David Panille masuk ke dalam bilik yang menempatkan Qisya bersama-sama dengan orang² nya yang lain. Dia memerhati lama wajah Qisya.
"Dia ni la anak Dato' Aliff.. Beautiful! I like.. " komen David Panille.
Qisya membuka matanya. Peningnya kepala. Terkejut dia apabila melihat David Panille berdiri di depannya.
"Apa kau nak?" Tanya Qisya, kian lemah. Baru dia sedar yang dirinya diikat di kerusi.
"Kalau kau anak Dato' Aliff, kau pasti tahu kan mana barang tu?" Tanya David Panille.
"Aku tak tahu! Aku tak terlibat langsung dengan kegiatan ayah aku!!" Balas Qisya.
"Kalau macam tu terpaksalah tunggu hero kau datang. Aku tahu yang dia akan datang awal. Dia bukan jenis orng yang sabar! Yang sanggup tengok aje orang yang dia sayang dalam bahaya." Tambah David.
Qisya hanya senyap memandang David Panille. Darah pada bahunya kian membeku tapi masih rasa sakitnya.
"Kau ni cantik jugak ehh.. Kalau hero kau tak datang, apakata kau join geng aku. Jadi pelayan aku." Tawar David Panille dengan senyuman gatal.
Puihhh!!
Qisya meludah air liurnya sehingga terkena muka David Panille.
"Tak guna kau perempuan!!" Jerit David, marah sambil mengesat air liur Qisya.
Orang² David sudah mengacukan pistol ke arah Qisya.
"Sedap tak rasa air liur aku." Kata Qisya dengan senyuman sinisnya.
Pang!!!
Kuat tamparan David di pipi Qisya. Dia terus keluar diikuti orang² nya.
"Sakitlah bodoh! " jerit Qisya. Terasa ada cecair yang mengalir di tepi bibirnya.
------------------------------------------------------
Fakhri berjalan mundar-mandir di rumh Qisya. Iqbal berusaha mencari tempat Qisya disorokkan. Kawan-kawannya yang lain juga tidak senang duduk dengan kehilangan Qisya."Yes! Dah jumpa!" Jerit Iqbal.
Mereka mula berdiri menggelilingi Iqbal.
"Situ lah tempat Qisya disorokkan. Dekat bangunan lama." Terang Iqbal sambil menunjukkan ke arah skrin laptopnya.
"Fakhri, kau jangan buat keputusan terburu-buru. Kita plan dulu baik². Aku jamin yang dia tak kan berani sentuh Qisya punya." Kata Kiky cuba berbincang dengan Fakhri.
"Baik. Tapi kita kena cepat." Jawab Fakhri.
"Esok aku akan kumpulkan orang² kita. Sekarang better kau masuk tidur dulu. Tengah hari kita jumpa kat sini." Arah Shariff.
"Aku tidur bilik tetamu." Kata Fakhri lalu melangkah ke bilik tetamu di rumah Qisya.
Fakhri merebahkan badannya lemah. Kalau jadi apa² pada Qisya memang dia salahkan dirinya!
------------------------------------------------------
Keesokannya, Geng Wolf membuat perbincangan tentang Qisya. Mereka terpaksa menukar plan. Qisya harus diselamatkan segera!Semua ahli geng Wolf sibuk pada hari itu. Plan mereka akan dijalankan esok.
Fakhri masuk ke dalam bilik Qisya apabila semua meeting sudah selesai. Cahaya matahari pada waktu petang itu menerangi bilik Qisya. Fakhri bergerak masuk meneliti setiap penjuru bilik itu. Kerana terlalu leka meneliti bilik itu, dia tersepak sesuatu sehingga badannya tertolak di dinding.
"Apa ni?" Tanya Fakhri apabila dinding itu dapat dibuka.
Dia menolak dinding itu. Mulutnya terlopong apabila pintu itu dibuka. Ia sebuah bilik yang menempatkan banyak senjata.
YOU ARE READING
GENG WOLF
Teen FictionDato' Aliff merupakan ketua Geng Wolf iaitu gengster yang terkenal dan terkaya di Asia. Semasa namanya kian naik, dia mengalami masalah kerana gengster² mula mencari dirinya kerana mahu merampas hartanya. Dia mula bimbang tentang keselamatan isteri...