Bab 7

2.7K 104 0
                                    

"Qisya!!  Masuk bilik papa lepas habis makan nanti. " arah papanya semasa mereka makan malam.

Qisya hanya menggangguk. Dia pasti papanya sudah tahu peristiwa di sekolahnya.

Tepat jam 9 malam Qisya menuju ke arah bilik papanya. Bilik itu khusus untuk papanya. Bilik itu merupakan tempat papanya menguruskan urusan gengsternya.

Tok... Tok... Tok...

"Masuk! "Arah papanya.

Qisya masuk sambil matanya meneliti setiap penjuru bilik itu. Penuh dengan gambar² papanya dan konco² papanya.

"Kenapa pa panggil Qisya?" Tanya Qisya terus duduk berhadapan dengan papanya.

"Kamu bergaduh? " tanya papanya .

"Pa!  Bukan salah Qisya. Budak tu yang selalu cari pasal. Pa jngan risau. Qisya pandai jaga diri. Pa percayakan Qisya kan? " tanya Qisya lembut.

Papanya hnya menggangguk sambil tersenyum kecil. Sungguh dia bngga mempunyai anak seperti Qisya. Bijak dan berani!
------------------------------------------------------
Qisya dan kawan-kawannya melepak di warung Pak Hamad seperti biasa.

"Haha! Kesian kau Qisya! " kata Lana yang sudah keluar air mata kerana banyak ketawa.

"Kau gelaklah! Aku sumbat jugak mee ni dalam lubang hidung kau! " kata Qisya sedikit marah.

"Tapi Qisya memang lawak betul lah cerita kau ni! Dasar budak tak cukup umur! " tambah Zana yang masih lagi ketawa.

"Enth lah. Sumpah memang aku tak nak dah bersih tandas! " kata Qisya.

"Tu la kau! Cari pasal dengan Fakhri tu. Ni sekarang satu sekolah tahu pasal kes kau. Habis fan club Fakhri marah kat kau tahu! " beritahu Ezaty.

"Bila masa pulak mamat tu ada fan club ni? Aissshh!  Bukan aku la salah. " rungut Qisya.

"Phewittt... " siul seorang budak lelaki tepi meja mereka.

"Gatal... " kata Ezaty dengan senyumam mengejek.

"Hai adik! Nama sapa? " katanya lagi.

"Mamat ni dah tak de kerja ke? Dah habis modal! " bisik Lana mula berasa nak muntah.

"Nama abang Badri. Panggil Bad. " kata lelaki itu.

"Kau boleh diam tak! Kau dah kenapa kacau kitaorang! Tak kisah la nama kau Bad ke.. Kura² ke.. Tupai ke.. Tak kisah!  Yang gatal sangat tu Kenapa?! "Sembur Qisya.

Muka lelaki tadi terus menjadi merah. Marah kut? Dia terus bergerak pulang.

"Tahu takut! " kata Zana sudah ketawa.

"Jomlah balik! " ajak Qisya.

Mereka mula bergerak ke arah motor masing². Qisya menyarungkan helmetnya.

Mereka mula menghidupkan motor masing² lalu memecut.

Pin... Pin..  Pin..

Bunyi beberapa motor di belakang yang mula menahan mereka. Qisya dan kawan-kawannya mula memberhentikan motor mereka ke tepi jalan.

Beberapa orang dari motor itu bergerak ke arah motor Qisya. Qisya membuka helmetnya.

"Kau dah Kenapa?! " marah Qisya.

"Ingat aku? " tanya lelaki itu.

Qisya mengerutkan dahinya. Siapa? Lama sedikit.. Ingat!

"Kau yang tergolek haritu kan? Macam mana sedap? Dah sihat?" kata Qisya sambil ketawa mengejek.

"Aku cabar kau race. " cabar elaki tadi.

"Ok!  Tak de masalah." Sahut Qisya.

"Ok. Pukul 9 malam esok. Lorong tepi padang sampai warung Pak Hamad. Kalau aku menang kau milik aku!  Faham? " beritahu lelaki itu.

"Kalau aku menang,  kau dan geng kau jangan kacau budak² sekolah aku! " kata Qisya pula.

"Aku Aman" kata lelaki tadi lalu menghulurkan tangannya.

"Dah tepi! " jerit Qisya tanpa menyambut huluran tadi.

Qisya dan kawan-kawannya terus bertolak apabila geng motor tadi memberi mereka laluan.
------------------------------------------------------
"Qisya kau betul ke nak race ni? " tanya Lana risau keselamatan Qisya.

Qisya yang bersiap-siap hanya menggangguk.

"All the best Qisya! Kau hati²" kata Zana pula.

Qisya menyarungkan jaket, sarung tangan dan helmetnya lalu menuju ke arah motornya.

"weh ada race la!!  Jerit Iqbal.

"Jom tengok! " ajak Kiky.

Mereka berdua memakirkan motor mereka di tepi warung Pak Hamad. Mereka hanya duduk di atas motor mereka dan hanya melihat. Ramai orang di warung tersebut dengan geng² motor.

Qisya dan Aman bersiap sedia di atas motor mereka. Apabila bendera hijau diangkat,  mereka terus memecut laju motor mereka.

Qisya mengawal elok motornya. Setiap selekoh dapat dilalui dengan senang. Motornya mendahului motor Aman.

"Weh Kiky!  tu bukan Zana, Lana dengan Ezaty ke? "Tanya Iqbal apabila melihat ke arah kelibat 3 orang perempuan yang berdiri tidak jauh dari mereka.

"Betul lah. Tak kan diorang pun minat race? "Balas Kiky.

Tidak lama kemudian sebuah motor sudah sampai ke tempat penamat.

"Tahniah Qisya! " jerit kawan-kawannya yang sudah menghampiri motor Qisya.

Qisya membuang helmetnya. Terkejut Iqbal dengan Kiky.

"Qisya la yang race tadi! Wehh blah jom! " kata Iqbal terus memakai helmet dengan tergesa-gesa.

Mereka berdua terus memecut pulang ke rumah. Qisya perasan melihat motor mereka. Tapi dia tidak berapa cam penunggangnya.

'Siapa tu? Macan pernah tengok motor tu? ' bisik hati Qisya.



GENG WOLFWhere stories live. Discover now