Bab 40

2.2K 84 0
                                    

Zack menghampiri Qisya yang sedang termenung di depan kolam ikan yang terletak di taman rumah Dato' Aliff.

"Cik Qisya?" Tegur Zack.

"Zack? Kau duduk jap. Aku nak cakap sikit." Arah Qisya.

Zack mengikut arahan Qisya tanpa banyak songeh.

"Kau kenal Lisa?" Soal Qisya sambil melihat ikan yang berenang di dalam kolam.

"PA Fakhri?" Zack menyoal ingin kepastian.

Qisya menggangguk.

"Kenal. Cantik kan Lisa tu." Puji Zack.

Qisya memandang Zack. Tercabar pulak rasa!

"Aku atau Lisa tu cantik?" Tanya Qisya dengan mata yang bersinar.

"Mestilah Cik Qisya. Kenapa tanya macam tu? Tercabar ke?" Zack seperti dapat mengagak apa yang difikir Qisya.

"Memang pun! Aku pun tak tahu kenapa aku rasa macam ni!" Bentak Qisya.

"Itu namanya cemburu. Cik Qisya ni dah jatuh cinta dengan Fakhri tu. Dan saya yakin Fakhri pun suka Cik Qisya." Kata Zack, tenang.

"Aku tak tahu! Aku blurr sekarang. Dengan kehadiran perempuan nama Lisa tu, aku rasa tercabar. Kau rasa aku patut tembak atau tumbuk Lisa tu supaya dia jangan dekat dengan Fakhri?" Tanya Qisya ingin tahu pendapat Zack.

"Jangan apa² kan dia Cik Qisya." Tegah Zack. Dia kenal sangat Qisya ni. Nantikan mati pulak Lisa tu.

"Tengoklah. Tapi kalau dia cuba menggedik dengan Fakhri, siaplah!" Kata Qisya dengan menggempal penumbuknya.

Zack ketawa kecil melihat keletah Qisya.

"Ehh Zack! Papa cakap kau dah kahwin. Dah ada anak pun. Tapi, aku tak pernah nampak pun isteri kau?" Tanya Qisya.

"Ouhhh.. Isteri saya dekat kampung kat Melaka. Tapi sekarang dia ada di sini, kerja. Nanti saya kenalkan pada Cik Qisya." Balas Zack dengan senyuman manisnya. Teringat kat isterinya!

Qisya hanya membalas dengan anggukan.
------------------------------------------------------
Qisya turun ke dapur mencari mamanya. Bosan sangat kat atas!
Matanya menangkap satu susuk tubuh yang amat dikenalinya.

"Mak!" Jerit Qisya terus memeluk tubuh Puan Sharifah.

Datin Rania hanya jadi pemerhati dengan senyuman yang tidak lekang dari bibirnya. Manja betul anaknya.

"Qisya! Sihat tak ni? Lama tak jenguk mak." Tanya Puan Sharifah selepas pelukan mereka terlerai.

"Sihat. Sorrylah mak tak sempat. Mak buat apa kat sini?" Tanya Qisya pula.

"Mak nak jumpa dengan Qisya la. Lama tak jumpa. Rindu!" Balas Puan Sharifah.

Qisya tersenyum manja.

"Amboii manja betul kamu Qisya. Ni ada udang di sebalik batu ke?" Datin Rania tahu anaknya suka dengan Fakhri.

"Mana ada mama ni! Mama buat apa ni?" Tanya Qisya apabila melihat dapur rumahnya sedikit bersepah.

"Ni mama dengan mak nak masak kek coklat. Mak kata Fakhri mengidam nak makan." Balas Datin Rania.

"Fakhri mengandung ke? Mengidam bagai.." Qisya mencebikkan bibirnya.

Datin Rania dan Puan Sharifah ketawa. Ada² la Qisya ni.

"Mama... Mak.. Memandangkan sekejap lagi lunch hour dan Fakhri nak sangat makan kek ni, boleh Qisya pergi hantar kek ni kat office dia?" Tanya Qisya dengan penuh berharap.

GENG WOLFWhere stories live. Discover now