Adriana membuka matanya. Kelihatan kabur. Di pejam dan di bukanya semula dan kembali normal.
Dia menoleh ke sebelah. Kelihatan Taufiq sudah tertidur beralaskan tangannya di atas katil Adriana.
Adriana mengusap kepala Taufiq. Da macam belai budak- budak da gayanya.
Tiba-tiba kedengaran pintu bilik di kuak. Cepat-cepat Adriana menutup matanya. Kononnya tidurlah.
Tap. Tap. Tap. Bunyi derapan tapak kaki sedang menghampiri Adriana.
"Woi!" Sergah Firqin lalu menolak bahu Taufiq hingga terjatuh dari kerusi.
Buk! Taufiq terjatuh dari kerusinya. Dia bangun dari jatuh lalu menggosok punggungnya yang sakit akibat terjatuh itu.
Firqin memandang Taufiq dengan pandangan tajam.
"Gulp." Kedengaran Taufiq menelan air liurnya.
"Err..Ak..." Belum sempat Taufiq menghabiskan kata-katanya.
"Aku suruh kau jaga Cik Muda kan!? Asal kau tidur!?" Tengking Firqin.
"Ak...aku..." Belum sempat Taufiq menghabiskan kata-katanya Adriana sudah memotong percakapanya.
"Ke..kenapa ni?" Soal Adriana lalu menggosok matanya.
Firqin merengus kasar.
"Eh. Kenapa korang ada kat sini?" Soal Adriana lalu memandang Taufiq dan Firqin silih berganti.
"Err..Kita orang jaga Cik Muda." Kata Taufiq.
"Lah..Kenapa nak jaga saya? Tak payahlah. Korang gi lah tidur. Rasanya da tengah malam kan?" Soal Adriana.
Taufiq memandang Firqin.
Firqin menghela nafas panjang.
"Kau gi lah tidur. Biar aku jaga Cik Muda." Kata Firqin.
Taufiq mengangguk.
"Saya minta diri dulu ya Cik Muda." Kata Taufiq lalu tersenyum.
Keluar sahaja Taufiq. Firqin terus mencapai kerusi tadi lalu duduk di kerusi tersebut.
Adriana menukar posisi kepada duduk lalu menyandarkan badannya di kepala katil tersebut.
"Saya okey lah Fiq. Awak pergi lah masuk tidur. Saya pandai jaga diri saya sendiri." Kata Adriana lalu memandang wajah Firqin.
Fiqrin menghela nafas.
"Cik Muda tu demam. Jangan paksa diri. Saya akan jaga Cik Muda malam ni." Kata Firqin.
"Err..Ta..."Belum sempat Adriana menghabiskan kata-katanya. Dahinya di tampal Cool Fever oleh Firqin.
Adriana menyentuh dahinya menggunakan tapak tangannya lalu memandang Firqin.
"Cik Muda kan demam jadi. Baringlah." Kata Firqin lalu menolak lembut tubuh Adriana sehingga baring.
"Thanks. Sorry susahkan." Kata Adriana.
"Tak adalah." Kata Firqin lalu mencuit pipi Adriana. Senyuman di ukir buat gadis itu.
Adriana tersenggih.
"Thanks." Kata Adriana bersama senyuman.
"My pleasurelah." Kata Firqin lalu duduk di kerusinya semula.
"Firqin." Panggil Adriana.
Firqin memandangnya.
"Ye Cik Muda." Kata Firqin lalu memandang wajah Adriana.
"Saya tak nak jadi Cik Muda." Kata Adriana lalu memandang syiling atas.
"Kenapa pula? Ramai nak jadi Cik Muda. Nak kaya. Tapi Cik Muda tak nak." Kata Firqin lalu memandang Adriana yang sedang memandang atas itu.
"Buat apa nak jadi Cik Muda. Kalau semua tak suka saya. Saya hanya menyusahkan." Kata Adriana lalu memejamkan matanya.
Firqin menghela nafas.
"Cik Muda jangan cakap macam tu. Cik Muda tak menyusahkan pun. Kita orang di bayar dan kita orang da berjanji akan jaga Cik Muda macam nyawa kita orang sendiri." Kata Firqin lalu memandang Adriana yang matanya sudah tertutup.
"Cik Muda?" Panggil Firqin.
Kruuhh. kedengaran dengkuran kecil milik Adriana.
Firqin tersenyum.
"Selamat malam Cik Muda." Kata Firqin.
Chapter 11 done!✔ Vote and comments😹👏
YOU ARE READING
Cik Muda✔
Ficção AdolescenteAdriana Alysa adalah seorang gadis biasa berstatuskan anak yatim sejak umurnya 9tahun lagi.Dirinya sudah biasa tinggal di asrama bersama rakan-rakannya Nak dijadikan cerita.Pada hari kelahirannya yang ke-17.Dia di beritahu oleh pewaris Farica Landio...