Bab 23

2.4K 81 0
                                    

Geng Wolf mengadakan mesyuarat besar-besaran. Mereka berbincang cara untuk melindungi mutiara dan rantai emas milik Dato' Aliff daripada dirampas oleh gengster² yang lain.

"Jadi kita kena teruskan plan macam biasa. Ikut plan! Faham?" Tanya Fakhri.

Mereka semua menggangguk.

"Pastikan korang jaga kawasan masing². Jangan terlepas pandang. Kalau ikutkan info yag aku dapat, Geng Wild Life, Black Warrior dan Beast dah nak sampai. Kita kena lebih berhati-hati." Pesan Fakhri.

"Fakhri ada panggilan!" Sampuk Iqbal sambil menghulurkan telefon kepada Fakhri.

"Hello" ucap Fakhri kepada pemanggil.

"Fakhri, ayah ni." Sahut pemanggil.

"Ayah? No siapa ni? Ayah ok? " tanya Fakhri, mula cemas.

"Ayah ok. Fakhri geng Wild Life dah sampai sini. Ayah kena serang." Cerita Tengku Eizlan.

"Apa?! Ayah ok? Mak? Mama dan papa Qisya? Sekarang ayah kat mana? " tanya Fakhri bertalu-talu.

"Sabar Fakhri. Kami semua ok. Ayah dan yang lain sekarang dekat homestay kita di Marang, Terengganu. Semua barang dah kami settle. Tapi kami takut andai geng Wild Life tahu di mana kami sorokkan barang tu." Cerita Tengku Eizlan panjang.

"Macam ni, ayah stay sana dulu untuk beberapa hari ni. Nanti Fakhri sendiri akan alihkan barang tu ke Johor." Cadang Fakhri.

"Bagus jugak idea kamu. Ayah serahkan pada kamu sekarang ni. Jangan risau sebab geng Wild Life masih tak tahu maklumat tentang Dato' Aliff dan keluarganya. Dia hanya tahu pasal ayah." Tambah Tengku Eizlan.

"Baguslah. Ayah ok?" Tanya Fakhri, risau.

"Ayah ok. Kamu macan mana? Qisya? " soal Tengku Eizlan lagi.

"Kami baik kat sini. Ayah jaga diri, ok? Fakhri sambung buat kerja, ok." Balas Fakhri terus memutuskan talian.

"Kenapa Fakhri? " tanya Iqbal.

Fakhri meraup wajahnya. Dia memandang ke arah ahli gengnya. Dia menggempal penumbuknya. Geram!

"Dengar sini, semua!  Aku nak kau orang lebih hati-hati. Geng Wild Life dah serang ayah aku. Perhatikan betul²! Kita akan hapuskan semua gengster² tu!" Jerit Fakhri.

"Biar betul ni Fakhri? Macam mana sekarang, mak,ayah kau ok? " tanya Shariff.

"Sekarang mereka bersembunyi di Marang. Gengster tu dah dapat maklumat pasal ayah aku." Cerita Fakhri.

"Kita nak buat apa sekarang? " tanya Kiky.

"Aku nak kau, Kiky hantar beberapa orang kawal keluarga aku dan Qisya kat Marang. Dan kau Iqbal, cari maklumat Geng Wild Life mana diorang duduk sekarang! Dan kau Shariff, nanti kau ikut aku pergi Terengganu untuk alih barang tu pindah ke Johor." Arah Fakhri.

"Baik" jawab mereka serentak.
------------------------------------------------------
Qisya memandang ke arah Fakhri.

'Kenapa mamat ni senyap aje dari tadi? Ada masalah ke?' Bisik hatinya.

"Kau ok tak!!" Sergah Qisya sambil menepuk bahu Fakhri.

Terkejut Fakhri dibuatnya. Dia hanya tersenyum sambil melepaskan keluhan berat.

'Apa jadi kalau aku tinggal kau kat sini. Kau ok ke nanti?' Tanya Fakhri dalam hatinya.

"Kau ni dah kenapa? Dekat sejam tau kita kat kedai ni. Air aku pun dah habis. Tapi kau asyik termenung je. Tak bercakap dari mula kita sampai sini sehingga sekarang. Kau ada masalah ke?" Tanya Qisya, prihatin.

"Tak de lah. Aku lupa nak cakap yang papa dan mama kau stay berapa hari lagi kat Terengganu." Kata Fakhri sambil menghabiskan airnya.

"Hah? Bila diorang cakap? Tak call aku pun" rajuk Qisya.

"Alololo.. Tak payah nak merajuk sangatlah. Kerja diorang tak settle lagi kat sana. Lagipun papa kau sibuk, tak sempat nak call kau. Jangan risau ok." Pujuk Fakhri sambil mencubit pipi Qisya.

"Tak payah la cubit! Sakit! Apa sebenarnya diorang buat kat Terengganu tu?" Tanya Qisya, pelik.

"Mana aku tahu. Tu kerja papa kau." Jawab Fakhri.

Qisya terus diam. Dia rindu papa dan mamanya.
------------------------------------------------------
Tengku Eizlan mendekati Dato' Aliff yang duduk di sofa ruang tamu.

"Mana isteri kau? " tanya Tengku Eizlan sambil melabuhkan punggungnya berhadapan dengan Dato' Aliff.

"Kat dapur. Tolong isteri kau masak. So, apa perkembangan sekarang? " tanya Dato' Aliff.

"Sekarang kita stay dulu untuk beberapa hari. Fakhri dan ahli geng yang lain sedang uruskan. Iqbal akan cari maklumat pasal Wild Life dan gengster yang lain. Fakhri akan pindahkan barang tu kat Johor minggu depan. Dia takut geng tu akan dapat hidu pulak barang tu." Jelas Tengku Eizlan.

"Aku takut la keselamatan anak aku." Keluh Dato' Aliff.

"Jangan risau. Aku yakin Fakhri pandai jaga anak kau." Kata Tengku Eizlan sambil menepuk-nepuk bahu sahabatnya itu.
------------------------------------------------------
Qisya dan Fakhri berjalan beriringan menuju ke arah motor mereka.

Fakhri membuka telefonnya. Dia membuka mesej dari Shariff.

Bro! Hati²! Ada orang
ikut kau dan Qisya
dari belakang! Aku
rasa Geng Wild Life.

Kau bagi aku maklumat
pasal orang tu! Cepat!

Orang tu bawak kereta
warna oren. Kereta myvi,
No plat TAA 3780. Hati-hati!

"Oiii! Cepatlah! " jerit Qisya yang sudah menghidupkan motornya. Tinggal tekan gear aje.

"Jap. Qisya, kau ikut aku tau!" Arah Fakhri dan terus menghidupkan motornya.

"Nak pergi mana?" Tanya Qisya.

"Ikut aje. Make sure motor kau bawak seiring dengan motor aku." Arah Fakhri lagi.

Mereka berdua terus memecut ke jalan raya. Sesekali mata Fakhri memandang ke arah sight mirror motornya untuk melihat orang yang sedang mengikutnya.
Tidak lama itu, mata Fakhri menangkap kelibat kereta oren yang berada selang tiga kereta dari motornya. Fakhri memerhatikan no plat kereta itu. Itu dia! No plat juga sama seperti maklumat yang Shariff beri padanya.

"Qisya masuk lorong sebelah kanan tu! " jerit Fakhri.

Qisya hanya menurut tanpa banyak soal.

"Bawak laju sikit." Arah Fakhri lagi apabila melihat kereta oren tadi mula mendekati mereka.

Merek berdua memecut. Kereta oren tadi semakin hampir dengan mereka.

Fakhri mengeluarkan pistolnya lalu menembak pada tayar kereta oren itu dengan beberapa das pelurunya. Akhirnya, kereta itu mula jauh dari mereka.

"Balik! " jerit Fakhri pada Qisya.

Qisya pula hanya menurut tanpa banyak soal. Apa jadi sebenarnya?


GENG WOLFWhere stories live. Discover now