Kem Tanjung Surat

1.1K 90 7
                                    

Sekolah aku ada mengadakan satu kem yang bertempat di sebuah pulau di kota tinggi. Kem itu melibatkan aku dan beberapa pelajar yg berjawatan pengerusi dan setiausaha kelab.

Nak dipendekkan cerita, kem tersebut bertempat di sekolah kebangsaan tanjung surat. Sangat kecil sekolahnya yang mana jumlah pelajarnya hanya dua puluh lebih.
Setiba disitu ,kami diberi taklimat mengenai sekolah dan kawasa perkampungan disitu serta peraturan ketika ke laut.

Dalam taklimat yang disampaikan oleh GPK sekolah itu, beliau menyebut tentang suasana yang agak keras di situ.
Bila aku dengar je..aku mengagak..
"Kalau tempat yang orang tak cakap pun ,ada bende..inikan lagi bila orang dah cakap.."

Tambahan lagi,dalam perjalanan dari jeti ke sekolah tu lagi aku sudah terlihat macam2 kerana berjalan kaki..banyak bende yang aku nampak pada perjalanan petang tu seperti mereka yang berlingkar di pokok2 hutan,bercangkung dibusut,bertenggek di pokok dan sebagainya.

Nak dipendekkan cerita aku terus ke penampakan aku di kem tu..

Makan malam

Makan malam pertama kami di kantin kecil sekolah tu. Yang mana terdapat lelaki dan perempuan. Waktu makan malam tu, mata aku memang menggatal meninjau sana sini. Ada member aku yang tak selesa dengan perbuatan aku kat meja makan tu. Waktu tu kami tengah menunggu makanan dalam talam yang disediakan oleh kendarat.

Waktu tu ramai mereka2 yang memerhati kami makan..mereka mengililingi tembok pagar sekola dengan mata yang tertumpu pada kantin. Mungkin mereka tak selesa dengan kehadiran kami. Tapi, disebabkan aku pikir nak selamat, aku cuba nak gertak mereka2 tu..usai makan aku berjalan di susur gajah yang gelap berhadapan dengan tandas yang tiada lampu dari kantin menuju ke bilik kami. Aku sorang je lalu situ, member aku yang lain lalu straight dari kantin ke bilik.
Aku memang nak gertak mereka nak beritahu yang aku tak takut walaupun aku takut.
Tetapi aku gagal, apabila aku terlihat satu bayangan hitam bermata merah lebar sedang memerhati marah dalam tandas yang gelap tu. Aku terus lari. Kantoi aku takut. Sampai balik aku tak guna tandas tu.

Laut

Malam yang sama ada sedikit masalah apabila member aku yang marah sangat kat perempuan sebab tak tolong bersihkan perkakas dapur..dengan prihatinnya aku tolong..dapur terletak di surau yang berdekatan dengai laut.

Usai mengemas, aku ke laut.
Aku ternampak di tengah laut berhampiran jeti tempat orang memancing ada 4 objek tegak di tengah laut. Aku anggap tu perangkap ikan ke. Bila diperhati..objek tu ada sepasang mata dan bersanggul dengan muka yang kelihatan terkopek.SERAM.. Aku takut. Aku segera hendak balik ke bilik. Nak tinggalkan laut. Kelihatan mereka mendekati tebing. Aku risau kalau mereka ikut. Aku baru terpikir sesuatu. Aku baca ayat kursi lalu menepuk nepuk sandal aku bagi menghilangkan pasir dari tebing tepi yang melekat. Mujur aku tidak terlupa. Dan kelihatan mereka sudah tiada. Aku pun pulang ke bilik dengan selamat..

Malam Berjaga

Sepanjang kem tu, kami dibahagikan kumpulan dan perlu berjaga mengikut jadual. Awal2 aku terpikir taknak ikut jadual sebab nak berjaga dari malam sampai pagi.

Malam tu, member 2 aku menonton movie di dewan besar sehingga jam 12.30 malam. Waktu tu aku baru pulang dari laut. Tak jadi masuk bilik terus ikut menonton. Nak tengok cerita Conjuring, semua taknak. Lalu, aku bosan aku lepak kat dataran yang berada diantara dua blok sekolah tu. Tiba2 ,jam 1 pagi..ustaz aku bernama ustaz Fuad mengarahkan semua tidur. Peh..semua terus tidur..macam tiada jadual berjaga. Berjaga lah aku sorang malam tu. Tujuan ustaz keluar mungkin nak menuju ke surau kampung yang dekat dengan sekolah tu. Aku memerhati langkah ustaz. Bila ustaz melalui taman disebelah prasekolah,kelihatan buaian bergerak. Ustaz menoleh kearah aku,aku pandang ustaz yang jarak agak jauh dari aku. Ustaz angguk kepala dan terus berjalan ke surau. Sungguh seram.. Kini, aku benar2 sendirian..ALONE~~..

Sepanjang berjaga aku hanya berjalan jalan sekeliling sekolah melihat mereka2 yang wujud sebalik pandangan. Kini jam menunjukkan jam 3 pagi..yang merupakan jadual aku untuk berjaga. Aku duduk ditengah dataran dan mula berzikir macam yang ustaz suruh sebelum bertolak ke sini. Setengah jam kemudian, kedengaran bergema bunyi seakan akan sedawa yang amat kuat dari tandas yang gelap . Aku takut. Aku kejut budak kumpulan aku dengan alasan ini jadual berjaga. Semua tak nak bangun kecuali Thaqif. Dia teman aku sampai pukul 4 . Sepanjang jam 3 tu, dia hanya ikut aku ke sana sini. Hahaha..kelakar betul. Pikir bini aku ape nak ikut sana sini. Mungkin mamai. Tepat jam 4..tak lebih seminit..dia tidur terus dengan alasan tu waktu jadual orang lain. Aku kembali betapa. Tiba2.. Kelihatan bayangan dari tandas itu laju keluar dan masuk tembus kedalam bilik  di hadapan aku. Dengan bunyi sedawa tu. Aku dah lemah. Kaki aku seakan kejang..tangan aku kebas..jam menunjukkan  4.50 pagi.
Ya allah..cepatlah pukul 5..ustaz tak balik2 dari surau.

Tepat jam 5..
Aku segera buka lampu, tutup kipas dan buat bising mengejut semua orang..perrggh..liat betul..tiba2..perempuan dari aras dua dah bangun selepas aku menepuk tangan yang memecahkan suasana sunyi bagi mengejut qiam..orang pertama yang keluar tu diekori satu lembaga menuju ke tandas perempuan..lembaga berbentuk pontianak..aku memerhatikan..tiba2..budak tu toleh kat aku..aku terus tarik muka..tak pasal2, budak tu fikir aku usha dia pulak..lantak lah apa jadi..kalau dia beriman dia selamat..

Aku bercadang nak gerak ke surau dahulu memandangakan dua tiga membe aku dah bangun..boleh kejut yang lain..tiba2 ustaz turun dari tangga..

"Alamak,bila masa pulak ustaz balik..?"

Ustaz terus marah dan kejut semua..lepas subuh kami didenda..

Aku menceritakan peristiwa tu..dan menyatakan hasrat taknak berjaga lagi..namun,bila member aku dah bagi kepercayaan mereka pada aku dengan alasan mereka tak biasa dengan berjaga ni, aku setuju untuk jadi tukang kejut..sepanjang dua malam kat situ..aku berjaga dan aku yang mengejut semua di sekolah tu..namun malam seterusnya tak terlalu buruk berlaku..mungkin sebab aku lebih yakin.

Benarlah tanggapan aku seawal tiba disitu..banyak penampakan disitu yang tidak aku ceritakan.

Persoalan yang menghantui aku..

"Bila ustaz balik?kalau betul ustaz balik ,kenapa tak tegur aku yang ketakutan waktu tu?betulkah ustaz ke surau ?sebab surau seakan tiada orang waktu aku jenguk..apa maksud ustaz angguk kelapa waktu buaian bergerak?kenapa ustaz tak marah seolah olah tidak tahu yang pelajar tak berjaga langsung ikut arahan dia"

Misteri..tapi lantaklah..

P I N T UWhere stories live. Discover now