Malam itu tepat jam lapan tiga puluh minit malam, sebuah kereta BMW 6 Series masuk ke pekarangan rumah Tan Sri Annuar. Wardina Safiyyah masih bermalas-malas di ruang tamu. Tan Sri Annuar menyambut kedatangan Tengku Aqram."Wardina, Aqram dah sampai ni. Yang Wardina ni bila nak bersiapnya?" tegur Tan Sri Annur sewaktu masuk ke dalam rumah bersama Tengku Aqram.
"Bila masa pulak Wardina cakap nak keluar dengan dia?" jawabnya selamba. Namun sempat dia menjeling kepada penampilan Tengku Aqram yang berdiri di sebelah papanya. Sejak mamat ni ditinggalkan, aku tengok makin handsome pulak dia. Nampak sangat dia ni tak frust bila aku tinggalkan dia, kutuk Wardina Safiyyah di dalam hati.
"Wardina Safiyyah, cepat siap!" tegur Tan Sri Annuar lagi. Dia tahu sangat perangai anak bongsunya itu. Keras kepala.
"Tak apalah uncle kalau dia tak nak keluar. Saya balik dulu," pinta Tengku Aqram.
"Yalah, yalah... Wardina siap!" Wardina Safiyyah mengalah apabila melihat muka serius papanya.
.......................................................
"Kita nak makan kat mana ni? Selain makan kat mulut" tanya Tengku Aqram kepada Wardina Safiyyah yang hanya mendiamkan diri di sebelahnya.
"Singgah kedai mamak kat depan tu jelah. Lama dah I tak makan mi goreng mamak," cadang Wardina Safiyyah.
Sebaik sahaja memberhentikan kereta, mereka berdua berjalan beriringan menuju ke kedai mamak yang sentiasa dipenuhi oleh orang ramai itu.
"You order je tau, I nak beli Panadol kat 7E tu kejap." kata Wardina Safiyyah kepada Tengku Aqram lalu menuju ke 7-Eleven yang bersebelahan dengan kedai mamak tersebut.
"You tak sihat ke?" tanya Tengku Aqram kepada Wardina Safiyyah ketika gadis itu melabuhkan punggungnya di kerusi.
"I'm okay!" jawabnya ringkas sambil memerhati menu yang ada di atas. Dibelek-belek menu itu.
"I dah order. Kejap lagi sampailah makanan kita," beritahu Tengku Aqram apabila melihat Wardina Safiyyah seakan-akan memilih makanan. Belum sempat Wardina Safiyyah menjawab, seorang pelayan datang membawa makanan dan minuman.
"Eh you makan roti telur je ke?" tanya Wardina Safiyyah kehairanan.
"I diet!" jawab Tengku Aqram sambil tersenyum. Mi goreng mamak dihulurkan kepada Wardina Safiyyah.
"Badan dan macam tiang bendera kat sekolah rendah I dulu pun ada hati nak diet?" kutuk Wardina Safiyyah perlahan namun jelas kedengaran di telinga Tengku Aqram. Meletus ketawa Tengku Aqram mendengar kata-kata Wardina Safiyyah.
"Dahlah, makan je mi you tu," tegur Tengku Aqram apabila melihat Wardina Safiyyah masih belum menjamah makananya. Ketika Wardina Safiyyah sedang leka makan, mata Tengku Aqram sempat memamah wajah yang amat dirinduinya itu. Wardina Safiyyah memang seorang gadis yang amat cantik. Kulitnya putih bersih dan dan ditambah dengan lesung pipit pada kedua-dua belah pipi, matanya pula lebih kepada coklat cair disertai dengan alis mata yang melentik. Bibirnya merah dan sentiasa basah itu bisa memikat sesiapa sahaja yang memandangnya.
"You tu sibuk je suruh I makan, yang you tu tak tau nak makan ke? Sibuk je nak analisis muka orang," omel Wardina Safiyyah apabila dia mula rimas diperhati oleh Tengku Aqram.
"Sorry sayang!" ucap Tengku Aqram tanpa diduga. Berombak dada Wardina Safiyyah mendengar panggilan Tengku Aqram terhadapnya sebentar tadi.
"Eee.. jangan nak bersayang-sayang dengan I ya! Karang tak pasal-pasal ada yang makan pinggan," marah Wardina Safiyyah terhadapnya sebentar tadi.
"Lepas makan ni hantar I balik, I ada kerja nak buat kat rumah," beritahu Wardina Safiyyah sambil menyedut jus orennya.
"Takkan nak balik terus, awal lagilah."
"Eh, you cakap tadi nak ajak I makan malam je. Tak ada pun cakap nak pergi mana-mana lagi, kan?"
"Ermmm. Yalah, I hantar you balik." Akhirnya, Tengku Aqran mengalah. Dia tidak mahu berdesak Wardina Safiyyah. Biarlah kali ini dia mengikut rentak gadis yang sering mengganggu tidur malamnya itu.
"Wardina Safiyyah hanya tersenyum. Sempat dia menelan dua biji Panadol sewaktu Tengku Aqram pergi ke kaunter untuk menbuat bayaran.
"You ni okey ke tak? Kalau tak sihat, kita pergi klinik," tegur Tengku Aqram.
"Wardina Safiyyah tidak menjawab sebaliknya dia terus ke kereta. Beberapa orang pemuda yang duduk di situ sempat mencuri pandang kepada Wardina Safiyyah.
"Macam nak keluar biji mata dia orang tu tengok you tadi," Tengku Aqram diamuk perasaan cemburu secara tiba-tiba. Wardina Safiyyah yang sudah masuk ke dalam kereta hanya tersenyum sinis..
"Ala, orang cantik macam I ni mestilah ramai yang nak. Orang macam you jelah antara spesies manusia yang tak nak kat I ni," jawab Wardina Safiyyah selamba. Sengaja .memancing rasa serba salah dalam diri Tengku Aqram.
"Siapa yang tak nak siapa ni? Yang you tu langsung tak nak penjelasan I. Lepas tu bawak diri entah mana-mana."
"Eh, pembetulan sikit ya. I bawak diri ke Australia, lagipun mana ada nama tempat entah mana-mana," jawab Wardina Safiyyah lagi. Tak nak kalah!
Akhirnya kedua-dua mereka diam. Tidak mahu bersuara lagi.
# Haih sampai bila nak berbaik ni? Author dah penat watak Wardina ni asyik2 dengan ego dia tu tapi hati masih sayangkan Aqram lagi! okey malam ni i upload okey! Vote n comment okey!! Tq
-801 words-
YOU ARE READING
Wardina Safiyyah
Romance"Aku tengok kau bukan main lagi raih balik cinta Wardina tu." Tiba-tiba Amar bersuara. "Ada masalah ke kalau aku nak raih semula cinta dia?" tanya Tengku Aqram "Tapi aku tengok Wardina tu bukan main benci lagi kat kau dah. Sudah-sudahlah tu, Aqram...