Buka sahaja mata. Adriana merasakan kepalanya ada sehelai kain yang lembap.
"Patutlah sejuk." Gumam Adriana.
Tiba-tiba pintu di kuak. Terjengul wajah Firqin bersama dulang yang berisi air dan bubur.
"Cik Muda da bangun?" Soal Firqin.
Adriana sekadar mengangguk.
Firqin duduk di kerusi tempat yang selalu dia duduk itu.
Bubur di kacau menggunakan sudu. Di cedok sedikit bubur ke dalam sudu tersebut lalu di tiup perlahan.
"Buka mulut." Arah Firqin.
Adriana tanpa banyak soal membuka mulutnya dan bubur tersebut selamat masuk ke dalam mulutnya.
"Siapa masak?" Soal Adriana.
"Afiq." Jawab Firqin sambil menyuap Adriana makan.
"Ohh. Sedap." Puji Adriana.
Firqin hanya berdiam dan meneruskan suapan kepada Adriana.
Sehinggalah suapan yang terakhir.
Gelas yang berisi air suam di hulurkan kepada Adriana. Adriana menyambut huluran tersebut lalu meneguk minuman tersebut.
"Ni ubat demam. Makan 2 biji je." Arah Firqin.
Adriana sudah menelan air. Dia mana suka ubat ni semua. Kalau demam memang dia tak akan telan walaupun ubat itu sekecil kuman.
"Kalau tak makan, Tak bole ke?" Soal Adriana lalu menunduk.
"Tak boleh! Cik Muda kena makan juga. Se-ka-rang!" Arah Firqin dengan suara yang tegas.
Apa lagi gelabah dah Adriana. Pantas dia mengangguk dan mencapai ubat tersebut.
"Gulp." Adriana menelan air liur buat sekian kalinya. Ubat itu di tengok untuk kali terakhir.
Adriana memejamkan matanya dan memasukkan ubat tersebut ke dalam mulutnya. Air di teguk cepat-cepat dan ubat tersebut selamat masuk ke dalam perut.
"Hu..hu..hu.." Tercunggap-cunggap Adriana seperti baru lepas acara larian berpagar pula.
Firqin sudah tergelak kecil melihat telatah Adriana itu.
"Cik Muda bencikan ubat ke?" Soal Firqin.
Adriana mengangguk.
"Kalau da sakit. Benci cam mana pun. Cik Muda kena telan juga. Sebab sebelum kecapi bahagia kena rasai liku kesusahan." Kata Firqin lalu mengambil tuala yang berada di atas dahi Adriana.
Adriana terdiam. Cuba mencerna kata-kata Firqin.
Firqin pula mencapai Cool Fever lalu di tampal di dahi Adriana.
Adriana masih sama. Kaku dan mengelamun.
Firqin menggeleng kecil.
"Cik Muda." Panggil Firqin sambil melambai di hadapan Adriana.
Adriana masih sama seperti tadi.
"Cik Muda." Panggil Firqin. Kali ini hidung Adriana di tariknya.
"Auch!" Adriana mengadu kesakitan lalu menggosok hidungnya yang sakit itu.
Firqin di pandang tajam.
Firqin pula tersenggih.
"Cik Muda mengelamun tadi. Penat saya panggil. Tapi Cik Muda buat tak tahu." Kata Firqin lalu menggeleng kecil.
Pipi Adriana sudah beronar merah. Pantas ke dua belah tanganya di tekup ke muka.
Firqin yang tengok gelagat Adriana sudah tergelak. Hatinya mudah terusik bila bersama dengan gadis yang bernama Adriana.
Done Chapter 12✔ Vote and Comments😘 Wait to next chapter ya😍Okey byee👋💕
YOU ARE READING
Cik Muda✔
Teen FictionAdriana Alysa adalah seorang gadis biasa berstatuskan anak yatim sejak umurnya 9tahun lagi.Dirinya sudah biasa tinggal di asrama bersama rakan-rakannya Nak dijadikan cerita.Pada hari kelahirannya yang ke-17.Dia di beritahu oleh pewaris Farica Landio...