Love Warning

294 8 0
                                        

Kathryn's POV

Aku melangkah menuju ke kelasku sambil memandang di papan kenyataan setiap kelas.
Tiba-tiba mataku tertumpu pada sesuatu yang masih menyakitkan hatiku. Gambar dengan stiker warning lagi! Bilalah akan berakhir!

PAK!.
Aku terlompat kecil kerana terkejut apabila seseorang tiba-tiba berada di belakang melekatkan sesuatu pada gambarku.

Perlahan-lahan dia menarik tangannya yang menutupi perkataan yang baru dia lekatkan. Mataku tertumpu pada tangan dan perkataan tersebut.

L

O

V

E

WARNING!

Tanpa ku sedar, bibir ku mengukirkan senyuman. Aku dah agak siapa di belakangku. Siapa lagi kalau bukan Ken si Baboon.

Perlahan aku memusingkan badanku dan melihatnya. Matanya benar-benar merenung anak mataku membuatkan jantungku berdegup lebih pantas.

Terima kasih kerana membantu aku untuk lulus ujian kebudayaan itu. Kata hati kecilku. Sementara bibirku sekali lagi mengukirkan senyuman.

"Hey guys!" Aku menoleh kearah tuan punya suara tersebut.

"Evannis..  thanks for last night" Aku tersenyum kearahnya.

"You know her?" Soal Ken

"Yeah, dia kenal aku, aku yang rancangkan semalam" Evannis tersengih.

"what do you mean?" Ken kelihatan sedikit binggung.

"Okay actually macam ni"

FLASHBACK....
Evannis's POV

"Lalalaaa.... youu and i...  " Aku bernyanyi kecil semasa menuju ketandas.

Belum sempat aku melangkah masuk, Aku terdengar suara tangisan dari arah tandas. Aku cuba mengintip dan mendengar perbualan mereka.

"Kath, taknak teruskan persembahan menyanyi tu kak, Biarlah si Ken tu yang menyanyi" Kata seorang perempuan dengan sedih.

"Ken?." Fikirku. Aku ingatkan dia partner dengan budak Mai tu lagi tahun ni.

Aku melangkah kedalam tandas. Alangkah terkejutnya aku bila melihat seorang gadis bergaun biru koyak rabak dan basah kuyup. Kerana rasa simpati, aku memberanikan diri bertanya pada perempuan yang bernama Kath tadi.

"Apa dah jadi ni?" soalku.

Aku mendengar setiap penjelasan daripadanya dengan teliti.

"Kamu ada baju extra tak?" soalku.

Dia seakan mengingati sesuatu dan mengeluarkan dress merah jambu dari begnya.

Perrrghhh lawa gila!. Lantas aku mendandan dia dan merancang aturan persembahanya.

"Nanti aku akan bercakap dengan Ken, kamu standby di belakang berdekatan dengan pintu masuk grand hall. Kalau dengar nama Ken dipanggil kamu sedia nyanyikan rangkap kedua"

Kath mengangguk faham dan mengikuti segala rancanganku. semuanya berjaya dan aku tak percaya Kath seorang yang mempunyai potensi dalam bidang nyanyian.

Suaranya merdu, sehingga mendapat tempat pertama dalam ranking best vocalist semalam. Manakala Mai jatuh pada rank kelima.

End of flashback.

Ken's POV

Memang tidak dinafikan suara dia memang mantap. Aku tersenyum sambil memandangnya.

"What?!" Katanya sambil mengangkat sebelah keningnya.

Aku membuat muka serius sambil mendekatinya sehingga dia betul-betul melekat pada dinding.

"Hey monyet!. Hope you know that I LOVE YOU!" kataku lantas berlari kembali kekelasku membiarkan dia terpinga-pinga.

---------
30/11/16

The Love WarningWhere stories live. Discover now