S.coups berjalan seorang diri di dalam hujan lebat mencari kedai makanan pada tengah malam. Dia memang dikenali dengan sikapnya yang berani.
Sedang dia asyik berjalan, dia ternampak seorang perempuan yang duduk mencangkung di tepi jalan. S.coups terkejut.
S.coups: Perggh..seramnya! Tapi..kesian pulak. Tengah-tengah malam macam ni..tengah hujan pulak tuh.
S.coups memberanikan diri untuk mendekati perempuan itu. Kedengaran perempuan itu sedang menggigil kebasahan sambil tersedu-sedan.
S.coups memayungkan perempuan itu.
S.coups: Awak manusia kan?
Perempuan itu mengangkat mukanya memandang tepat ke dalam mata S.coups.
S.coups tergamam.S.coups: Awak..bukan Song Fara ke?
Fara menggangguk lemah.
S.coups: Apa awak buat kat sini? Tengah-tengah malam macam ni?
S.coups segera mencangkung di hadapan Fara. Dia membuka jaketnya lalu menyarungkan jaket itu pada badan Fara yang kebasahan.
Fara menggigil ketakutan. S.coups pula sudah cemas tatkala menyedari bahawa Fara sedang demam panas.
S.coups: Awak..demam!
Tangan Fara menggenggam erat lengan baju S.coups. Dia kelihatan lemah.
Fara: Tolong..hiccup! saya nampak..hiccup!
S.coups: Nampak..?Fara menggeleng lemah sebelum pengsan di situ.
Mujur S.coups sempat menyambutnya. Tanpa banyak berfikir, S.coups segera mendukung Fara lalu menuju ke dormnya.
*****
Mingyu: Hyung!!!
Wonwoo: Hyung bawak makanan jenis apa ni?!
The8: Siapa dia ni?!S.coups meletakkan Fara di sofa ruang tamu mereka.
SEVENTEEN: Fara?!
Hoshi yang sedang leka bermain permainan komputer segera melompat menuju ke arah Fara.
Hoshi: Hyung!! Hyung buat apa kat dia?! Kenapa sampai dia pengsan?! Kenapa dia demam panas?! Hyung jumpa dia kat mana?! Kenapa dia basah?!
Hoshi bertanyakan soalan bertubi-tubi kepada S.coups membuatkan ahli SEVENTEEN yang lain sudah menutup telinga masing-masing.
S.coups: Hyung jumpa dia kat tepi jalan.
SEVENTEEN: Hyung janganlah buat lawak.
S.coups: Tapi..hyung tak buat lawak.Masing-masing sudah membuntang mata tak percaya.
*****
Mingyu: Hyung! Panasnya badan dia..
S.coups: Kita kena tuam dia..
Hoshi: Baju dia? Kan basah..? Tak nak tukar?Semua memukul Hoshi.
S.coups: Nanti bila dia dah sedar, dia tukarlah sendiri..!
Vernon: Kita nak bagi dia tidur sini ke?
Jeonghan: Ye tak ye jgak.
S.coups: Hoshi..Bawak dia ke bilik awak.
Dino: Dah tu kitorang nak tidur kat mana?
The8: Maknae, tidurlah dengan kami.
Jun: Saya boleh je tidur kat ruang tamu.
Hoshi: Kalau camtu, habis citerlah.Hoshi mengangkat Fara lalu menuju ke biliknya. Belum sempat dia melangkah masuk ke dalam biliknya, tangannya ditahan Dokyeom.
YOU ARE READING
✔ sixth sense | csc
Fanfiction+ apabila hijab terbuka tanpa batasnya © a seventeen fanfiction series warning; ni story paling nub pernah aku ada jangan cakap aku tak bagi warning