Sudah menjadi kebiasaan aku setiap kali maghrib dan isya' aku akan menunggang motor ke surau yang berdekatan rumah aku. Kebiasaan nya..aku akan bertolak waktu senja yang mana jalan masih terang..dan aku akan balek selepas isya.
Nak dipendekkan cerita, malam aku pergi balik surau tu tiada kejadian apa apa berlaku kecuali suatu malam ni.
Bertarikh 24 Mac 2017..
Iaitu jumaat malam sabtu..
Aku bertolak ke surau sebelum maghrib.
Jalan daripada rumah ke surau akan melalui kawasan yang mana tiada lampu jalan dan kiri kananya hanya kelapa sawit. Yela..kampung kan..So, lepas maghrib tu..surau takde aktiviti. Pakcik2 haji semua mengeteh. Aku pun bercadang nak balik ke rumah tujuan nak kejut ibu untuk solat maghrib sebabnya ibu aku demam malam tu. Aku pun hidupkan motor dan bergerak masuk ke kawasan yang gelap tu. Masa aku lalu situ..aku berfikiran negatif..
"Ni kalau ade bende kacau ni,silap2 eksiden aku gelap macam ni"Aku selamat sampai rumah. Tolong ibu bangun ambil air wuduk dan ibu solat.
Aku menonton tv sambil bermain twitter di fon aku sementara menunggu waktu isya.Tepat jam 8.20 malam,
Aku bertolak ke surau.
Aku gunakan jalan yang sama. Kelihatan lebih kurang berapa puluh meter di belakang terdapat sebuah kereta kancil mengikut.Masuk je kawasan gelap. Mata aku menilau. Ah sudah..kalau dah fikiran gini memang aku tak boleh kawal hijab ni.
Dalam gelap gelap tu,tiba2..kelihatan satu objek putih pada satu pokok kelapa sawit..arrghh..aku senang cakap..haa..aku nampak pocong kat situ..tu terkejut pertama..yang kedua..dia lompat setapak mendekati jalan raya.Hahahaha..yang ni bengong sikit..aku pun terjerit..
"Woii..Bodoh!!!"
Hahaha..amek kau..berkopiah berjubah keluar ayat tu.
Dah terkejut..memang motor aku agak terhoyong hayang lah. Mujur aku tak eksiden..tiba2 kedengaran bunyi hon beberapa kali..rupanya tu kereta kancil kat belakang aku tadi. Sambil bawa motor aku toleh sekilas ke belakang ke arah pokok tadi..dah takde dah bungkusan tu..dia hilang ke,dia kene langgar ke..aku tak amek tahu..lengan aku kebas dah.
Sampai surau..pak cik yang pandu kereta kancil tadi tegur..
"Dik,okay tak? Dalam gelap motor kau macam tu pulak..nasib baik pakcik perasan ..kalau tak dah terlanggar tadik"Aku pun balas..
"Gelap pakcik..hilang kawalan tadi"
Dah nak isya..aku tak ambil wuduk lagi..tangan aku masih kebas mungkin akibat kejutan tadi..
Terngiang ngiang pergerakan bende tu tadi..lebih aku fikir tentang perkataan yang keluar dari mulut aku..
Mencarut..Memang perlu mencarut ke bila terkejut..kenapa bukan kalimah zikir..
Kalau lepasni aku terjumpa makhluk yang lebih bahaya lagi..dan aku hanya mencarut..mampus aku kene lauk dengan bende tu..Nampak sangat dalam hidup aku lebih banyak mencarut berbanding zikir..
Astaghfirullah..
Usai isya'..
Aku terus bertolak balik..
Tapi kali ni aku ikut jalan yang agak jauh..asalkan terang aku tak kesah..Biar lambat asal selamat..
![](https://img.wattpad.com/cover/77149140-288-k104064.jpg)
YOU ARE READING
P I N T U
ParanormalHijab ada pintunya..Aku membuka dengan niat dan menutup dengan surah Al -falaq..walaupun tak tertutup sebenar benarnya..tapi aku dapat membezakan penglihatan ketika PINTU ini terbuka dan tertutup.Cerita kali ini adalah penampakan yang aku lihat seja...