CM51

18.1K 879 20
                                    

Adriana berbaring di atas sofa sambil menonton televisyen. Penatnya masih belum kebah.

Hari ini dia stayback kat sekolah sampai pukul 6:30 kut! Ni semua gara-gara kelas tambahan.

"Cik Muda. Ni minumannya." Kata Nana iaitu pembantu rumah tersebut.

Adriana memandang gelas tersebut sekilas sebelum dia memandang televisyen semula.

"Saya tak minta pun." Kata Adriana.

"Ta..tapi tadi Firqin kata Cik Muda nak minum." Kata Nana seperti sebersalah.

"Oh tak apa lah kalau macam tu. Awak boleh pergi." Kata Adriana.

"Cik Muda!" Panggil Aryan dan Firman serentak.

Adriana memandang wajah Aryan dan Firman sebelum mengalihkan semula ke televisyen.

Dia betul-betul penat dan tak ada mood.

Aryan memandang Firman. Firman memandang Aryan.

"Kenapa ni Cik Muda?" Soal Aryan perihatin.

Yela tak pernah-pernah Adriana diam dan baring je. Selalunya bila kat rumah ni dialah manusia paling aktif dan manusia paling banyak cakap.

Tapi lain pula hari ini.

Penat betul ni.

"Cik Muda okey ke?" Soal Aryan lagi.

Adriana sekadar mengangguk malas.

"Makan malam da siap!" Kata Taufiq yang baru datang menghampiri mereka.

"Mana yang lain?" Soal Firman.

"Semua da ada kat dapur. Jomlah makan Cik Muda." Ajak Taufiq.

Adriana sekadar menggeleng.

"Saya nak masuk rehat. Korang makanlah." Kata Adriana lalu berlalu meninggalkan mereka bertiga.

Masing-masing saling berpandangan.

"Kenapa?" Soal Taufiq.

Firman dan Aryan sekadar mengangkat bahu. Tanda tak tahu.

Di meja makan masing-masing senyap dan hanya kedengaran bunyi sudu dan garfu berlaga sahaja.

"Cik Muda mana?" Soal Firqin saat ternampak Taufiq, Aryan dan Firman sahaja.

"Kat atas." Jawab Aryan.

"Kenapa tak ajak turun makan?" Soal Afiq.

"Dia nak rehatlah." Kata Taufiq pula.

"Maybe penat sangat kut. Yela dia balik lambatkan." Ujar Firman.

Masing-masing sekadar mengiakan sahaja. Tak nak memaksa Cik Mudanya yang sorang tu.

Krak!

Kedengaran kerusi di seretkan.

Semua memandang ke arah bunyi tersebut.

Firqin sudah berdiri.

"Kau kenapa?" Soal Adam.

"Aku nak hantar makanan kat Cik Muda jap." Kata Firqin lalu berlalu ke dapur.

Firqin memandang lauk yang masih berada didalam kuali.

Mangkuk diambil dan diisi dengan lauk-pauk tersebut.

7 minit kemudian.

"Siap!" Kata Firqin lalu mengangkat dulang tersebut untuk dibawa kepada Cik Muda kesayangannya itu.

"Air da bawak?" Soal Aryan.

"Eh haah!" Firqin berlari kedapur semula untuk mengambil air.

Selesai pastikan semua sudah lengkap.

Firqin pun mengangkat makan tersebut untuk dibawah kepada Adriana.

Ting!

Pintu lift terbuka dan Firqin pun masuk kedalamnya.

Senyuman tak habis-habis menghiasi bibirnya. Tak sabar dia hendak bersua muka dengan Adriana Alysa.
___________________________________

Okey bab ni macam hambar cause tkde idea😹😹

Pap pap padap! 😹

Cik Muda✔Where stories live. Discover now