Welcome to Switzerland

806 18 0
                                        

Kathryn's POV

Hari ni akan menjadi hari paling bersejarah dan hari paling sedih buat aku. Aku meninggalkan Lily dan Jaslina di sini. begitu juga dengan kakak aku. Abang aku, jangan tanya. Memang No feeling. hahaha

Aku dikejutkan oleh kakakku pada pukul 3:00 am. Lantas aku meragut tuala lalu menuju ke bilik mandi. setelah siap, aku mengenakan baju panasku yg berwarna biru dan jeans biru serta kasut wedges yg juga berwarna biru. Aku tak tahu kenapa aku obses sangat dengan biru.

Setelah memasukan semua barang² ku kedalam begasi, aku turun mendapatkan keluarga ku yg masing² sedang membawa barang keluar dari rumah.

Aku orang terakhir yg keluar dari rumah lalu mengunci pintu rumah tersebut. Aku menyerahkan kunci itu pada Jaslina. sebelum bertolak ke airport, aku sempat memeluk Jaslina dan Lily serta mengucapkan selamat tinggal kepada mereka.

Berat hatiku ingin meninggalkan tanah kelahiranku. Sempat aku berfikir entah macam mana lah kehidupan di Swiss nanti. Ada ke orang nak berkawan dengan aku? aku tinggal rumah mcm mna nanti? Bilik aku macam mana nanti?. sekolah aku? Aduh pening pula kepala.

"Time to move on, darling" Amboi macam aku baru putus cinta pula mom cakap mcm tu. Aku tau dia cakap mcm tu sebab nampak mata aku dah berkaca tahan air mata. Aduh hati kapas betul lah. Aku hanya menganggukkan kepala lantas tngannya mengusap lembut rambutku.

Perjalanan dari Incheon International airport Seoul, South Korea ke airport Bern, Switzerland memakan masa selama 11jam 31 minit untuk sampai.

Kapal yg kami naiki berlepas pada pukul 5:30 am dan akan tiba ke Swiss sekitar pukul 6 pm jika perjalanan tiada gangguan.

                    ✈✈✈              

  
"Baby, wake up.. kita dah sampai" Ahh panggilan tuu. hanya sorang saja yg slalu panggil aku dengan nama tuu.

Aku menggeliat malas. sambil perlahan² membuka mataku. Tinggal aku, Jackson dan beberapa orang dalam cabin itu. cepat² aku mengambil beg dan tersenyum kambing melihat Jackson yg masih tercegat menungguku.

"mimpi indah nmpaknya adik aku hari ni" Haa mula la dia ni nak menyakat aku.

"ish mana ada, orang penat lah" kataku manja sambil memuncungkan mulut. Aku memang manja dengan Jackson.

"Dia taknak mengaku lah tu. dah² muncung sangat mulut tu macam tempat sidai baju. hahaha" Jackson bergurau lagi. Aku memukul bahu Jackson yang tak habis² menyakatku.

"yelah abang. Welcome to Swiss" sambil berlagak ala² pramugari setelah turun dari kapal tersebut. 

Keluargaku sudah menunggu kami di arrival lobby.
"why so late darling?" Tanya mom setelah melihat aku dan Jackson.

"penat lah mama." Jawabku ringkas.

Setelah 10 minit menunggu, manager appa pun sampai. Dia melayan kami dengan baik. Lalu dia pun membawa kami ke sebuah restoran.

Aku melihat telefon bimbitku, aku terkejut melihat jam dan terpandang tarikh menunjukkan tanggal 30 november
"aikk kita balik bulan november?" spontan soalan tu keluar dari mulutku.

Abangku tergelak. Aku melihatnya dengan pandangan tertanya². "Its Switzerland baby. 9jam lambat dari korea" katanya masih tak berhenti dari ketawanya. Baru aku sedar tentang perubahan masa tu. hahaha. Aku menggaru kepalaku yg tidak gatal.

Malam itu, kami menginap semalam di rumah manager appa. kerana perjalanan kerumah baru kami memakan masa lebih 1 jam.

Lagipun perjalanan selama 11 jam tu amat memenatkan.
Aku tidur dengan lena pada malam itu. Sangat selesa.

Author's Note
Tak tau la betul ke tidak mengiraan masa tu. haha. hentam saja. oklah hope enjoy.

Please
comment
Vote
Thanks

👣👣👣
18/11/16

The Love WarningWhere stories live. Discover now