"Saya minta maaf. Saya pergi dulu." Kata Firqin lalu berlalu dari situ.
Adriana sekadar mengangguk.
"Jangan pandang lelaki lain please. Aku jeles." Kata Irfan sambil menggosok belakang tengkuknya.
Adriana tergelak kecil.
"Yela. Tak pandang. Saya pandang awak je." Kata Adriana yang sedang memandang Irfan.
"Macam-macamlah dia ni." Kata Irfan lalu menggosok kepala Adriana.
✨Cik Muda✨
"Uwargh!" Adriana menguap besar. Buku di hadapannya ditutup.
Akhirnya siap juga kerja rumahnya.
Jam yang berada di dinding biliknya dipandang.
2:30
Patutlah dia rasa mengantuk sekarang ni. Da pukul dua lebih rupanya.
Tiba-tiba terasa tekaknya haus. Adriana pun berjalan keluar dari biliknya.
Perjalanan ke dapur memang akan lalu dihadapan bilik orang suruhannya.
"Tak apalah kalau macam tu. Kita teruskan je." Kata Arif.
Adriana yang mendengar suara Arif itu mengintai sedikit kepalanya di pintu yang memang sudah terbuka sedikit.
"Okey teruskan je." Kata Firman yang sedang bersandar di almari baju.
"Seperti yang kita tahu. Cik Muda Adriana akan dikahwinkan dengan orang kanan Farica Landios iaitu Encik Irfan Harith pada umurnya genap 20 tahun." Kata Arif.
Adriana yang berada disebalik pintu rasa nak pengsan mendengar apa yang dikatakan oleh Arif.
Dia sendiri tak tahu apa-apa tentang wasiat seterusnya itu. Dia pun pelik kenapa masih berahsia perkara ini daripadanya.
"Lagi?" Soal Afiq.
Adriana mendekatkan lagi dirinya ke pintu tersebut. Dia perlu tahu semua ini.
"Lepas sahaja dia berkahwin dengan Irfan. Kamu semua tidak lagi menjadi orang suruhan Adriana. Bermaksud tempoh kerja dan janji semua tu hanya bila Adriana berumur 20 tahun." Kata Arif lagi.
Adriana terkedu. Mana mungkin dia mampu untuk berpisah dengan mereka semua yang dianggap seperti abangnya sendiri?
Adriana tertolak pintu tersebut.
"Ta--" Kata-kata Firman terhenti saat pintu tiba-tiba terbuka dan
Buk!
Adriana terjatuh.
Mereka semua memandang Adriana.
Adriana pula sudah tersenggih.
"Aduhmakaii kantoi pula." Gumam Adriana perlahan lalu cepat-cepat dia bangun dari terjatuh tadi.
Masing-masing da saling berpandangan.
"Cik Muda da dengar semuanya ke?" Soal Arif.
Perlahan-lahan Adriana mengangguk.
Lagi sekali. Masing-masing saling berpandangan.
"Maaf. Bukan tak nak bagitahu Cik Muda. Tapi menurut wasiat tersebut. Cik Muda akan di beritahu pada umur Cik Muda 19." Kata Arif.
"Ta..tapi..Saya da tahu." Kata Adriana sedikit tergagap.
"Tak apa. Benda ni tak jadi masalah pun." Kata Firqin yang sudah tersandar di pintu.
Baru Adriana perasan yang Firqin tiada. Masa mereka membincangkan perkara ni.
Adakah Firqin tahu tentang perkara ni? Kalau tahu. Adakah Firqin akan membencinya?
Itulah persoalan yang bermain di dalam fikirannya sekarang ini.
"Kau lupa satu benda Arif." Kata Firqin lalu mengangkat surat yang berada di tangannya itu tinggi.
Arif mengambil surat tersebut dari tangan Firqin lalu membacanya.
Adriana pula sudah terdiam.
Tiba-tiba dia rasa tak sedap hati pula sekarang ni.
Fikiran Adriana pula memikir tentang surat tersebut.
__________________________________Uwarghh! Baru dapat update. Homework banyak gile kot😭😭
Belum tusyen lagi.😑Argh! Boleh gila macam ni😩😹
YOU ARE READING
Cik Muda✔
Fiksi RemajaAdriana Alysa adalah seorang gadis biasa berstatuskan anak yatim sejak umurnya 9tahun lagi.Dirinya sudah biasa tinggal di asrama bersama rakan-rakannya Nak dijadikan cerita.Pada hari kelahirannya yang ke-17.Dia di beritahu oleh pewaris Farica Landio...