Bab 13

2.6K 86 0
                                    

Hari ini merupakan hari terakhir mereka di Sunway Lagoon. Cikgu Aqilah sudah memberi kebebasan untuk mereka bermain pada hari ni sepuas-puasnya.

"Korang aku dan Zana turun bawah dulu nak order makanan." Kata Ezaty yang sudah mula untuk turun bersama Zana.

"Ok. Kau order untuk kita orang jugak. Lagi 5 minit aku dan Lana turun. " balas Qisya.

Selepas 5 minit, Lana dan Qisya turun untuk makan. Dari jauh mereka sudah nampak Ezaty dan Zana sedang seronok berbual dengan Fakhri dan kawan-kawannya.

"Sorry lambat. " ucap Qisya lalu duduk di sebelah Fakhri.

"Tak pe. Dah makan cepat kita nak main ni! " arah Iqbal.

Selesai makan, mereka berlapan menuju ke amusement park. Mereka menaiki pirate ship dan roller coaster.

Selepas 3 jam....

Mereka berjalan ke arah Nickelodeon Lost Lagoon.

"Korang aku pergi beli air. Tunggu sebentar. " kata Shariff terus berlalu ke kedai berdekatan.

"Aku teman Shariff jap." Kata Kiky terus mengikuti langkah Shariff.

Qisya mengipas-ngipas tangannya bagi rasa angin. Panas! Dia mengemaskan ikatan rambutnya. 

Fakhri memakaikan Qisya topinya. Kesian pula rasa! Qisya hanya memandang Fakhri.

"Nantikan hitam pula kau! " kata Fakhri. Gugup juga dia melihat pandangan Qisya.

Qisya ketawa kecil.

Mereka teruskan perjalanan mereka apabila Shariff dan Kiky datang dengan membawa beberapa botol minuman.

Tepat pukul 4 petang, mereka mula check out dan bersiap untuk turun ke lobi hotel.

"Baiklah sekejap lagi bas sampai. Semua dah siap? " tanya Cikgu Aqilah.

"Dah! " jerit ahli kelas 5 Sains.

"Nanti kalau bas sampai make sure korang semua dah angkut barang dan terus naik bas, ok? "

"Ok" sahut mereka lagi.

Qisya duduk sambil memakan ais krim magnumnya.

Ngap!!

Ais krimnya dikebas! Qisya memandang tajam ke arah orang yang dah ngap ais krimnya. Fakhri!

"Tak guna! Habis ais krim aku!" Marah Qisya.

"Kau tu! Makan tak share dah! Kedekut! " balas Fakhri.

"Kau tu yang tak pandai nak mintak. " balas Qisya.

Klikk!! Klikk!!

"Nice picture! " puji Kiky yang mengambil gambar curi mereka berdua tanpa disedari.

"Sepadan betul dua orang tu. " tambah Ezaty yang juga melihat ke arah Qisya dan Fakhri.

Selepas 15 minit, bas mereka sampai. Mereka terus mengangkat beg mereka dan naik bas. Bas mereka terus bertolak pulang ke sekolah.

"Bising betul lah minah ni! " marah Ezaty apabila suasana bas itu mula busing dengan mulut Nurin, Wani dan Zurin.

"Sabar je laaa.. " balas Shariff.

"Thanks! Tak ingat nak bagi balik semalam. " ucap Qisya dan terus menghulurkan topi Fakhri yang dipinjamnya semalam.

Fakhri hanya menggangguk lalu menyarungkan topinya ke atas kepalanya.

"Fakhri!!" Panggil Nurin sambil cuba seimbangkan badannya untuk menuju ke arah tempat duduk Fakhri.

"Minah tu dah datang! " bisik Iqbal kepada Fakhri.

Fakhri melihat ke arah Nurin yang berjalan terhuyung-hayang ke arahnya. Qisya dan Lana mencebikkan bibirnya. Jatuh nanti kang!

"Adoi!! " jerit Nurin yang sudah jatuh terlentang.

Semua yang ada dalam bas ketawakannya.

"Tu la gedik sangat! " kutuk Lana sambil menahan ketawanya.

"Nurin! Apa awak buat ni! Balik ke tempat awak sekarang! " arah Cikgu Aqilah yang sudah bercekak pinggang memandang ke arah Nurin.

Nurin bangun dengan mulut yang dah macam itik lalu terus balik ke tempatnya.
------------------------------------------------------"Qisya!  Macam mana kem? " tanya Datin Rania semasa makan malam.

"Best. Terbaik! " jawab Qisya, semangat.

Datin Rania tersenyum lalu meneruskan suapannya.

"Ma,  papa mana? " tanya Qisya apabila perasan papanya tidak kelihatan.

"Papa ada kerja kat luar. Nanti dia balik la tu. " jawab Datin Rania.

Qisya membuat mulut 'o' nya.

Selesai makan, dia masuk ke biliknya. Dia merebahkan badannya di atas katil empuknya. Penatnya!

Dia memandang ke arah syiling biliknya. Tiba² pula dia teringat keletah dia dan Fakhri semasa di Sunway Lagoon. Dia ketawa perlahan.  Malamnya dihiasi dengan wajah Fakhri..

GENG WOLFWhere stories live. Discover now