Bab 14

2.5K 83 0
                                    

Selepas beberapa bulan, tibalah masanya untuk pelajar-pelajar tingkatan 5 menghadapi peperiksaan spm. Mereka berkumpul di dewan mendengar kata-kata semangat daripada Guru Besar.

Selesai sahaja ucapan itu, mereka berkumpul di depan dewan peperiksaan untuk bersalaman dengan guru-guru mereka.

Qisya dan kawan-kawannya lepak di pondok sementara menunggu mereka dipanggil untuk masuk ke dalam dewan peperiksaan.

"Aku berdebar lahh! Takut tak boleh jawab!" Kata Lana cemas. Tangannya dah sejuk.

"Kau tenang! Jangan cemas lah! Aku pun tak tenteram la tengok kau! " marah Zana.

"Macam mana kau boleh tenang Qisya? " tanya Ezaty. Dari tadi lagi dia perhatikan Qisya. Langsung tiada riak muka cemas!

"Kau tak payah tanya lah Qisya tu! Dia memang dah pandai! Mesti dia dapat jawab!" Balas Lana.

"Tak de maknanya. Kalau aku buat perangai cemas macam Lana, nanti habis apa yang aku baca tak ingat. Kita kena tenang dan yakin yang kita boleh jawab." Ceramah Qisya.

"Korang! Cikgu dah panggil masuk. Jom! " panggil Shariff.

Mereka membawa segala peralatan alat tulis dan terus menuju ke arah dewan peperiksaan.

"Aduh! " jerit Qisya sambil menahan badannya daripada jatuh. Kakinya tersadung!

Dia menegakkan badannya sambil menoleh ke sisinya.

"Kau ni kan!" Marah Qisya sambil menunjukkan penumbuknya ke arah Fakhri.

"Sorry ok? Dah jom masuk!" kata Fakhri terus menarik Qisya ke dalam dewan peperiksaan.

Qisya hanya menurut. Kakinya melangkah masuk. Seram sejuk pulak! Debaran jantungnya laju.

"Good luck! " bisik Fakhri sambil mengusap lembut rambut Qisya dan dia terus melangkah ke arah mejanya.

Qisya tersenyum dan terus berlalu ke arah tempatnya.
-----------------------------------------------------
Pejam celik, pejam celik,  mereka akan menghadapi last paper hari ni. Tahan, satu paper lagi!

Kringgggg!!!!!

"Yahooooo!!!" Jerit pelajar tingkatan 5 dalam dewan itu.

"Wahhh! Lepas stress aku!  Aku nak enjoy! " jerit Ezaty.

"Betul tu! Dah tak payah menghadap buku dah! " jerit Zana.

Mereka berempat keluar dari dewan peperiksaan dan menuju ke arah motor masing².

"Haii! Nak balik dah ke? " tegur Iqbal kepada mereka berempat.

Kiky, Shariff dan Fakhri juga mendekati mereka.

"Ha'ah. Nak hilang stress lepas habis periksa ni." Jawab Zana.

"Ehh jom lah lepak kat warung Pak Hamad dulu. Jangan risau, aku belanja!" Tawar Iqbal.

"Boleh jugak! " balas Lana.

"Jom gerak! " jerit Kiky.

Mereka menghidupkan motor masing². Motor Ezaty dan Lana bergerak dahulu memandangkan mereka geng motor skuter. Manakala Qisya pula mempunyai motor yang sama jenis dengan Fakhri, Iqbal, Kiky dan Shariff. Fakhri menyuruh Qisya bertolak dahulu menggunakan isyarat matanya.  Qisya hanya menggangguk.

Tiba sahaja di warung Pak Hamad mereka memakirkan motor mereka.

"Pak Hamad! Macam biasa!" Jerit Ezaty lalu duduk.

"Ok beres! " sahut Pak Hamad. Dia sudah biasa dengan perangai Qisya dan kawan-kawannya. Mereka merupakan pelanggan tetap warungnya. Selalu juga dia berborak-borak dengan mereka.

Mereka berlapan berbual-bual sementara menunggu makanan sampai.

"Ni dia! Makanan sampai! " jerit Pak Hamad lalu meletakkan makanan di atas meja mereka.

"Tq Pak Hamad!" Ucap mereka.

"Macam mana paper hari ni? Boleh jawab? " tanya Pak Hamad sambil melabuhkan punggungnya di sebelah meja makan mereka.

"Boleh la. Susah jugak!" Balas mereka.

"Tapi kan Pak Hamad, Zana tertidur la tadi. Nasib ada cikgu tolong bangunkan Zana. " cerita Zana.

"Yang kamu tidur tu kenapa? " tanya Pak Hamad.

"Mana tak tidurnya! Semalaman dia menghadap Korea dia! Buku pun dah siap tutup! Mentang² last paper!" Jawab Lana.

"Ehh!  Mana ada Zana baca ok! " kata Zana back up dirinya.

Mulut mereka mula bising. Suara gelak tawa mereka selalu memeriahkan warung Pak Hamad.  Nanti kalau tiada mereka sunyilah warung Pak Hamad. Pak Hamad hanya menggelengkan kepalanya melihat keletah mereka.
------------------------------------------------------
Petang itu Qisya berjalan-jalan seorang diri di taman. Angin yang agak kuat menerbangkan rambutnya yang tidak diikat.

"Qisya! " panggil seseorang di belakangnya.

Qisya berpaling lalu tersenyum.

"Apa kau buat kat sini?" Tanya Qisya.

"Saje ambik angin. Kau? " tanya Fakhri.

"Samalah. " jawab Qisya.

Mereka berdua berjalan beriringan di taman itu.

"Jom duduk! " ajak Fakhri.

Qisya hanya menurut. Mereka berdua hanya berdiam diri sambil melihat ke arah budak-budak yang seronok bermain di taman itu.

Tiba² Qisya teringatkan sesuatu.

Flashback

"Kau dengar sini,  aku tak nak kau kacau lagi kawasan aku! Kalau tak nahas kau! " jerit lelaki itu kuat ke arah sekumpulan yang sudah berlumuran darah akibat dipukulnya.

Qisya yang terdengar jeritan itu terus menyorok ke dalam semak. Dia hanya mengintai dari jauh kelakuan lelaki itu.

"Kau dengar tak?! " tanya lelaki itu kuat.

"Siapa tu? " tanya Qisya perlahan. Akibat suasana pada ketika itu malam ia menyukarkan penglihatan Qisya. Lelaki itu memakai sweater.

Krikk!!

Bunyi ranting kayu yang dipijak oleh Qisya.

'Alamak mati aku!' Bisiknya mula berdebar.

Lelaki tadi memandang ke arahnya. Fakhri?!

Dalam keadaan tertanya-tanya Qisya terus berlari ke arah motornya. Dia terus memecut pulang ke rumah.

End flash

Sejak dari hari itu,Qisya asyik memikirkan hal itu. Fakhri yang dilihat pada malam itu sungguh berbeza berbanding sekarang.

"Dah habis termenung?! " sergah Fakhri membuatkan Qisya tersentak.

"Ishh kau ni! Fakhri aku nak tanya. Aku tak pernah tahu idetiti kau. Sorry ok sebab dah nak dekat setahun kita kawan tapi aku baru nak kenal kau. Aku hanya tahu yang kau ni bernama Tengku Fakhri Imran bin Tengku Eizlan. " kata Qisya.

"Tak payah tahu la." Kata Fakhri sambil tersenyum. Matanya masih tidak lepas dari melihat ke arah taman itu.

"Siapa sebenarnya kau ni hah? " soal Qisya mula curiga.

"Satu hari nanti kau akan tahu juga siapa aku. " jawabnya terus bangun lalu berlalu untuk pulang.

Jawapan Fakhri membuatkan Qisya diam. Dia hanya melihat pemergian Fakhri.

GENG WOLFWhere stories live. Discover now