Seriously?

178 7 0
                                    

Kathryn's POV

Tok.. tok.. tokk...

Aku dan kakakku saling berpandangan.

Annetta berdiri dan menuju kearah pintu.

"Kath, ada orang nak jumpa kamu" Kata kakakku lantas mematikan lamunanku.

"siapa?" tanyaku. Dia hanya mengangkat kedua bahunya.

Aku menuju ke pintu dan melihat peribadi yang ingin berjumpa dengan ku.

"Baboon! kau buat apa kat sini?" kataku terkejut melihat apa yang dihadapan mataku.

"Hey, ayat tolong baik sikit boleh tak?!" Katanya sedikit kasar sambil menjeling kearah ku. Eleh apa masalah dia.

"Kenapa? tak puas lagi buli aku kat sekolah, sampai nak datang rumah aku ke?" Marahku sambil menyilangkan tanganku di dada.

"No i didn't mean it. aku nak bercakap dengan kau" Katanya lembut. Eh eh pandai juga dia berlembut dengan aku eh.

Aku melepaskan nafas berat.
"Fine, what's that?. Eh kejap, macam mana kau tau rumah aku ni? stalker eh?" aku membulatkan mataku memandangnya.

"Eh mana ada. Kau tak tau ke, rumah aku sebelah rumah kau je." Terangnya sambil mengangkat keningnya.

"Hah? kita jiran? sejak bila? jadi puan Jaycee tu mak kau? then basikal yang aku guna hari tu, kau punya?." soalku bertubi-tubi. seakan tidak percaya apa yang baru ku dengar.

"Yes, kita jiran since your family being here, yes Jaycee is my mom, Yes, that bicycle is mine. So now please miss monyet a.k.a princess kecoh follow me to the cafe where our first meet. " Balasnya sambil memandang tajam kearahku. Amboii ayat dia. Dah lah muka tak reti nak senyum. Aku sepak kang. hah..

"Can you please S.T.O.P call me that way?!" Tegasku.

"Just shut your mouth"

"Baaaboo......." Belum sempat aku menyebutnya dia lantas menekup mulutku. sambil meletakkan jari di bibirnya.

"Shhhuuttt. I will eat you if you call me baboon one more time" katanya lalu melepaskan tangannya. Gila ke apa mamat ni. sukahati je nak buat macam tu. Pastu nak makan aku pula tu. spesis Kanibal ke apa. Tau pun marah. Dah tu dia panggil aku ni monyet kenapa?. Ingat aku ni takda perasaan. Aku menjeling. Benci menatap muka baboon dia tu.

--
Cafe Caramel

"So, siapa kawan kau buat persembahan nanti?"

Haiih mamat ni tanya soalan bonus lagi.

"Aku mana ada kawan nak buat persembahan. sebab kau la, gelar aku budak kecoh. satu akademi menyampah tengok muka aku ni Tau tak." Kataku lalu menghirup coklat panas yang berada dihadapanku.

Dia terdiam. Kira-kira 5 minit tidak seorang pun antara kami mengeluarkan suara.

Dia memandangku dan merenung mataku membuat aku rasa kurang selesa lalu memalingkan muka kearah lain. Aduhh hensem betul mamat ni kalau tengok betul-betul. Dup dap dup dap Hahaha

"Aku akan jadi partner kau buat persembahan 'Our Moment' tu nanti...." Bisiknya tetapi cukup jelas untuk ku dengar. Aku tergamam dan mulutku ternganga tanpa ku sedari. Biar betul dia ni. Dah lah ramai peminat. Kalau aku buat persembahan dengan dia nanti, ramai lah hater aku.

"Dah, tak payah nak terkejut sangat. mulut tu tutup sikit. Lalat masuk kang"

Apa dia cakap tadi? Kurang asam.

"Esok jam dua after school time, Jumpa aku kat sini. latihan" Sambungnya lalu berdiri dan meninggalkan aku yang masih terpinga-pinga.

--
Ken's POV

Aku melangkah keluar meninggalkan Kathryn yang masih terpinga-pinga dengan apa yang baru aku ucapkan.

Ya aku harus lakukan hal itu walaupun aku tidak suka. Tetapi kerana kesilapanku padanya, aku terpaksa menanggung. Tapi hati kecilku mengatakan, aku bahagia dengan keputusan yang baru aku putuskan.

❤❤❤

Keesokan harinya...

Aku memesan Hot chocolate kegemaranku dan duduk di sebuah penjuru cafe tersebut.

"manalah budak ni, aku kata jam2. ni dah 2:40. Tak cekap mengurus masa langsung." Aku merungut seorang diri.

10 minit kemudian.....

Aku ternampak susuk seseorang yang aku kenali sedang berjalan menuju kearah cafe.

"Thanks sebab setia menunggu. So now what?" katanya selambah sambil menarik kerusi dihadapanku. Aku hanya menjeling kearahnya. Tak boleh tatap muka dia lama- lama. Comel sangat. Hahah.

"Asal kau lambat? Tau tak dah sejam aku tunggu kau" Kataku sambil menyilangkan tangan ku kedada * Buat muka marah.

"Aku tertidur pas mandi tadi" Katanya masih dengan sikap selambahnya. Amboi, Acting cool nampak.

"kau dah sihat dari demam kau?" Tiba- tiba soalan itu terkeluar dari mulutku.

" Dah.. cepatlah bila nak start latihan?" Katanya memandang tepat kearah mataku. Aku memalingkan muka *malu. ><

" Jom...."

--
Kathryn's POV

"Ji-Eun saranghae"- Han Eul memandangku sambil berlutut dihadapanku.

Aku juga memandangnya dengan mata berkaca.

"No! please Han Eul, please move on. You belong to her. please leave me"

Han Eul berdiri lalu menekup mulutku lalu mengheret aku kesebuah kereta. Aku meronta-ronta..........

"Baby?! baby!!" Aku terdengar seseorang memanggilku...

"Baby!! Wake up! It's already 7:40. Are you going to class?"

Aku bingkas bangun melihat jam locengku, 7:42 a.m. Ohmygod!!! 15 minutes before class. Lantas aku berlari ke bilik air. Mandi kerbau pun jadilah!. Aku dah lambat.Lumrah seorang pelajar.

"5 minit lagi baby!!!!" jerit abangku.

Shit!!

"Shut up ur mouth oppa!" Marahku. Mentang-mentang dia takda kelas. Aku menutup pili air dengan kasar. Baju dahlah tak iron! ah lantak lah!

--
Aku melangkah masuk ke akademiku melihat kawasan agak sunyi. Mesti semua pelajar dah start kelas.

Aku melihat jam tanganku sudah menunjukkan 8:20 a.m.

"Miss, tunggu!" Hah habislah kena tahan dengan pengawas!.
Aku menoleh seorang pengawas lelaki senior sedang berdiri di hadapanku sambil memegang sebuah buku.

"Miss, kamu lambat. so sila ikut saya" Katanya. Yeah! bagus betul hari ni! Malang!

--
Bagus betul hari ni, kena denda pula bersihkan kelas masakan. Padan muka aku! Sorang pula tu. Ergghhh!!

Aku menuju ke loker ku untuk menyimpan beberapa buku. Tiba-tiba mimpi pagi tadi, kembali menghantui aku.

Kenapa aku boleh mimpi dia lagi?. Dah la lambat datang sekolah, kena denda lagi. Boleh pula termimpi mamat tu.

Seseorang lelaki yang sudah di blacklist dari kamus kehidupanku kerana pernah menguggutku akan menculikku apabila tidak memberinya peluang kedua kepadanya.

Ah sudah lah, itu cuma mimpi. Mainan tidur. Aku cuba memujuk hatiku. Lantas aku mengunci lokerku dan menuju kembali ke kelas.

-------------
28/11/16

The Love WarningWhere stories live. Discover now