"Macam mana doktor?" Soal Firqin sambil memandang wajah Doktor yang merawat Adriana.
"Dia okey. Just demam biasa je. Bagi dia rehat secukupnya dan jangan lupa bagi dia makan ubat ikut time." Kata Doktor Danial.
Mereka berenam mengangguk.
"Baiklah. Kalau macam tu. Terima kasih ye doktor." Ujar Taufiq.
"Jangan lupa bagi dia makan ubat. Saya balik dulu ye." Kata Doktor Danial lalu meninggalkan mereka.
"Mama..Papa..Rina..korang nak pe..gi..ma..na?" Soal Adriana sambil tangannya tergapai-gapai.
"Nampaknya Cik Muda macam mengigau. Kalau macam ni sorang kena jaga dia lah waktu dia tidur." Kata Afiq memberi cadangan.
Masing-masing saling berpandangan.
"Aku kena siapkan makanan nanti." Ujar Adam.
"Aku pun ada keje." Kata Afiq sambil tersenggih.
"Aku tak bole." Kata Aryan lalu menggosok belakang tengkuknya.
"Aku pun tak bole. Lagi pun aku baru lepas belajar dengan Cik Muda." Kata Firman.
Firqin sudah memicit kepalanya. Apahal semua macam mengelak?
"Kalau korang tak nak jaga Cik Muda sudah! Korang boleh kuar. Tak payah nak bagi alasan bodo!" Tengkik Firqin lalu duduk di kerusinya.
Masing-masing diam membisu. Bukan mereka tak nak menemani Cik Muda. Tapi kalau da ada kerja. Nak buat macam mana.
"Apa korang tunggu lagi!? Kuarlah!" Tengking Firqin.
Mereka pun keluar dari bilik tersebut kecuali Taufiq.
"Fir. Aku faham perasaan kau. Tak apa lah. Aku jaga Cik Muda. Kau gi rehat dulu." Kata Taufiq lalu menepuk bahu Firqin.
Firqin mengeluh.
"Tak payahlah. Pergi ikut dia orang. Aku tahu nak jaga Cik Muda." Kata Firqin.
"Haih. Aku faham perasaan kau. Kita semua pun da janji nak jaga Cik Muda macam jaga nyawa kita sendiri so jenis aku memang tepati janji." Kata Taufiq.
"Tak apa. Kau gi rehat dulu. Pastu tengah malam kang. Kau pula jaga. Okey?" Soal Taufiq.
Firqin memandang Taufiq lalu mengangguk..
"Thanks bro sebab faham aku." Kata Firqin lalu menepuk bahu Taufiq.
"Tak ada hal lah. Aku tahu kau penat. Tak pe gi ah rehat." Kata Taufiq lalu tersenyum.
Firqin hanya mengangguk dan keluar dari bilik itu.
Taufiq memandang wajah lesu Adriana. Terbit rasa kesian di hatinya bila melihat Adriana di timpa demam. Walaupun demam sungguh dia berasa kesian.
"Cik Muda. Hari ini saya jaga Cik Muda ya. Tengah malam kang giliran Firqin pula." Kata Taufiq lalu duduk di kerusi yang berada di sebelah katil Adriana.
"Saya ni menyusahkan ke?" Soal Adriana dengan mata yang terpejam.
Taufiq terkejut dengan suara Adriana yang tiba-tiba itu. Dia fikirkan Adriana tidur. Tapi sebaliknya. Namun tetap juga dia membalas soalan Adriana.
"Tak adalah..Cik Muda tak menyusahkan pun. Lagi pun kita orang kan orang suruhan Cik Muda." Kata Taufiq.
"Saya dengar Taufiq. Saya dengar korang semua kata apa tadi. Saya tak layak jadi Cik Muda. Hanya reti menyusahkan je." Kata Adriana.
"Tak Cik Muda..Tak..Jangan fikir bebukan." Kata Taufiq.
Adriana hanya tersenyum.
Kruhhh.. Kedengaran dengkuran kecil terbit dari bibir gadis itu.
Taufiq mengerutkan dahinya. Pelik dengan Adriana. Tadi bercakap ni tidur? Mengigau? entahlah dirinya pun keliru. Namun di biarkan sahaja. Wajah Adriana di pandangnya sebelum dirinya juga terlelap.
Chapter 10✔ Sorry sebab update lmbt😭 Author asik busy sejak menjak ni so kalau author tak update uh means author busylah ye😊 Okey tu je😁 Vote and comments guys!😘👏
YOU ARE READING
Cik Muda✔
Teen FictionAdriana Alysa adalah seorang gadis biasa berstatuskan anak yatim sejak umurnya 9tahun lagi.Dirinya sudah biasa tinggal di asrama bersama rakan-rakannya Nak dijadikan cerita.Pada hari kelahirannya yang ke-17.Dia di beritahu oleh pewaris Farica Landio...