Qisya memandang ke luar tingkap rumahnya. Bosan!
Ting!!
Bunyi mesej dari telefonnya. Satu mesej whatssap. Dia membukanya.
Qisya kau kat mana?
Ada rumah papa
aku lagi.. Kenapa?Ok cun! Lepak warung
Pak Hamad jom!Ok! Aku tunggu sana!
Dia terus menyarungkan jaket kulitnya dan mencapai kunci dan helmet motornya. Dia bergegas turun.
"Qisya nak ke mana ni? " tanya Datin Rania apabila terserempak dengan Qisya di tangga.
"Nak pergi warung Pak Hamad! Qisya rasa, Qisya balik terus rumah sewa. Kirim salam dekat papa ok! " jawab Qisya sambil bersalaman dengan mamanya dan terus memecut.
Qisya menghidupkan motornya lalu memecut ke warung Pak Hamad.
"Qisya! " sambut Pak Hamad gembira apabila melihat Qisya yang menghampiri warungnya.
"Pak Hamad apa khabar? " tanya Qisya terus bersalaman tangan Pak Hamad.
"Baik. Dah lama tak datang sini. Warung Pak Hamad ni sunyi tanpa Qisya tau! Kawan-kawan yang lain mana? " tanya Pak Hamad.
"Kejap lagi sampai la tu! Ni saya nak order macam biasa ok? Pak Hamad masak sedap² tau! " pesan Qisya.
"Pak Hamad tahu laa. Kamu tunggu kejap. Nanti Pak Hamad masakkan. " kata Pak Hamad terus berlalu ke dapurnya.
Qisya melabuhkan punggungnya. Mata Qisya tiba² terlihat seorang lelaki yang sedang melihat ke arahnya.
'Aku rasa tu la lelaki yang serang Zack dan anak² buah papa yang lain! ' bisik hati Qisya, yakin!
Baru sahaja Qisya ingin melangkah ke arah lelaki itu, kereta Lana menghalang pandangan Qisya daripada melihat motor itu. Mata Qisya mula meliar mencari motor lelaki tadi. Terlepas!
"Qisya kau cari apa? " tanya Zana apabila melihat Qisya seperti kucing hilang anak.
"T.. Ta.. Tak de lahh! Duduk! Aku dah order. " kata Qisya terus duduk semula.
"Ni dia! Makanan dah sampai!" Jerit Pak Hamad sambil meletakkan makanan yang dipesan mereka.
"Pak Hamad! Rindu tau masakan Pak Hamad! " jerit Zana.
"Kalau rindu, makan cepat! " balas Pak Hamad.
"Pak Hamad duduklah! Kita borak! " ajak Ezaty.
Pak Hamad duduk di sebelah Ezaty. Apalagi, banyaklah cerita yang mereka berempat sembang dengan Pak Hamad. Pot.. Pet.. Pot.. Pet..
Selepas 2 jam...
"Oklah Pak Hamad! Kita orang dah nak gerak pulang. Nanti kita sembang pula. " kata Zana apabila melihat jam tangannya hampir pukul 7 malam.
"Baiklah. Hati² balik nanti. Datang lagi tau! " kata Pak Hamad.
Mereka berempat bersalaman dengan Pak Hamad sebelum bertolak pulang.
Motor Qisya mengikuti kereta Lana dari belakang. Qisya memandang ke arah sight mirror motornya. Terkejut dia apabila melihat motor lelaki tadi mengikutinya. Tak boleh jadi ni!
Qisya membelok motornya masuk ke arah lorong sebelum traffic light. Dia terpaksa berpecah dengan Lana.
"Ehh motor Qisya tak de la belakang kita!!" Jerit Ezaty apabila motor Qisya tidak kelihatan.
"Kau biar betul? " tanya Lana ingin kepastian.
"Betul lah. Mana pulak minah rempit ni pergi!" Kata Zana sempat mengutuk kawannya.
"Macam ni, kita balik dulu. Ezaty kau text Qisya cepat! " arah Lana.
Ezaty hanya menurut. Dia mengambil telefonnya lalu mesej Qisya.Qisya cuba sedaya upaya untuk lari daripada lelaki yang mengekorinya. Dah macam race! Selepas bayang motor lelaki tadi tidak kelihatan, dia bertolak pulang.
------------------------------------------------------
"Penatnya!! " keluh Qisya sambil merebahkan badannya."Siapa sebenarnya mamat tadi! " tanyanya sendirian.
"Qisya Ellena! " jerit Lana dari bawah.
Qisya terus menukar posisinya kepada duduk.
''Dah kena sampuk apa kawan aku ni! Dah la aku tak pandai berubat. Macam mana ni? Kena cari Yassin ni. " kata Qisya sudah mencari Yassin.
"Qisya! " jerit Lana terus serbu masuk ke dalam bilik Qisya diikiti Ezzaty dan Zana.
"Kenapa ni? " tanya Qisya.
"Macam ni, aku baca group whatssap ex 5 sains tadi, minggu depan kita ada reunion tau dekat dewan sekolah kita dulu. " terang Lana panjang lebar.
"Oooo... " balas Qisya dengan riak yang selamba.
KRIKK!! Krikk!! Krikk!! Krikk!!
Keadaan mereka berempat tiba² senyap disebabkan oleh jawapan Qisya.
"Kau ni kan! Memang hati batu ke?! Kau tak gembira ke kita nak jumpa balik kawan-kawan kita yang dulu? " kata Zana, sakit hati.
"Ooo.. Entah! Aku tak rasa apa². Lagipun dah tak de tempat lain ke nak buat! Kat sekolah jugak. Memang tak puas belajar ke? " komen Qisya.
"Cik Qisya Ellena bin Dato' Aliff, kita buat reunion kat sekolah sebab nak kenang semula kenangan kita semua masa di sekolah dulu tau! " terang Ezaty.
"Ooo.. Macam tu ke.. So? " tanya Qisya, lembap!
"Apalagi...Shopping la!!" Jerit mereka bertiga galak!
Qisya mengeluh berat. Kudunglah kaki aku!
YOU ARE READING
GENG WOLF
Teen FictionDato' Aliff merupakan ketua Geng Wolf iaitu gengster yang terkenal dan terkaya di Asia. Semasa namanya kian naik, dia mengalami masalah kerana gengster² mula mencari dirinya kerana mahu merampas hartanya. Dia mula bimbang tentang keselamatan isteri...