Fakhri dan Kiky mengenakan pakaian serba hitam. Dia siap berkelengkapan dengan senjata² yang diperlukan.
"Ready?" Tanya Fakhri.
"Yes! " jawab Kiky.
Mereka berdua meluru keluar dari homestay.
"Semua ingat plan kita semalam!" Jerit Fakhri kepada semua ahli gengnya.
Fakhri mengetuai gengnya. Mereka memecut ke arah rumah yang diberitahu oleh Dato' Aliff.
Mereka hanya mengambil masa 30 minit untuk sampai ke situ. Mereka parking jauh beberapa meter dari rumah itu. Fakhri dan Kiky mula masuk ke rumah itu. Mereka mencari pintu bilik bawah tanah itu.
"Mana pintu tu? " tanya Fakhri sambil matanya meliar mencari pintu tu.
Dekat setengah jam mereka berdua berada dalam rumah itu, tapi masih tidak jumpa pintu bilik bawah tanah.
"Mana ni? Dato' ni pun, buat pintu kat mana entah!" Rungut Kiky.
Fakhri berjalan sekeliling Kiky. Pelik!
"Kau ni dah kenapa! Dah macam jerung nak terkam mangsa aje!" Tegur Kiky.
"Aku rasa pelik la dengan lantai ni." Kata Fakhri, dia mengetuk-ngetuk lantai di bawah karpet.
Fakhri terus menyelak karpet yang menutup lantai itu. Tu dia!
"Bijak la kau Fakhri! Aku ingat kau ni dungu! " kata Kiky sempat lagi mengutuk Fakhri.
"Kurang ajar punya kawan! Dah cepatlah turun! Nanti tak pasal² gengster lain datang pulak." Arah Fakhri.
Fakhri terus turun diikuti Kiky di belakang. Mereka berjalan perlahan-lahan mengikut lorong bawah tanah itu. Mereka berusaha mencari bilik bawah tanah yang dikatakan oleh Dato' Aliff.
"Fakhri kau dengar tak apa yang aku dengar? " tanya Kiky apabila mendengar tembakan yang kuat dari atas.
"Aku rasa mesti ada geng lain yang datang serang kita ni! " kata Fakhri.
"Fakhri! Kiky! Lari! Geng Wild Life dah dekat!" Jerit Ali salah seorang ahli gengnya dengan nafas tercungap-cungap.
"Kau ikut aku jugak! " arah Fakhri.
Mereka bertiga terus lari mengikut lorong yang gelap itu sambil mencari bilik itu dengan cepat.
Dum!!
Satu das tembakan yang menyebabkan Ali tumbang.
"Jangan bergerak atau aku tembak korang! " ugut seorang lelaki di belakang mereka berdua.
Fakhri dan Kiky mengangkat kedua-dua belah tangan mereka sambil menghadap ke arah beberapa orang yang sedang mengacukan pistol ke arah mereka.
"Geng Wolf" kata salah seorang lelaki yang berada di depan sekali.
"Wild Life" kata Fakhri perlahan.
------------------------------------------------------
"Serang mereka! Jangan biarka satu pun terlepas! " arah seorang ahli Wild Life kepada anak buahnya.Qisya memerhatikan keadaan itu dari jauh. Tak boleh jadi ni!
"Bawak orang² kau serang sekarang!" Arah Qisya.
Dum!! Dum!! Dum!!
Bunyi tembakan pistol yang deras menyebabkan banyak ahli geng Wild Life tumbang. Qisya dan anak buahnya terus menyerang Geng Wild Life.
"Korang jaga sini! Aku nak masuk dalam! " arah Qisya kepada salah seorang anak buahnya.
Qisya masuk dengan pistol di tangannya.
YOU ARE READING
GENG WOLF
Teen FictionDato' Aliff merupakan ketua Geng Wolf iaitu gengster yang terkenal dan terkaya di Asia. Semasa namanya kian naik, dia mengalami masalah kerana gengster² mula mencari dirinya kerana mahu merampas hartanya. Dia mula bimbang tentang keselamatan isteri...