Ken Ngamchaweng

333 13 0
                                        

Kathryn's POV

Aku menghempas pintu bilikku dan membuang beg diatas katil. Perasaan marahku belum reda lagi. Sakit hati bila teringat kembali insiden tadi.

"Muka hensem, perangai macam baboon!! menyakitkan hati betullah mamat ni. errggh!! Apa tah nama dia. Panggil baboon lagi bagus." aku membebel sorang diri dalam bilik.

"Kathryn!! Turun sekejap sayang." Tiba² kedengaran suara mom memanggilku dari bawah.

"Nae mama?" kataku sambil menuruni anak tangga melihat mom di depan pintu rumah. sedang bercakap dengan seseoranglah kot.

"Ah, sini sekejap sayang. Besok kamu kena naik basikal tau pergi akademi sebab appa out station. ni Puan Jeycee, jiran sebelah dah bagi pinjam basikal anak dia." terang mom sambil memegang kedua bahuku.

Aku mengangkat kening sambil memandang kearah Puan Jaycee. Dia hanya tersenyum melihatku.

"Then, Abang dengan Kakak macam mana?." soalku.

"Mereka berdua dah besar, boleh jalan kaki, tak pun naik train"

Aku mengangguk tanda faham. Faham lah sangat, kenapa mom tak suruh aku ikut abang aku je. Hmm

🔥🔥🔥

Aku meletakkan basikalku ditempat letak basikal pada pagi itu. Tidak jauh dari sana aku melihat geng baboon tu sedang bersarapan. Eh mana pula baboon tu pergi. Buat apa aku cari, bukan hal aku. Ah menyampah.

Aku terus menuju ke kelas. "Hari ni kelas memasak?." Rungutku dalam hati bila melihat jadual.

"Okay class, Saya nak semua menuju ke kelas masakan dan anda akan bergabung dengan klas Sem2c hari ini." Kata Cik Michelle selaku guru kelas masakan.

Aku mengangkat punggungku dari tempat duduk dan macam biasa, mengekori Ming Yue ke kelas masakan.

"Saya nak masing² berpasangan dan, saya akan bagi menu masakan luar negara pada setiap kumpulan. Bincangkan bagaimana kamu boleh masak masakan tersebut, selepas acara Our Moment tu nanti, kita akan memasak."

Haa, berpasangan? siapa pula lah nak pasangan dengan aku. errghh.

"Miss Kathryn Lee, belum ada pasangan ke?." Cik Michelle memandangku. Aku hanya menggeleng.

"Ha Ken kenapa lambat masuk kelas ni?. kamu berpasangan dengan Miss Kathryn di sana" Cik Michelle menundingkan jarinya kearah ku, sementara mata ku meliar melihat kelibat seseorang yang berdiri dihadapan pintu.

"BABOON!!!!" mataku membulat melihatnya melangkah ke dalam kelas. Dia juga memandang kearahku.

"Miss Michelle, takda orang lain ke nak berpasangan dengan saya. Taknak lah dengan budak kecoh tu." Dia menjeling kearahku. Budak kecoh ye, siapa yang buat kecoh dulu aku ke dia. Bencinya.

Tiba²
"Miss Michelle saya nak berpasangan dengan dia!!!" jerit pelajar perempuan dalam klas.

Euuuwww, aku yang mati² tak nak sekumpulan dengan dia. Wabak apa lah yang menjangkit pelajar perempuan kelas aku ni.

"Tak boleh Ken, kamu masuk lambat tadi. So kamu kena dengar arahan saya!" Tegas Cik Michelle.

Ha padan muka kau baboon. mengada betul la. Tapi terpaksalah aku berpasangan dengan mamat tak guna ni. huhhh!!.

The Love WarningWhere stories live. Discover now