Suasana di meja makan sunyi tanpa seberang suara. Hanya kedengaran bunyi sudu dan garfu berlaga di pinggan sahaja.
"Nak air." Pinta Adriana. Bukan dia tak boleh nak capai jug tersebut untuk menuang air ke dalam cawannya.
Tapi takut nanti kena marah pula dengan orang suruhannya. Bukan tak pernah kena. Pernah!
Adam mencapai jug air memandangkan dia paling dekat dengan jug tersebut. Jug tersebut di angkat dan di tuangkan air yang berada di dalam jug itu ke dalam cawan.
"Thanks." Kata Adriana lalu meneguk air sirap laici tersebut.
"My pleasure." Ujar Adam lalu meletakkan jug tersebut di atas meja semula.
"By the way, Sabtu nanti akan ada majlis di rumah ini. Sempena untuk pewaris baru iaitu Cik Muda." Ujar Firqin.
Adriana yang sedang mengunyah kek coklat itu terus berhenti mengunyah.
"Kalau ye pun. Jangan berhenti kunyah. Habiskan makanan yang dalam mulut tu." Tegur Taufiq.
Adriana hanya tersenggih lalu meneruskan kuyahannya dan di telan.
"Cik Muda pun akan naik ke pentas. Kenalkan diri dan berikan ucapan. Setakat sepatah dua kata je pun boleh." Kata Aryan.
"Haa!?" Adriana sedikit terkejut dengan apa yang dia dengar sekarang ni.
Kenalkan diri? Beri ucapan? Depan semua orang? Itulah benda yang paling mustahil dalam hidupnya. Kerana salah satunya. Dia memang pemalu.
"Cik Muda juga mesti mengenakan gaun seperti Tuan Puteri." Kata Afiq pula.
Ni satu hal lagi. Adriana memang tidak pandai bergaya dengan baju yang bernama gaun ni. Macam mana kalau dia terpijak gaunnya sendiri then jatuh depan orang ramai?
Jatuh saham dia sebagai pewaris Farica Ladios!
"Cik Muda?" Panggil Firman lalu melambaikan tangannya di hadapan Adriana. Masuk ni da 3 kali dia buat perkara yang sama.
"Eh..Haa apa-apa?" Soal Adriana yang baru tersedar dari lamunannya tadi.
"Penat kita orang terangkan. Cik Muda boleh mengelamun?" Soal Firman lalu menggeleng kecil.
"Ish! Saya dengarlah apa yang korang terangkan and mana ada saya mengelamun!" Nafi Adriana.
Memang benar dia dengar. Tapi pasal tidak mengelamun tu memang tidak benar sama sekali.
Tak apa. Tipu sunat.
"Okey..Baguslah kalau Cik Muda dengar so apa tema baju Cik Muda nanti?" Soal Firqin.
"Erm." Adriana meletakkan jari telunjuknya di dagu. Seolah-olah berfikir.
"Merah jambu pun lawa juga Cik Muda." Cadang Adam.
"Ish kau ni. Jambu sangat." Sampuk Firman.
"Lah kau ni. Merah jambu okey le untuk perempuan. Lagi pun kena dengan kulit Cik Muda. Putih." Puji Aryan.
"Eh korang ni. Korang yang nak pakai ke atau saya yang pakai?" Soal Adriana lalu menjongketkan keningnya.
Masing-masing sudah tersenggih macam kerang busuk.
"Mestilah Cik Muda." Kata Firman lalu tersenggih.
"Okey so?" Soal Adriana.
"Saya cadang je Cik Muda." Kata Adam.
"Okey then? Warna lain?" Soal Adriana.
"Purple okey gak an?" Soal Firqin.
'Purple?' Desir Adriana di dalam hati.
'Oh my! Buku tu! Tak sempat buka!' Kata Adriana di dalam hati.
"Err...Nanti bincanglah. Saya da habis makan. Nak rehat jap kat atas. Penat." Kata Adriana lalu berlalu dari situ.
Firqin menghela nafas panjang. Memang di sengaja mention warna 'unggu' sebab dia perasan yang Adriana menyorokkan sesuatu yang berwarna unggu sewaktu di sekolah tadi.
Tapi apa dia?
__________________________________
Done chapter 18✔
Read✔ Vote⭐ and Comments👍
Lagi banyak korang vote, lagi banyak korang comments. Lagi cepatlah author update!😆👏
Okey, Waiting to a next chapter ❤
YOU ARE READING
Cik Muda✔
Teen FictionAdriana Alysa adalah seorang gadis biasa berstatuskan anak yatim sejak umurnya 9tahun lagi.Dirinya sudah biasa tinggal di asrama bersama rakan-rakannya Nak dijadikan cerita.Pada hari kelahirannya yang ke-17.Dia di beritahu oleh pewaris Farica Landio...