2 minggu kemudian...
"Apa yang kau tak puas hati dengan aku sebenarnya hah?! " sembur Qisya.
"Aku pun tak tahu la. Tapi bila aku nampak muka kau. Aku rasa macam nak tumbuk aje muka kau ni! " balas Fakhri.
"Tumbuk lah! Kau ingat aku takut! " balas Qisya.
"Weii korang dah la! Mampus kau kalau cikgu disiplin tahu! Qisya! " cegah Lana yang mula rasa tidak sedap hati.
"Fakhri dah la.. Kau jangan nak buat hal lah! Dia tu perempuan! " kata Iqbal pula.
Qisya dan Fakhri bertentang mata. Dah macam ada panahan petir.
Sudah 2 minggu Fakhri menjadi pelajar di sekolah itu dan selama itu jugalah dia menjadi musuh kepada Qisya. Ada aje nak bergaduh. Tak berhenti! Kawan-kawan Qisya dan kawan-kawan Fakhri juga dah pening fikir cara untuk mereka berbaik.
"Kau memang kan! " kata Fakhri terus menghalakan penumbuknya ke arah Qisya. Lantaklah perempuan pun!
Nasib Qisya sempat mengelak. Dia terus membalas tumbukan Fakhri.
Dush!!
Mereka berdua jatuh ke lantai dengan muka yang dipenuhi darah. Selepas terkena tendangan perut dari pihak lawan mereka jatuh.
"Qisya! " jerit kawan-kawan Qisya.
"Aduh! Fakhri! " jerit kawan-kawan Fakhri pula.
"Apa dah jadi ni? " jerit salah satu suara di hadapan kelas.
"Mampuss kau Fakhri! Cikgu disiplin datang! " bisik Shariff.
"Fakhri! Qisya! Datang bilik saya lepas kelas! " arah Cikgu disiplin.
Semua pelajar mula bersurai ke kelas masing² selepas melihat peegaduhan antara Qisya dan Fakhri sebentar tadi. Qisya dan Fakhri dibawa ke bilik rawatan untuk dirawat.
------------------------------------------------------
"Apa yang awak berdua Cuba buat?! Awak nak tunjuk hebat ke? " tanya cikgu disiplin.Mereka berdua hanya diam langsung tidak memandang muka cikgu disiplin.
"Ok fine! Korang tak nak jawab. Cikgu akan panggil mak bapak kamu berdua! " cikgu disiplin berkata dengan tegas
"Apa?! Cikgu jangan! " kata mereka serentak.
"Cikgu saya sanggup kena denda daripada ma, pa saya kena panggil. " kata Qisya cemas.
"Cikgu jangan cikgu.. Saya sanggup buat apa saja asalkan mak dan ayah tak dipanggil ke sekolah. Terjun bangunan pun saya sanggup. " rayu Fakhri pula.
"Please... " kata mereka berdua serentak."Baiklah. Saya takkan bagitahu mak ayah kamu tapi... Kamu berdua kena denda. Faham?! " kata cikgu disiplin.
"Faham cikgu. Terima kasih. " ujar mereka berdua serentak lagi.
------------------------------------------------------
"Alamak dah la busuk tandas ni! Apalah nasib.. Ni semua sebab mamat gile tu! " rungut Qisya.Dia terus mengemop lantai tandas. Tiba-tiba ada seorang budak masuk ke dalam tandas. Qisya hanya buat bodoh apabila melihat budak itu memandang pelik ke arahnya. Budak itu terus masuk ke tandas.
Tidak lama selepas itu..
"Mak oiii! Busuknya! Oii budak kau agak² lah nak melepas! Aku ada lagi kat sini! " jerit Qisya sambil mengetuk pintu tandas budak tadi dengan batang mop.
Budak itu keluar tak lama selepas itu. Qisya menutup hidungnya.
"Kau makan daging buaya ke pagi tadi?! " marah Qisya apabila melihat budak tadi menonong keluar.
Qisya hanya nenggelengkan kepalanya lalu masuk ke tandas yang digunakan budak tadi untuk membersih. Tidak sampai seminit dia keluar semula dan menjerit..
"Oii kurang asam punya budak! Dah la tak flash! "
------------------------------------------------------
Fakhri mengelap cermin tandas. Sikit lagi dia akan siapkan tugasannya."Apa pandang²? Aku sumbat kepala dalam lubang tandas baru tahu! " marah Fakhri apabila melihat seorang budak memandangnya.
"Kerja elok² bang! " ucap budak itu lalu keluar dari tandas sambil ketawa.
"Kau ni memang lapar lempang aku! Entah cuci ke tidak dia basuh tadi! " kata Fakhri sambil membebel.
Setelah pukul 3 petang, Qisya dan Fakhri bergerak pulang ke rumah masing² . Mereka penat dengan kerja 'baru' mereka.
YOU ARE READING
GENG WOLF
Teen FictionDato' Aliff merupakan ketua Geng Wolf iaitu gengster yang terkenal dan terkaya di Asia. Semasa namanya kian naik, dia mengalami masalah kerana gengster² mula mencari dirinya kerana mahu merampas hartanya. Dia mula bimbang tentang keselamatan isteri...