Adriana melangkah longlai ke dalam kelasnya. Matanya cuba di buka seluas yang boleh.
Dapat sahaja tempat duduk. Kepalanya terus di letakkan di atas meja.
Ni semua gara-gara cerita 7hari mencintaiku lah ni. Kisah tak boleh move on dan tengok semula dari part 1 sampai akhir.
Sampai pukul 7 pagi tahan mata. Tu pun part last tak dapat nak tengok.
"Harh!" Adriana menguap kecil. Matanya di pejamkan sekejap.
"Bangunnn!" Kedengaran suara ketua kelas mengarahkan pelajar untuk bangun.
Adriana tersentak.
Dengan malas Adriana bangun juga dengan terpaksa.
Lily hanya menggeleng melihat perangai Adriana. Tahu sangat yang mesti Adriana tak cukup tidur semalam.
Setelah memberi salam mereka semua diminta duduk.
"Cerita apa pula kali ni?" Soal Lily.
"Seven day love you." Kata Adriana lalu menongkatkan dagunya menggunakan tangannya.
"Okey kelas. Saya ada mensyuarat dan saya tak dapat mengajar awak semua. Saya juga akan berikan awak kerja dan beberapa orang abang ppu akan menjaga awak semua." Kata Cikgu Bahasa Melayu.
Masing-masing sekadar mengangguk.
Adriana pula sudah meletakkan kepalanya di atas meja. Peluang ini di ambil untuk tidur.
"Farah. Tolong edarkan kertas ni." Arah Cikgu Bahasa Melayu itu.
Farah sekadar mengangguk dan mengedarkan kertas tersebut.
Tok! Tok! Tok!
"Assalammualaikum Cikgu." Kata Fauzi iaitu salah seorang pelajar ppu yang akan menjaga kelas 5 Snow.
"Waalaikummusalam. Masuk-masuk." Arah Cikgu Bahasa Melayu.
Dan mereka berlima pun menapak masuk ke dalam kelas itu.
"Baiklah kelas! Abang-abang di depan ni akan menjaga awak semua. Jadi saya harap awak dapat berikan kerjasama dan siapkan kerja saya ye." Kata Cikgu Bahasa Melayu lalu berlalu keluar dari kelas tersebut.
"Hye boys and..."
"..Hye girls." Sampai sahaja perkataan 'girls' keluar terus suara mengodanya. Farhad tersenyum menggoda lalu mengenyitkan matanya kepada pelajar perempuan yang berada di dalam kelas itu.
"Arhh! You very very handsome abang Farhad!" Puji salah seorang pelajar perempuan yang berada di dalam kelas itu.
"Ohh ya? Thank you dear. You are very beautiful." Puji Farhad.
Apa lagi. Tersenyum-senyum pelajar perempuan itu bila mendapat pujian dari Farhad.
Fauzi pula sekadar menggeleng. Kenal sangat perangai kawannya yang sorang ni. Playboy!
"Dasar buaya darat betul." Kutuk Azrul yang berada di sebelah Fauzi.
"Alaa..Macam kau tak kenal kawan kau yang sorang tu." Kata Fauzi.
"Hai Abang Fauzi and Abang Azrul." Tegur pelajar perempuan yang sudah berdiri tegak di hadapan mereka.
"Hai pretty. What is your name?" Soal Fauzi.
Azrul sudah membuat roll eyes.
'Ni sorang lagi. Prettylah apa lah.' Kata Azrul di dalam hati.
Adriana terasa tidurnya terganggu saat seseorang sedang membelai rambutnya.
Matanya di buka.
__________________________________
Serious ah? Gigihnya korang comments undi watak hero. Sampai 100 lebih comments😹 Lengguh jari sis scroll.😹 Sorry tak dapat nak reply comments korang. Haha sis tak dapat nak balas. Banyak kot😹
Anyway, Ehem. Sis da tetapkan watak hero dia. Watak hero dia.....
Nanti korang tahulah😹 Jangan kecam bila mana watak yang korang pilih bukan hero dia😭

YOU ARE READING
Cik Muda✔
Teen FictionAdriana Alysa adalah seorang gadis biasa berstatuskan anak yatim sejak umurnya 9tahun lagi.Dirinya sudah biasa tinggal di asrama bersama rakan-rakannya Nak dijadikan cerita.Pada hari kelahirannya yang ke-17.Dia di beritahu oleh pewaris Farica Landio...