CM21

21.9K 1.1K 2
                                    

Adriana kini berada tidak jauh dari kelas 6 Snow.

Kalau nak diikutkan. Bloknya dengan blok form 6 hanya bersebelahan sahaja.

Jadi tak adalah Adriana kena menapak jauh-jauh.

"Haih nak jumpa ke tak eh?" Soal Adriana. Gadis itu kelihat mundar-madir di situ.

Kejap berjalan ke depan dan pusing berjalan ke belakang berkali-kali gadis itu ulang alik di tempat yang sama.

Sampailah gadis itu memusingkan badannya dan

Bukk!

"Aduh!" Adriana mengaduh kesakitan. Punggungnya kini sudah selamat mendarat di atas rumput.

Lelaki tersebut hanya tergelak kecil bila melihat Adriana jatuh akibat badannya.

Tangannya di hulurkan.

Adriana mengangkat wajahnya. Bagaikan kena panahan mata. Bila mata mereka bertaut.

Mata lelaki itu berwarna hazel.

"Ehem." Lelaki itu berdehem sedikit menyebabkan Adriana tersentak.

Pantas Adriana bangun dari posisi jatuhnya tadi.

Adriana tersenyum kelat. Mukanya yang merah padam itu cuba di alihkan dari memandang wajah lelaki itu.

"Kau okey tak?" Soal Lelaki itu.

"A..awak Irfankan?" Soal Adriana.

Lelaki itu sekadar mengangguk. Tak mustahil juga pelajar baru kenal namanya sebab dia kan pelajar hot.

"Oh jap." Adriana terus menyelongkar begnya sehingga terjumpa buku berwarna unggu.

"Ni awak punyakan?" Soal Adriana lalu menghulurkan buku tersebut kepada lelaki itu.

"Eh haah aku punya. Mana kau jumpa? Punyalah aku cari merata tempat." Kata Irfan lalu menyambut huluran buku tersebut.

"Ingat tak kat bangku taman mini? Yang awak berdehem dekat saya tu and jawab telefon." Soal Adriana.

Bila teringat pertempuan pertamanya dengan lelaki di hadapannya itu rasa nak je jolok matanya sebab tengok anak teruna orang lama-lama. Sampai kena tegur. Haih buat malu je.

"Ohh haa ingat. Yang kau tenung aku tu kan." Kata Irfan lalu tersenyum nakal.

"Err..Haaa time tulah buku awak tertinggal." Kata Adriana sedaya upaya menutup rasa gugupnya itu.

"Ohh..Okey..Thanks pulangkan. Kau ada baca ke?" Soal Irfan.

Adriana mengangguk bila teringat yang dia salah bagi jawapan pantas menggeleng.

"Ta..tak..sa..saya..ta..tak..bacapun." Kata Adriana sedikit tergagap.

Adriana rasa nak tampar je mulutnya sekarang ni. Boleh pula tergagap-gagap.

Irfan menjongketkan keningnya. Wajahnya di dekatkan dengan wajah Adriana semakin lama semakin dekat.

Dan Adriana pula wajahnya makin lama makin di jauhkan dari Ifran.

Rasa tulang belakangnya nak patah da sekarang ni sebab da terlampau ke bawah.

Sehinggalah Adriana sedikit kehilangan keseimbangan badan dan Adriana menutup matanya.

Buat kali kedua dia akan jatuh tersembam tanah.

"Eh." Adriana membuka matanya.

Pantas jantungnya mengempam laju.

Rupanya tangan Irfan sudah berada di pinggangnya dan inilah sebabnya Adriana tidak jatuh.

Irfan terus menolak lembut tubuh gadis itu.

"Thanks." Kata Adriana.

"Kira kosong-kosonglah ye. Kau pulangkan buku aku then aku tolong kau dari jatuh macam nangka busuk." Kata Irfan sempat di selitkan perlinya.

Nasib pelajar da ramai balik. Kalau tak da kena saksi agenda tak berbayar itu.

"Weh Ir!" Jerit seseorang menyebabkan Irfan menoleh wajahnya.

Seorang lelaki sedang mendekati mereka.

"Okeylah aku balik dulu. Bye cutie pie!" Kata Irfan lalu berlalu dengan kawannya itu.

Adriana meletakkan tapak tangannya di dada. Jatungnya berkocak dengan kuat.

"Mahu luruh jantung aku." Kata Adriana.

Tiba-tiba di baru teringat yang Pak Ahmad akan mengambilnya hari ini tepat pukul 2:40.

Adriana melihat jamnya. Jarum menunjukkan pukul 3:05.

Adriana menggigit bibir bawahnya. Pasti balik nanti dia akan dapat bebelan dari 6 orang suruhannya itu.

Adriana berdecit lalu berlari anak untuk ke luar dari sekolah.

_________________________________

Done Chapter 21✔

Read✔ Vote⭐ And Comments👍

Waiting to a next chapter❤

Cik Muda✔Where stories live. Discover now