CM15

24.7K 1.4K 30
                                    

Kringgg! Jam loceng di tepi katil Adriana berbunyi.

Adriana dalam keadaan mamai menggosok matanya lalu menekan button kepala jam tersebut.

"6:15." Kata Adriana melihat jam tersebut.

Dirinya melangkah malas menuju ke bilik air.

Setelah mandi dan bersiap. Adriana meneliti dirinya di hadapan cermin.

Skirt paras lutut berwarna hitam dan baju kemeja berwarna putih di masukkan ke dalam skirt tersebut. Tali leher berwarna merah terletak elok di lehernya. Stokin panjang di pakai sehingga paras peha.

Tok! Tok! Tok!

Lamunan Adriana terhenti saat terdengar bunyi ketukan pintu.

Adriana mencapai beg adidas hitam putihnya lalu melangkah ke pintu.

Pintu di kuak dan tersembul wajah 6 orang suruhannya.

"Selamat pagi Cik Muda." Kata mereka berenam serentak lalu menundukkan sedikit badannya.

"Selamat pagi." Kata Adriana lalu mengukirkan senyuman.

"Jom sarapan. Lepas tu Cik Muda boleh pergi ke sekolah." Kata Taufiq.

Adriana sekadar mengangguk dan mereka bertujuh ke dapur untuk bersarapan.

"Hari ini Firqin yang akan jaga Cik Muda di sekolah." Kata Adam.

"Haa? Kat sekolah pun kena ke?" Soal Adriana.

"Mestilah." Kata Afiq lalu mencuit hidung Adriana.

"Tak payahlah. Saya pandailah jaga diri saya sendiri." Kata Adriana.

"Mana boleh Cik Muda. Keselamatan Cik Muda lebih penting tau." Kata Aryan.

Adriana menghela nafas panjang.  Nak tak nak. Kena juga terima hakikat.

Sampai sahaja di hadapan sekolah. Pintu di buka oleh pemandu kereta tersebut.

Adriana keluar dari kereta tersebut diikuti dengan Firqin. Pelajar yang asik memandangnya tidak di hiraukan.

Adriana berjalan masuk ke dalam sekolah tersebut diikuti Firqin.

Setelah berdaftar nama. Kini Adriana sudah berada di hadapan kelas 5 Snow.

"Firqin?" Panggil Adriana.

"Ye Cik Muda. Ada apa-apa boleh saya bantu?" Soal Firqin.

"Awak pun kena masuk sekali ke?" Soal Adriana.

"Mestilah." Kata Firqin.

"Kalau tak payah masuk. Tak boleh ke?" Soal Adriana.

"Tak." Kata Firqin sepatah.

"Err..Cik Muda Adriana? Awak kelas sini ke? Cik Muda..Silakan.."Kata Cikgu bernama Aida itu.

"Cikgu. Panggil saya Adriana je." Kata Adriana lalu masuk ke kelas diikuti Firqin.

"Okey kelas! Hari ini kita ada pelajar baru. Awak boleh kenalkan diri awak Adriana." Arah Cikgu Aida.

"Nama saya Adriana Alysa. Panggil Adriana je. Selamat berkenalan." Kata Adriana memperkenalkan diri.

Puk!! Puk! puk!

Kedengaran beberapa tepukkan.

"Adriana. Awak boleh duduk di dua meja kosong belakang itu." Arah Cikgu Aida.

Adriana sekadar mengiakan lalu duduk di tempat yang di katakannya. Sebelahnya semestilah Firqin.

Pelajar perempuan yang asik memandang Firqin membuatkan Adriana pula yang tidak selesa.

"Firqin." Panggil Adriana.

"Yee Cik Muda?" Kata Firqin lalu memandang Adriana.

"Awak jangan pandang tau budak perempuan kelas ni! Kenyit mata pun jangan!" Kata Adriana.

Firqin sudah tergelak kecil.

"Okey. Saya akan pandang muka Cik Muda Adriana sahaja." Kata Firqin lalu memandang wajah Adriana sampai beronar merah wajah Adriana.

"Haih! Janganlah kacau. Saya nak belajar ni." Kata Adriana cuba berlagak tenang.

Firqin sudah tergelak melihat wajah kemerahan Adriana.

Comel!

📗📘📙📗📘📙📗📘📙📗📘

Kalau author dapat orang suruhan macam ni. Happy betul. Nak-ii pula hensem. Auch. Cair juga kat situ.😹👏Hahaha kk..Vote and Comments😘 Wait to next chapter ya❤

Cik Muda✔Where stories live. Discover now