"Selamat pagi semua! " ucap Cikgu Aqilah.
"Selamat pagi cikgu! " balas semua ahli kelas 5 Sains.
"Hari ni cikgu nak kenalkan kamu kepada kawan² baru kamu. Masuk! " arah Cikgu Aqilah.
Kelihatan 4 orang budak lelaki masuk. Semua ahli kelas 5 Sains mula berbisik-bisik tidak kira lelaki ataupun perempuan.
"Weh korang! Ni lah aku cakap budak² lelaki yang handsome tu." Jerit Ezaty.
Serentak itu mata Qisya, Lana dan Zana memandang ke arah 4 jejaka yang berada di hadapan kelas mereka.
"Nama saya Tengku Fakhri Imran. Panggil Fakhri. " ujar seorang lelaki yang berdiri di sebelah Cikgu Aqilah.
"Nama aku Ahmad Iqbal. Panggil Iqbal. " kata seorang lagi lelaki yang berdiri di sebelah Fakhri.
"Aku Fikry Raez. Panggil Kiky."kata Kiky.
"Aku Shariff Danial. Panggil Shariff. " kata lelaki yang terakhir diantara mereka.
"Baiklah.. Saya harap kalian dapat layan budak baru dengan baik. Kalian semua boleh ambik tempat duduk masing²." Arah Cikgu Aqilah.
Mereka berempat duduk di belakang Qisya dan kawan-kawannya.Qisya mula tidak selesa untuk belajar. Bukan apa, tapi budak perempuan kelasnya asyik memandang ke belakang untuk usyar mamat handsome belakangnya.
"Apa yang korang pandang sangat tu!! Tengokk depan! Fokus cikgu nak mengajar bukannya tengok belakang! Aku baling karang tong sampah! " sound Qisya direct.
Terkejut bukan main budak² dalam kelasnya dengar jerkahan Qisya.
"Terbaik Qisya! " kata Zana sambil ketawa terbahak-bahak.
"Garang betul budak depan kau Fakhri! " bisik Iqbal.
Fakri hanya tersenyum kecil lalu terus fokuskan tumpuannya ke arah cikgu.
Kring... Kring... Kring....
Bunyi loceng menandakan rehat. Mereka menuju ke arah kantin untuk mengisi perut yang dah lapar..
"Kau tolong beli kat aku nasi ayam satu. Air teh tarik satu. " pesan Qisya.
"Kau ingat aku apa? Waitress? Nak order² bagai! " kata Ezaty.
"Alah.. Tolonglah.. Aku tanda tempat, OK? Dah cepat! Habis nanti. " arah Qisya.
Qisya bergerak ke arah tempat duduk di hujung sementara menunggu kawan-kawannya nembeli makanan.
Tidak lama kemudian, terdengar bunyi bising dari suara² pelajar perempuan."Apa hal pulak ni? " bisik Qisya perlahan.
"Qisya ni! " kata Ezaty lalu menghulurkan makanan kepada Qisya.
"Kau tahu kenapa budak² perempuan menjerit ni?? " Tanya Qisya.
"La biasa lahh.. Hero Malaya datang. " balas Ezaty.
Mesti pasal budak baru ni! Tidak lama kemudian Lana dan Zana datang dan join mereka makan sekali.
------------------------------------------------------
"Weh aku balik dulu! " pinta Qisya kepada kawan-kawannya."OK.. Hati² bawak motor. " pesan Lana.
Qisya hanya menggangguk lalu menyarungkan jaket kulitnya. Dia berlari ke arah motornya lalu menghidupkan motornya. Dia menyarungkan helmet lalu memecut pulang ke rumah.
"Fulamak! Budak mana yang bawak motor tu? Laju betul. " tegur Shariff.
"Entah.. Kalau race dengan kita.. Kalah ni. " sokong Kiky.
"Banyak bebel lah korang ni. Jomlah! Kita Ada kerja nak settle ni. " kata Fakhri.
Mereka berempat memecut motor mereka menuju ke destinasi mereka.
YOU ARE READING
GENG WOLF
Roman pour AdolescentsDato' Aliff merupakan ketua Geng Wolf iaitu gengster yang terkenal dan terkaya di Asia. Semasa namanya kian naik, dia mengalami masalah kerana gengster² mula mencari dirinya kerana mahu merampas hartanya. Dia mula bimbang tentang keselamatan isteri...