Iqbal dan Shariff berbual-bual di bangku berhadapan dengan makmal sains. Kiky dan Fakhri berjalan menghampiri mereka.
"Kau biar betul?! " tanya Shariff masih ragu².
"Kenapa ni? " sampuk Fakhri.
"Nasib kau datang.. Ni aku nak cerita ni. Semalam aku dengan Kiky pergi tengok race semalam." Cerita Iqbal.
"So? " balas Fakhri.
"Kau tau tak yang race semalam adalah Qisya.. Memang terbaiklah. Kalah budak lelaki tu." Kata Iqbal dengan teruja.
"Betul tu. Malu besar budak lelaki tu semalam. " tambah Kiky.
"Tak sangka pulak aku.. " kata Shariff.Perbualan mereka terhenti apabila loceng sudah mula berbunyi tanda kelas sudah bermula.
------------------------------------------------------
Qisya berjalan ke arah motornya. Dia ingin pulang cepat kerana lapar. Dia menghidupkan motornya lalu memecut ke rumahnya."Weh jom lepak! " ajak Kiky semasa Iqbal, Shariff dan Fakhri berjalan ke arah motor mereka untuk pulang.
"Aku on. " balas Shariff
"Aku nak balik. Nanti ayah aku risau. "Tolak Fakhri.
"Ok bro.. Hati². Aku ikut diorang." Kata Iqbal.
Fakhri memecut laju motornya pulang ke rumah.
Qisya memandang ke arah sight mirror motornya.
"Memang tak puas Kali diorang ni! " bentak Qisya apabila melihat 3 buah motor mengejarnya. Dia yakin itu motor kepunyaan A man dan anak buahnya.
Motor itu mula mendekati motor Qisya. Mereka mengepung Qisya dari belakang. Qisya memecut laju.
"Kenapa tu? Motor Qisya tu. " kata Fakhri perlahan apabila melihat motor Qisya sedang memecut melintasinya.
Kelihatan 3 buah motor yang sedang mengejarnya. Fakhri mula mengekori motor² tersebut.
Qisya memecut motornya masuk ke hutan. Diikuti motor Aman dan anak buahnya.
15 minit kemudian...
"Ishhh!! Tak guna! Laju betul dia bawa motor! " bentak Aman.
Aman mencari kelibat Qisya. Hampa!
"Dah la kita balik! " kata Aman terus patah balik.
Qisya masih laju membawa motornya sehingga tidak perasan curam di depannya. Motornya tergelincir dan jatuh ke dalam curam itu.
"Tolong! " jerit Qisya sambil memegang pada akar² kayu.
Nasib dia sempat berpaut. Kalau tak dah arwah dah! Motornya sudah jatuh ke bawah.
Fakhri memberhentikan motornya. Dia membuang helmetnya. Dia berlari mencari Qisya. Dia yakin Qisya masih ada dalam hutan.
"Tolong! "Jerit Qisya kuat.
Fakhri berlari ke arah suara itu.
"Qisya! " jerit Fakhri. Terkejut dia melihat keadaan Qisya.
Dia menarik Qisya ke atas.
"Kau ok? " tanya Fakhri apabila berjaya membawa Qisya naik.
"Ok. Tq Fakhri. " ucap Qisya. Memang dia bersyukur dia masih selamat.
"Dah jom aku bawak kau balik. " kata Fakhri.
Qisya hanya menggangguk. Qisya membonceng motor dengan Fakhri.
"Aku nak ucap terima kasih banyak²" ucap Qisya apabila mereka sudah sampai di depan pagar rumahnya.
"No hal lah. Motor kau macam mana?" Tanya Fakhri.
"Yang tu nanti aku suruh papa aku settle. Aku masuk dulu."pinta Qisya lalu berjalan masuk ke arah rumahnya.
"Oii! " panggil Fakhri.
Qisya memandang ke arah Fakhri.
"Lain Kali hati²." Kata Fakhri terus memecut.
"Baik pulak mamat ni! " kata Qisya,perlahan sambil tersenyum.
------------------------------------------------------
"Qisya!! " jerit Datin Rania kuat.Qisya bergegas turun ke luar rumah.
"Apa ma? " tanya Qisya bingung.
"Ni! Apa jadi dengan motor kamu ni? " tanya Datin Rania.
Qisya memandang ke arah motor yang sudah dipenuhi dengan ranting² kayu dan daun² kering.
"Bila motor Qisya ada kat sini? " tanya Qisya sambil membelek-belek motor kesayangannya.
"Anak buah papa kamu hantarkan. Apa dah jadi ni? " tanya Datin Rania.
"Accident tadi. Alah sikit je ma. Jangan risau la. Ma nanti hantar bengkel motor Qisya."pinta Qisya.
"Accident?? Kamu ok? Nanti mama suruh papa hantar bengkel. " balas Datin Rania.
"Qisya ok. Qisya naik dulu buat homework. " kata Qisya lalu berlalu naik ke atas.
------------------------------------------------------Qisya menelefon Lana semasa dia bersiap untuk ke sekolah."Lana motor aku masuk bengkel. Aku tumpang kaulah."kata Qisya.
"Kau tunggu, aku datang ambik." Kata Lana terus mematikan talian.
Tidak lama selepas itu Lana tiba dengan motor skuternya. Semasa dalam perjalanan mereka tersermpak dengan motor Ezaty yang membonceng Zana.
"Mana motor kau? " tanya Zana apabila mereka di garaj motor.
"Masuk bengkel. Rosak. Dah jom!" Kata Qisya terus menarik kawan-kawannya masuk ke sekolah.
"Qisya! " panggil Fakhri.
Mereka berempat berhenti lalu memandang ke arah Fakhri.
"Kau ok? Motor macam mana? " tanya Fakhri.
Iqbal, Kiky dan Shariff memandang pelik ke arah Fakhri yang sedang menegur Qisya. Bukan musuh ke?
"Aku ok. Motor masuk bengkel. Aku datang sekolah pun tumpang Lana. " balas Qisya.
"Dah Kenapa baik pulak si Qisya ni dengan Fakhri? " bisik Lana kepada Zana dan Ezaty.
Zana dan Ezaty mengangkat bahu tanda tidak tahu.
"Jumpa kelas nanti. Aku nak cari Iqbal. " kata Fakhri lalu pergi.
"Kau dah berbaik ke dengan Fakhri? " tanya Ezaty.
"Bila masa pulak aku gaduh" kata Qisya selamba.
"Kau dah amnesia ke? " tanya Lana.
"Betul lah. Aku mana gaduh dengan dia. Dah jom lah. " kata Qisya terus berlalu ke kelas.
"Weii bro! Asal kau baik sangat dengan Qisya? " tanya Shariff pelik.
"La.. Aku baik pun salah.. Aku gaduh kau suruh baik.. Aku baik kan kau nak suruh aku gaduh ke?" Balas Fakhri.
Belum sempat Iqbal membalas Fakhri sudah pergi berlalu ke kelas.
"Fakhri!! " panggil Iqbal, Shariff dan Kiky masih tidak puas hati dengan jawapan Fakhri.
YOU ARE READING
GENG WOLF
Teen FictionDato' Aliff merupakan ketua Geng Wolf iaitu gengster yang terkenal dan terkaya di Asia. Semasa namanya kian naik, dia mengalami masalah kerana gengster² mula mencari dirinya kerana mahu merampas hartanya. Dia mula bimbang tentang keselamatan isteri...