Penyalahgunaan Diri

11 1 0
                                    


Matanya ada
Tapi ditenungnya ajnabi
Dicarinya salah orang lain

Hidung diberi
Dihidunya 'busuk' orang lain
Tapi tidak diri sendiri

Mulut juga dikurnia
Mencaci dan mengeji pula gunanya
Kata hipokrit tak tinggal sekali

Punya tangan sendiri
Seronok berbuat perkara keji
Tak ingin pula berbuat murni

Teguh kaki berdiri
Mengapa melangkah ke tempat tak suci?
Di bumi tuhan juga angkuh berdiri

Bukan sang alim
Jauh sekali ustazah
Sekadar menegur apa yang salah
Walau ku jua bukan malaikat

Lupa diri layak digelar,
Wahai manusia sedarlah diri
Semua itu pinjaman sahaja
Tidaklah kita kekal abadi.

Little PuisiWhere stories live. Discover now