CM61

20.9K 956 86
                                    

"Cik Muda? Da lah." Kata Firqin lalu mengusap kepala Adriana.

"Penerbangan ke Newzland akan berangkat dalam masa 8 minit lagi." Pengumuman yang di buat membuatkan Firqin menghela nafas panjang.

Cepat sungguh masa berlalu!

"Firqin. Janji dengan saya. Jangan lupakan saya. Nanti kat tempat baru. Jaga diri eh. Kalau ada masalah ke apa. Call je kitaorang. Saya akan rindukkan awak nanti. " Kata Adriana yang berada di dalam pelukkan Firqin.

Firqin meleraikan pelukkan Adriana.

Wajah Adriana di sentuh. Serta merta ibu jarinya ralit mengelap air mata Adriana.

"Don't be sad please?" Pujuk Firqin membuatkan Adriana masih berdiamkan diri.

"Saya janji yang saya tak akan lupakan Cik Muda ya? Saya pun akan rindukan Cik Muda. Cik Muda pun. Jaga diri eh. Kalau Tuan Muda buli bagi tahu saya. Biar saya campak dia sampai amerika." Kata-kata Firqin mengundang tawa si gadis comel itu.

Firqin juga tersenyum senang.

Hatinya sedikit lega bila mendengar gelak tawa gadis itu.

"Weh Fir! Cepat! Kau punya flight akan berlepas sekejap lagi." Kata Aryan menyentak lamunan Firqin.

Pantas Firqin mengangguk.

"Selamat tinggal Cik Muda. Panjang umur kita jumpa lagi ya?" Kata Firqin lalu berlalu meninggalkan mereka bertujuh.

"Firqin!! Byee!!" Jerit Adriana mengundang mata-mata yang lalu lalang di situ.

Namun Adriana tak kisah. Dia melambaikan tangannya. Firqin membalas lambaian tersebut dan meneruskan perjalannya masuk ke dalam kapal terbang.

"Da jom balik." Ajak Irfan.

Adriana sekadar mengangguk. Senyuman cuba di ukirkan.

"Kita orang balik dulu ya Cik Muda." Kata mereka berlima.

Adriana mengangguk dan mereka hilang dari pandangan.

"Jom?" Ajak Irfan dan mereka berdua masuk ke dalam kereta.

"Nak makan tak?" Soal Irfan.

Adriana mengangguk.

Irfan terus menghidupkan enjin dan keretanya meluncur di atas jalan raya.

✨Cik Muda✨

Balik sahaja dari keluar dengan Irfan Adriana terus melangkah masuk ke dalam biliknya.

Semasa hendak masuk ke biliknya dia lalu di hadapan bilik orang suruhannya yang enam orang itu.

Pintu bilik di buka.

Terdapat enam katil yang berlainan warna dan corak.

Mata Adriana tertacap pada katil yang berwarna Biru kepekatan bercorak bintang-bintang dan bulan.

Katil Firqin.

Senyuman kecil terlakar di wajahnya. Kakinya melangkah keluar dari bilik tersebut dan berlalu masuk ke dalam biliknya.

Segenap ruang biliknya di pandang.

Satu per satu memori menerjah fikirannya walaupun Firqin baru sahaja pergi tengah hari tadi. Namun terasa sungguh kehilangannya.

Sofa yang berada di dalam biliknya di pandang.

Di mana Firqin rawat luka dia.

Dia pandang pula ke arah katil.

Kenangan di mana orang suruhannya yang 6 orang itu menyanyikan dia sebuah lagu.

Dan waktu dia mula-mula masuk. 6 orang suruhannya itulah yang mengejutkan dia waktu pagi dan semestinya mereka sudah terpacak di tepi katilnya.

Kepalanya di geleng kecil.

Semua kenangan banyak tercipta di rumah ini.

Kenangan yang dia tidak akan lupakan sampai bila-bila..

____________________________________

Ramai tak leh terima permergian Firqin haih 😩

Author: Tu lah. Aku nak matikan watak kau ritu kau tak nak. Tengok fans kau da kecam aku😭😭😭

Firqin: Siapa suruh tak bagi aku kahwin dengan Adriana. Padan muka!😏😏

Kejam sungguh dirimu Firqin😑

Kay merepek! Byee!!😹😹

Promote!

Memory kita bersama by
yaya_ana

Cik Muda✔Where stories live. Discover now