkap khalwat menjadi perbualan orang ramai. Wardina Safiyyah turut menjadi tumpuan secara tidak langsung apabila majlis pertunangannya dengan Tengku Aqram dibatalkan. Keluarga Tengku Aqram juga berulang kali meminta maaf di atas kejadian yang berlaku. Walaupun Tan Sri Annuar dan Puan Sri Qaira memaafkan keluarga mereka, tetapi tidak bagi Aliff Firdaus dan Wardina Safiyyah.

"Mama rasa baik Wardina jumpa Aqram dulu. Mungkin ada salah faham yang berlaku," pujuk Puan Sri Qaira kepada Wardina Safiyyah.

"Mama suruh je dia balik, Wardina tak nak jumpa dia," jawab Wardina Safiyyah perlahan.

Puan Sri Qaira tidak mahu memaksa. Dia terus keluar menemuai Tengku Aqram yang sedang duduk di ruang tamu utama.

"Macam mana auntie?" tanya Tengku Aqram sejurus melihat wajah Puan Sri Qaira.

"Dia masih marah tu. Nanti Aqram datang lagi ya. InsyaAllah semuanya okey..." pujuk Puan Sri Qaira.

Tengku Aqram hanya mengangguk lemah.

# Okey guys sampai sini saje author dah penat dah ni so vote n comment ok! insyallah tomorrow i akan update!

                        -735 words-

Wardina SafiyyahWhere stories live. Discover now