Buang Sampah

1.2K 107 7
                                    

Aku yang duduk di tempat yang merupakan kompleks penghulu kebiasaannya membuang sampah di satu lubang besar yang digali bagi memudahkan untuk membakar nya.

Satu malam,
Sedang aku leka tonton tv,tiba2 ayah aku menyuruh aku membuang sampah kerana penuh tong sampah itu.
Ibuku dah pelik kenapa malam2 juga disuruh. Aku pun pelik tapi buat jela.

Dalam perjalanan menuju ke tempat pembuangan yang kira2 80 meter dari rumah dan ditemani lampu jalan, aku nampak kawasan pembuangan tersebut yang gelap kerana dikelilingi pokok2 besar dan semak samun.

Melangkah sahaja aku dalam semak tu, ibarat aku melangkah masuk ke ruangan yang sangat gelap. Dalam kira2 5 meter dari lubang tu, aku mencampakkan sampah tu. Yelahkan, aku pun mana berani nak masuk dalam2..gelap pula tu.

Masuk je sampah tu dalam lubang..

Kelihatan satu bayang2 dari pokok besar di belah kanan aku berguling ke arah lubang tu. Tapi tak menghiraukan aku. Nasib baiklah. Kalau dia kacau tu, gelap2 tu..entah ke mana aku lari..

Tekejut wei..ibarat kau baling mercun dan serta merta meletup..tapi ini baling sampah dan serta merta bende tu ada..
Nasib baiklah takde ape2 yang mudarat..aku pun balik ke rumah dan tak cerita pasa sesiapa akan hal tu..keluarga aku pun dah lali dengan bende2 macam ni..

P I N T UWhere stories live. Discover now